Alhamdulillah. Ramdhan dah berlalu, Syawal masih terasa di hati.
Mencari yang halal itu fardhu. Menggunakan yang halal adalah wajib.
Kebelakangan ini, aku banyak tukar produk di rumah.
Niat asal nak cari buatan tempatan atau Melayu. tapi mana nak jumpa shampoo keluaran bumiputra kan. makanya, kami tertumpu pada yang HALAL.
Terbuka pintu hati tiba2, mungkin orang lain dah lama guna. tapi aku baru diberi pencerahan.
Kadang2 kita asyik terfikir, HALAL hanya pada makanan tapi kita lupa, barang penjagaan diri pon perlu diiktiraf HALAL nya.
Sebelum ni, aku memang dah guna Rania Gold. Jadi kurang la masalah pada penjagaan wajah. Cuma ubat gigi dan shampoo tu la perlu ditukar. Agak kurang yakin dengan produk yang diguna sebelum ni makanya, kami beralih arah pada barangan Safi. Dari ubat gigi sehingga shampoo.
Sabun mandi, guna Shurah. Rupa2nya, susah jugak nak cari yang ada cop HALAL pada shampoo ni dan sabun2 ni. Entah lah, mungkin pasaraya yang aku pergi tu tak banyak pilihan kot. Untuk deodorant pula, aku guna Avon. Setakat ni aku masih guna Avon untuk deodorant. masih mencari dan mencari produk lain yang lebih diyakini HALAL nya. insyaALLAH.
Kalau bercerita pasal produk HALAL, ramai yang bercakap macam2. Ada yang cakap, kalau nak berkira sangat halal dan haram, semua benda tak boleh makan.
Sekarang ni macam2 ada kat pasaran, mudah sangat nak terpesong akidah kita sebenarnya.
Sebelum jadi lebih melarat, baik kita cuba la tepis2 mana yang mampu. Kami pon bukan bagus sangat. Baru terfikir dan bertindak.
Bab makan tak kisah sangat sebab ada keluaran Ramly, Faiza dan Adabi kan. Banyak pilihan kita boleh buat. Cuma part barangan penjagaan diri ni la agak susah sikit. Bila fikir2 balik, kita di Negara Islam pon susah nak cari produk HALAL. Kedai2 yang jual produk HALAL sahaja pon susah nak jumpa. Kalau pergi pon, mesti produk dah banyak habis dan stok terhad.
kalau ada info terkini, insyaALLAH aku akan update nanti. Maklum la, orang Yahudi ni suka kalau kita guna produk tak HALAL. Nauzubillah. Cuba elak selagi boleh.