Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 16, 2014

Petua gebukan kulit muka



Kalau petua petuii ni confirm akan up punya post ni. sebab tu lama dia "terduduk" kat draft.
Ok, aku tipu. Hahahaha. sebenarnya takde kaitan pon, aku ja malas nak update!
sebut pasal bab nak gebukan kulit, nak bagi putih, nak kulit licin memang topik perempuan2 la nih.
topik yang dari dulu tak abis2. Aku pon tak paham.
Pada aku, kulit muka aku memang takde masalah apa pon cuma dari semalam hidung aku sakit!
Rupanya jerawat tumbuh kat tepi hidung tapiii. . . . . . . . .
jerawat tu tak muncul sangat, dia ala2 ja tapi kalau sentuh kawasan tu memang sakit weh!

gambar pinjam

Penyelesaian yang paling mudah??
Bedak sejuk. .!!!
Yaaaaa. . Bedak sejuk.
Ini je petua aku. Tak payah nak brand itu ini. Tak payah nak made in Korea ka, Jepun ka,
tak payah. Benda murah depan mata, guna beb. . gunaaaa, penat mak aku titik ooo
Cuma aku nak pesan, jangan la sah2 ada jerawat tu terus tepek bedak sejuk kat muka time nak p kerja pon. Hehehe. Takut orang satgi. . .
Malam2 tu lepas Isyak ka, lepas mandi wajib ka. Eh? Tepek la. .
time nak tidoq takpa dah. Lampu dah tutup. Suami pon tak nampak dah.
Bukan apa, kesian kat suami, yang huduh2 kita tunjuk kat dia kan,
time kulit berkilat merelit pipi merah2 kita p tayang kat orang lain. Tak adil la camtu kan??
Jadi, time huduh pon kita elak la bagi dia nampak. Lain la kalau sama2 pakai kan.
Yang tu tak jadi isu la. .

In Sya Allah. Kalau guna bedak sejuk pada aku, memang jerawat akan surut.
Kulit pon kurang berminyak dan haluss.
Sure ramai jeles nanti. Betoi aku tak tipu. .
Cubalah. Tak rugi, benda murah kan? Tapi ni kalau mak yang buat/bagi la. .
setakat ni aku takdak lagi beli bedak sejuk yang kat pasaran tu. sebab mak buat bessssstt. .
lagipon freeeeeee :))




Monday, April 7, 2014

Botol susu paling trending?


takde anak? bukan penyebab aku tak boleh search, google etc tentang dunia baby. kan??
takde nak emo2. happy je pon sepanjang google pasal barang baby ni.
nak pulak barang untuk baby girl. haishh. . cute to the max!

pada aku benda yang berevolusi adalah bottle susu baby. tak kisah la ko jenis BF ke, FM ke.
still perlukan bottle yang penuh gaya untuk baby kan?
nak pulak kalau jenis yang baru dapat first baby tu. lagi la nak yang terbaik je untuk baby kan?
yang paling ketara kat bottle le. hehehe
maklum la, pemerhatian di sekeliling. aku memerhati je dari jauh . . Hehehe
antara bottle susu yang trending sekarang ni? jom ushar. .
tapi kalau aku tak trending sangat, jangan kutuk pulak ye. . paham sikit status aku ni.
>_<

TOMMEE TIPPEE

 rasanya dah kebanyakan parents sekarang guna botol ni kot. dah jadi macam ikutan pulak.
ni kira paling femes sekarang ni. mampu milik, katanya la. .
harga mungkin dalam RM 120++ untuk 3botol. berbaloi kah?
jangan tanya aku. aku tak sure. .tapi dengar2 bottle ni memang sangat digemari baby yang BF.
mungkin struktur puting yang hampir sama dengan ibu punya breast.


COMO TOMO

ini yang agak baru. comel sangat. silicon made. jatuh 18kali pon tak pecah.
ini memang sesuai untuk anak yang dah start melasak. anak yang suka baling2 botol ke lantai.
okey. aku sarankan korang beli botol ni. aku tengok pon teruja.
tapi harga pon berbaloi dengan kekuatan dia la. sangatttt
RM 65-80 sebijik botol. hoih. . mengah dengar. boleh 6kali aku makan ayam penyet!


ADIRI

Paling baru. yang como tomo tu pon masih susah nak jumpa kat Malaysia. yang ni lagi la.
harga masih lagi tahap dewa. dalam RM80 sebijik. bukan harga sebenar. aku just buat calculation asas je.
ini tahap rare punya botol susu ni. aku pon tak dapat nak gambarkan bentuk sebenar macam mana.
tapi yang pasti. bukan pilihan aku. .Hahaha

Kesimpulannya, aku cuma boleh cakap. Nak guna botol apapon, guna la.
anak masing2 kan? aku belum lagi. . jadi aku takde nak komen lebih2.
takut sampai masa aku nanti, aku pulak yang over. botol susu pon nak tepek dengan swarovski.!
Eh.?? Hahaha curlasss





Sunday, April 6, 2014

Happy Sunday Peps!


simple entry.
just untuk ucap kesyukuran di pagi hari.
buka blog dan terus dapat berita dari geng TTC!
you deserve it Sizuka. .
macam2 cara macam2 gaya yang dia usahakan untuk capai title IBU.
usia kami yang sebaya buat aku sikit cemburu.
tapi aku ada misi lain untuk tempoh 3tahun ni.
in sha Allah. kalau ada rezeki, aku menyusul kemudian.
tahniah dari jauh.
tahniah untuk hadiah ulangtahun kelahiran yang ke 29!
agak lewat kan? tapi percayalah. . aku ikhlas. .
take care yang!


Tuesday, March 11, 2014

PLUS SIZE CLOTHING





Yeah cerita baru datang lagi. up entri seminggu sekali kalau lepas.
tak perlu mukadimah panjang2. jom mula cerita!
okey. ni lagi satu butik untuk wanita2 plus size atau lebih halus punya kosa kata, wanita cumil.
murah dan berbaloi. aku pon baru je mula2 belajar beli dari butik ni.
mesra sangat owner dia. baju sentiasa up to date.
aku punya up to date ni agak kampung la. maksudnya rare gitu. hahaha
takde la aku nak pilih yang ala2 skirt ke apa. tapi more to comfortable as a muslimah la. . .


banyak la baju, skirt, maxi dress, kaftan etc. kalau ikot rambang mata, semua nak rembat
tapi bukan saiz aku der. kalau ada saiz aku rembat je.
sekarang kena lebih beli baju2, bukan sebab nak p berjalan ke apa, 
balik kampung pon boleh kira dengan jari dah tapi sebab nak p ke class.
takde la nak trendy sangat pon, cuma nak selesa diri sendiri.
kalau rasa nak cuba, boleh la ke link ni ye. butik ada, bisnes online ada. kaya2!
 https://www.facebook.com/jessabella.pss

http://jessabellapluzsizestealz.blogspot.com/


ada rasa nak beli? haaa beli la.. harga baju kebanyakan RM30 sahaja.
tapi kalau beli online kena la tambah duit pos ye. pada yang nak singgah terus ke butik dia pon ok.
baju, palazo, kasut pon ada jual. . .
haa, dah la. . aku malas nak story lebih2. nanti owner tak boleh cari makan.





Thursday, February 27, 2014

Smartphone jimat bateri !

 
 
 
Aku nak up cerita pasal henpon lama aku ni. Nokia E5!
oih, gila hebat henpon ni. bateri mampu bertahan sampai 3hari kalau setakat guna yang penting2 ja.
guna la camera ke, dengar la lagu2 dalam ni sampai berapa lama pon. 3hari kompom kena cas!
pada aku berbaloi la kan? berbanding smartpon aku yang lagi satu tu.
sehari mintak 2x cas. main itu sikit, bateri bergerak, online pastu wassap over sangat,
bateri bergerak lagi. ajak Pou main sepak2 bola, bagi mandi bagi makan pon nak kurang bateri.
sangat annoying gila la smartpon ni.
untung lagi nokia ni sebenarnya. tapi sebab nak kejar arus moden.
nak kejar orang berlari makanya aku pon terpaksa berlari jugak.
lari sikit2 je. over sangat nanti.. bergegar pulak kan?
hehehehe
 
sekarang ni......henpon lama aku ni ada pada suami. Dia yang guna.
aku guna henpon lain. buat perubahan sikit :)
tapi syukur la.. apapon jenis rezeki kita, rezeki yang sikit dilupa jangan.
selagi boleh guna, guna selagi boleh. itupon rezeki jugak. beli sempena dapat kerja kat JKR.
lamaaaa sangat dah, since 2010.
psst..psstt.. tapi kan korang.
 henpon kalau orang lelaki pakai memang tak pandai jaga ek??
keypad lekang abes dah E5 aku ni. dah la sekarang ni dah takde lagi orang jual
housing/cover henpon macam dulu. .
haritu pergi pasar malam, Tanya pasal housing E5 ni..
mamat tu bahasakan kan kami balik..
"aiiyoo..orang dah tak guna henpon ni bang! semua dah pakai Samsung, BB."
okey.. cakap dah takde dah la..
tak perlu kot kami laki bini nak bawak keluar GALAXY Note 3 Rose Gold
dengan iPhone 5 dari poket derrrrr..
benci pulak aku dengan mamat tu. annoying!
ke aku yang sentap over sangat ni?? Hahahahaha
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...