Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 18, 2013

Disember 2013


pinjam gambar blogger merah itu jambu :)

entri pertama di bulan Disember dan kemungkinan yang terakhir untuk 2013.

takde cerita baru. takde cerita gembira.

cuma stress dan stress dan terus stress.

stress di opis. stress di class. stress tentang rumah. eh, semua stress la. . .

2013 ni banyak la beri aku pengajaran. siapa lawan dan kawan.

susah senang bila belajar dan kerja serentak.

jatuh bangun bila kerja di opis tak dihargai. semuanya mengajar aku.

ajar erti terus kuat. pada yang lalai dengan kuasa Allah tu, aku tak terkilan.

cuma ingat, kita bukan selalu bernasib baik.

hidup ibarat roda. akan ke atas dan akan terjunam ke bawah.

kalau bukan kena batang hidung sendiri. mungkin anak2 dan keluarga kita.

pada masa tu, kenang lah apa yang pernah kita alpa.

kenang lah hati siap yang pernah terluka.

aku insan biasa, bila terguris. agak sukar nak memaafkan pada awalnya.

in sya Allah, doakan aku lembut hati untuk memaafkan dan menghalalkan.

 pada kawan2 alam maya, kesejahteraan kamu bersama keluarga aku doakan.

bergembira lah semua selagi punya masa untuk kejar daki dunia.

aku pon serupa. kejar pangkat dan harta dunia.

tapi untuk tempoh ini, aku punya ketenangan dan kegembiraan tak seperti dulu.

semoga 2014 memberi sedikit ruang untuk aku bernafas lega.

biar lah ruang tersebut dapat buat aku terus hidup sedikit selesa.

aku bermohon. . .

andai tidak diberi kemewahan masa, aku perlukan kawan yang setia. .

andai tiada ketua yang adil, aku perlukan kesenangan menimba ilmu dengan tenang.

andai tiada kemudahan harta, aku inginkan kebahagiaan di samping keluarga.

aku mohon pada Mu. . permudahkan lah langkah hamba Mu. .















Assalamualaikum 2014. . . . .

Wednesday, November 13, 2013

nama yang unik tapi menjengkelkan


aku sebenarnya ada nama samaran.
dulu masa rajin ber'blog'. ramai yang kenal nama aku sebagai qaseh johanna.
tapi setelah melalui beberapa revolusi, ramai yang tahu nama sebenar aku.
aku tak kisah sangat pon. . nama samaran kan untuk suka2 ja.
so. . tak melekat di hati bila sesiapa nak panggil aku dengan nama sebenar atau nama samaran.

yang makin memberat sekarang ni adalah, bila nama samaran tu dijadikan bahan ejekan oleh ahli keluarga sendiri. aaaa, itu yang stress tu. rasa nak eeeeee. . nak tumbuk sekor2!
tapi berdosa pulak sebab makabah aku pon join sekali kadang2 tu.
actually, nama samaran di blog ni family tak tahu sangat.
yang aku stress sekarang sebab nama samaran kat twitter yang jadi bahan.

adik2 aku la yang paling suka kenakan aku.
kalau kita kenakan orang memang la best kan ? ?
best sangat. sampai rasa taknak stop kalau bahankan orang lain.
tapi bila kita sendiri yang kena. a a a a a a mula nak meroyan merata.
nak tahu nama samaran aku kat twitter ?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

" DATIN GEBU "

gila tak kena bahan. kaw2 aku kena hentam. dan sekarang ni En. Boo Boo pon dah hampir terkena tempias. dah dapat title
Dato' Joe.
penangan nama samaran di alam maya. terima la natijahnya. !




Saturday, November 9, 2013

Goreng pisang rangup




Goreng pisang pon melekat2.
Mak tengok ni, kompom kena tibai.
Tapi takpe. Yang penting sedappp
Aku minat kalau makan goreng pisang guna
Tepung gandum plus tepung beras.
Pastu letak garam kunyit. Beserta bijan untuk bagi wangi.
Memang sukaaaa sangat...
Tak minat kalau beli tu sebab guna tepung rangup tu. Berminyak kaw2!
Goreng pisang dengan nescafe panas..
Terbaeeekkk...
Tapi untuk teman serumah, dia lebih prefer kopi...
Jom makan ♥♥


Thursday, November 7, 2013

Cara mudah masak cendawan busut


Pernah makan cendawan busut? Aku baru first time makan baru2 ni.
takde la rasa pelik sangat. mungkin sebab aku buat masak lemak cili api.
kalau sup ke apa. memang tak makan kot sebab baru nak cuba makan.
cendawan ni pelik rupa bentuk dia. aku pulak yang geli.
-___-
terus bagi suami yang cucikan. memang dasarrr buli suami. heh!
tak. tak. memang aku rasa bentuk dia pelik. bukan aku fikir lucah.
tapi terbayang2. dah, dah! taknak cakap dah. nanti orang marah aku pulak.
kalau tak percaya Google sendiri.


masak lemak cili api versi aku. tersangat la mudah.
tak sampai sejam dah boleh makan nasik dengan goreng ikan, sambal belacan.
siap ada ikan masin lagi. betapa mudahnya memasak!
^__^


aku cerakinkan cendawan tu. nak elak nampak bentuk asal dia.
cerakin? macam salah je kosa kata tu. Hahaha
resepi mudah. itupon ada orang puji melambung isteri dia.
nampak sangat dah jarang masuk dapur kan?

1mangkuk cendawan
1cawan santan
1cawan air
segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
10batang cili api - tumbuk kasar
4ulas bawang merah - tumbuk kasar
2batang serai - ketuk dihujung
carrot untuk keceriaan - hiris bulat
garam dan kunyit

*masuk bahan ditumbuk kasar, serai, serbuk kunyit dalam periuk dengan air.
biar sehingga naik bau. atau dalam anggaran 10minit.
* masuk kan cendawan, carrot dan masak dalam 15minit.
*perasakan dengan tekak masing2. hidang.


time sekarang ni kan musim hujan. banyak la cendawan tumbuh selepas hujan.
tepi2 jalan pon mudah nak jumpa tapi rasanya harga dia agak mahal.
katanya cendawan ni tumbuh kat kawasan kebun getah, ladang kelapa sawit je.
kat sini susah la kot nak jumpa kebun2 macam tu.
harga yang aku dapat adalah rm15/kg. mahal kan?
tapi dah nak cuba. beli jugak la kan.












Thursday, October 24, 2013

peminat bunga!


jiwa mak mak dah meresap dalam hati aku.
even aku ni takde la tua sangat. tapi entah kenapa, aku dah dapat aura tu.!
-____-

sebenarnya dulu aku langsung tak suka.
tapi sekarang suka. suka tengok bunga. suka amek gambar bunga.
semua tentang bunga la aku suka.
macam jiwa mak mak kan? over sangat dah sekarang ni.
sampai wallpaper komputer opis pon aku letak gambar bunga. .
lain macam sangat.


tak payah pergi jauh jauh. blog aku pon sekarang ni dah penuh bunga.
tengok la atasss tu. santekkk kan?
dah macam sakai pon ada. bunga sana sini.
tu pon control lagi ni. kalau ikut, semua gambar nak buang dah.
nak letak pelbagai jenis bunga.
mmmm. . rasa minah bunga pulak. hekk!




 seperti biasa la kan. semua bunga bunga ni aku google ja.
mana cantik. sedap pada mata. aku save laaaa
minat yang shock pink dan merah. yang kaler lain tu kurang sikit.
^__^




semuanya cantik. nak letak semua macam pelik pulak.
so letak sikit2. sebagai bukti yang sekarang ni aku peminat bunga!
tak taw pulak kalau lepas2 ni aku minat barang2 kereta pulak kan.
ewah! bajet kayo bertingkek tingkek.
-___-"



Wednesday, October 23, 2013

Kisah Suami Isteri

 
 
 
 
Selamat pagi.
 
Kalau pagi2, lebih kurang begini la.
 Sekarang ni aku rasa liat, malas nak bangun awal.
Sampai tahap sanggup tukar WP3. Hahaha.
Tapi betul. Aku kalau bangun 5.50am. Lepas aku mandi, baru suami aku tu mandi.
Aku tengok sebelum 6.30am, suami aku dah siap.!
Aku time tu baru nak pakai tudung. Terkial2 nak pin tudung.
6.45 baru keluar rumah.
 Actually, dulu lagi awal. 6am dah keluar rumah masa WP1.
Ergh! mana sanggup dah sekarang ni. .
Bila fikir balik. Orang lelaki ni mana ada nak pakai krim, toner, bra segala.
Lepas mandi, solat. Pakai baju kerja, stokin. Siap!
mudahnya lelaki. .
 
Ini kes belum ada anak. . Kalau ada anak, aku rasa aku ni serabai je kot sampai opis.
Apapon, Allah tu dah susun elok semua benda.
Kita ni hamba-Nya mana la nampak perancangan Dia dengan mata kasar.
 Ye tak? Doa je yang baik2 okey. :D
Aminn ^.^
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, October 11, 2013

BY SAMSUNG GALAXY NOTE

 
 
 
 
cantik kan? sesapa yang ada SG NOTE tu boleh la berbangga dengan harta dunia tu.
Aku pon ada juga sebenarnya.
tapi takde la nak berbangga sangat sebab aku punya SG Note versi yang 1.
Suka versi 1 ni sebab rasa takde yang 1, mana nak datang 2, 3 dan seterusnya kan?
Ini bukan aku yang lukis. Aku google saja. dan jumpa.
Nanti aku try upload yang dari henpon aku pulak ye.
sebelum lupa. . .
 
  SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.
 
 
 
 
 
bye.
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, October 1, 2013

P R A N K !!




MORAL DARI GAMBAR DI ATAS :

BUKAN SEMUA ORANG BOLEH MENIPU DENGAN JAYANYA.
TANPA SEDAR, KANTOI JUGAK!
TAPI KALAU KANTOI, BIAR LA COMEL. . HEHE





Friday, September 20, 2013

Sup Bebola Ikan Simple

 
 
ketagihan sup! apa saja benda yang lalu depan mata aku nak buat sup.
ini tahap maksima nak makan sup. sebab dah jemu sangat dengan ayam kan. so ubah selera.
sup bebola ikan. sup ikan aku tak berani lagi buat nak makan dengan koew tiaw kan.
kalau sup ikan tu makan dengan nasi, ok lagi la.
jom tengok cara orang malas hidupkan dapur ;D
buruh kasar plus student part time kan, harus bijak bagi masa. . heheh
 
**Bahan sup**
400g Bebola ikan (pelbagai bentuk)
 1 Kiub ikan bilis
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih (baru sup wangi kalau banyak)
4 sudu sos ikan (cap gambar bawal)
1 mangkuk bayam merah + hijau
minyak untuk menumis
5-6 titis minyak bijan (jenama Nona)
Lada sulah
5 cawan air
 
**Bahan tambahan**
Bawang goreng
Daup sup + daun bawang
Sambal kicap cili potong2
(sambal kicap ni perah limau nak bagi masam2)
Koew tiaw yang dicelur
 
**Cara masak**
Bawang merah dan bawang putih, ditumbuk kasar.
Di tumis sampai perang. Masuk air dan kiub ikan bilis biar reneh sampai mendidih.
Masukkan bebola semua dan sos ikan. didihkan lagi sekali.
Perasakan dengan garam gula jika perlu. Masuk bayam dan minyak bijan serta serbuk lada sulah.
Biar 1-2minit. Tutup api, hidang bersama bahan tambahan ;P
 
 
sekelip mata bila makan panas2!!
 
 
 
 
 
 

Wednesday, September 18, 2013

Nasi Kerabu Ala Taiping


 
 

  • ** Nasi **              
  • 4 cwn beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
  • 2-3 titik pewarna kuning/biru              
  • 2-3 helai daun limau purut(optional)
  • 1 btg serai-diketuk(optional)
  •              
  • ** Sambal Tumis**
  • 10-15 batang cili kering (kalau taknak pedas, kurangkan)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih                                          
  • 200ml/ 1 kotak santan pekat
  • 2 btg serai
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu besar budu           
  • garam dan gula melaka
  •              
  • ** Kelapa ikan**        
  • 2 ekor ikan kembung- saiz besar
  • 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar (6-7 biji bawang merah)
  • 1 batang serai
  • 1cm halia
  •              
  • **Kerabu**            
  • kubis
  • timun
  • taugeh
  • daun kesum
  •              
  • **Bahan bahan lain**           
  • keropok ikan
  • telur asin
  • ikan celup tepung
  • ayam bakar      
  • sambal belacan


  • Nasi

    1. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa


    Kelapa Ikan

    1. Bersih ikan dan rebus. Sementara tu bolehlah goreng kelapa

    2. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.

    3. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
     
    4. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
     
    5. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
     
    6. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.


    Sambal tumis
     
    1. Blend cili kering, bawang dan halia sehingga lumat.
     
    2. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak




    Wednesday, August 14, 2013

    PRODUK HALAL

     
     
    Alhamdulillah. Ramdhan dah berlalu, Syawal masih terasa di hati.
    Mencari yang halal itu fardhu. Menggunakan yang halal adalah wajib.
    Kebelakangan ini, aku banyak tukar produk di rumah.
    Niat asal nak cari buatan tempatan atau Melayu. tapi mana nak jumpa shampoo keluaran bumiputra kan. makanya, kami tertumpu pada yang HALAL.
    Terbuka pintu hati tiba2, mungkin orang lain dah lama guna. tapi aku baru diberi pencerahan.
    Kadang2 kita asyik terfikir, HALAL hanya pada makanan tapi kita lupa, barang penjagaan diri pon perlu diiktiraf HALAL nya.
     
    Sebelum ni, aku memang dah guna Rania Gold. Jadi kurang la masalah pada penjagaan wajah. Cuma ubat gigi dan shampoo tu la perlu ditukar. Agak kurang yakin dengan produk yang diguna sebelum ni makanya, kami beralih arah pada barangan Safi. Dari ubat gigi sehingga shampoo.
    Sabun mandi, guna Shurah. Rupa2nya, susah jugak nak cari yang ada cop HALAL pada shampoo ni dan sabun2 ni. Entah lah, mungkin pasaraya yang aku pergi tu tak banyak pilihan kot. Untuk deodorant pula, aku guna Avon. Setakat ni aku masih guna Avon untuk deodorant. masih mencari dan mencari produk lain yang lebih diyakini HALAL nya. insyaALLAH.
     
    Kalau bercerita pasal produk HALAL, ramai yang bercakap macam2. Ada yang cakap, kalau nak berkira sangat halal dan haram, semua benda tak boleh makan.
    Sekarang ni macam2 ada kat pasaran, mudah sangat nak terpesong akidah kita sebenarnya.
    Sebelum jadi lebih melarat, baik kita cuba la tepis2 mana yang mampu. Kami pon bukan bagus sangat. Baru terfikir dan bertindak.
     
    Bab makan tak kisah sangat sebab ada keluaran Ramly, Faiza dan Adabi kan. Banyak pilihan kita boleh buat. Cuma part barangan penjagaan diri ni la agak susah sikit. Bila fikir2 balik, kita di Negara Islam pon susah nak cari produk HALAL. Kedai2 yang jual produk HALAL sahaja pon susah nak jumpa. Kalau pergi pon, mesti produk dah banyak habis dan stok terhad.
    kalau ada info terkini, insyaALLAH aku akan update nanti. Maklum la, orang Yahudi ni suka kalau kita guna produk tak HALAL. Nauzubillah. Cuba elak selagi boleh.
     
     
     
     

    Tuesday, July 23, 2013

    3 Cara Mudah Untuk Kerja Kerajaan

     
     
     
    "eh, hang kerja JKR kan.? rekomen la aku kerja sana jugak!"
     
     
    "Orang kerja kerajaan, takkan tak boleh tolong kawan2 kot. Aku nak gak kerja kerajaan."
     
     
    "..mmm.. JKR ada kerja kosong tak.? kalau ada, selit2 la nama aku sekali taw"
     
     
    Ayat2 yang selalu aku dengar dan terima setiap kali balik kampung.
    terutama time raya yang nak menjelang tak berapa nak lama lagi ni. jumpa kawan sana sini.
    kadang2 aku pon takde idea nak jawab macam mana. bukan sebab berlagak aku kerja sebagai kakitangan kerajaan. tapi aku sampai tak tahu nak jawab apa.
    kalau lah dapat kerja kerajaan tu semudah yang disangka, sumpah aku tak mohon kerja setakat guna sijil Politeknik. lebih baik guna diploma UTM tu. kalau lah kan. . . . .
    untuk kawan2 di luar sana, mohon kerja kerajaan ni ada cara dia.
    step yang aku rasa memang tak payah nak ulang cakap, sebab semua orang dah tahu.
    tapi aku bagitahu la jugak sebab masih ramai yang bertanya kan.
     
     
    1. Isi borang SPA. (online)
    Dalam SPA ni, ada 8jenis jawatan yang perlu kita pilih. masa zaman aku la.
    sekarang aku tak pasti berapa. tapi rasanya masih 8. isi nama, ic, alamat rumah, pilih tempat temuduga tu biasa la kan. masukkan segala data yang dia perlukan.
    kalau mohon kerja ikut kelayakan akademik kita. jangan la mohon jawatan yang tak bersesuaian dengan sijil/diploma/ijazah kita. nanti buat penat isi saja. cuma satu peringatan, SPA ni kita kena update setiap 6bulan sekali. tolong ye. . . . bukan 3tahun sekali. ingat tu!
    pastu bila tak dapat korang marah SPA pulak, padahal salah sendiri tak update status kat SPA.
     
    2. Temuduga.
    Paling ditunggu2. lepas semua maklumat yang kita isi dalam borang SPA lengkap dan kebetulan jawatan tersebut ada kekosongan.
    maka, kita akan dipanggil temuduga. tak payah cakap banyak, aku pon hadap 3kali temuduga sebelum dapat jawatan sekarang ni. cuma aku harap satu, bila dah dipanggil temuduga, silaaa la hadirkan diri. kawan2 aku pon ada yang dah dapat pergi temuduga tapi taknak pergi. owh please. sila hadirkan diri. masa aku dulu, dia akan tanya ini temuduga SPA yang ke berapa? mungkin kalau dah banyak kali pergi temuduga, dia pon jadi kesian kan. mana tahu, rezeki. insyaALLAH.
     
    Masa pergi temuduga ni pon ada adab2 dia. dan aku rasa betul dan masih dipraktikkan.
    pakaian biar la formal. pada lelaki senang la kan. cuma slack dan kemeja, kasut kulit bertutup. bagi kilat2 sikit kasut tu. tapi kebanyakan yang bermasalah, perempuan la. ya memang slack dan kemeja /blouse tu boleh pakai ke pejabat tapi bila time temuduga SPA, kurang sesuai kot. lebih elok pakai baju kurung senada. maksudnya, kalau baju biru, tudung pon biru. tak perlu nak kontra, nak vintage, nak oldskool sangat. baju biru, tudung pink. ingat nak pergi makan kenduri ke cik kak oi?
    tudung pon biar la simple. tak payah nak bergaya macam tudung Yuna pulak. senget sana sini, belit sana sini. just make yourself simple. dan kasut tak perlu high heel pon. cuma perlu kasut bertutup dan warna yang sesuai macam hitam, beige, dark brown. tak payah over ok. bak kata orang biar nampak skema, asalkan tak sakit mata orang yang nak temuduga tu. nanti bila dah dapat kerja, korang nak melaram macam mana pon, korang punya pasal la kan. ;)
     
    Keyakinan. haa ini paling paling penting. kalau korang dah lepas semua azab pon tapi bila part keyakinan takde. hancur la. pengalaman aku sepanjang 3kali temuduga, sama saja kaedahnya.
    perkenalkan diri. masa ni cerita apa saja pasal diri kita. semua. semua maksud aku, bukan cerita pasal makanan kegemaran, hobi. tapi cerita berkaitan siapa kita. siapa makabah kita. pendidikan awal di sekolah mana. seterusnya lanjutkan pelajaran ke mana. pekerjaan kita masa itu. untuk temuduga ke3 tu, aku bercakap non stop sampai dia suruh aku berhenti. hahaha. itu namanya excited. lepastu dia akan tanya apa yang kita tahu berkenaan jabatan yang kita nak kerja tu. sebelum temuduga kita kena study la sikit pasal misi visi objektif jabatan tersebut. siapa menterinya. cakap dengan lancar la. jangan banyak fikir dan fikir.  nampak kurang berkeyakinan di situ. Seterusnya tentang bidang tugas jawatan yang kita temuduga tu. benda ni kita kena tanya kawan2 la. atau google saja. macam aku bahagian teknikal, jadi aku kena cerita benda teknikal la. kena tahu step2 sebelum, semasa dan selepas pembinaan. tapi ada jugak yang aku kantoi dan menipu tapi sebab yakin dan bersemangat, nampak macam aku takde buat salah la. hehehe
     
    3. Penerimaan/Penolakan.
    Part ni paling berdebar. nak buka surat dari SPA tu aku menggigil tahu. siap bawa surat tu pergi site ofis time tu. takut nak buka kat rumah sebab taknak mak tahu. hahaha aku cuma dapat sebagai simpanan selama setahun. tapi Alhamdulillah, rezeki orang nak kawen kan, dalam tempoh 6bulan aku dipanggil lapor diri di KKR Jalan Sultan Salahuddin dan ditempatkan di JKR Mid Valley. Lapor diri 18 Januari 2010 dan bertunang 30 Januari 2010 dan kawen 4bulan lepas tu. meaningful sangat 2010 pada aku. semua berlaku serentak. itu namanya rezeki. Syukur.
     
    Itu saja yang dapat aku cerita pasal pengalaman aku sebelum kerja kerajaan ni. jangan la cepat kecewa. aku tahu ramai yang dah bertahun2 pergi temuduga, tapi masih tak dapat. mungkin kerja korang kat tempat kerja sekarang lagi banyak pendapatannya. kerja kerajaan ni gaji kecil. apa yang aku cerita ni, masa zaman aku. mungkin ada perubahan di sana sini. aku tak pasti. cuma aku harap perkongsian aku ni dapat menolong adik2 di luar sana. aku sekadar memenuhi permintaan mereka. sebab ramai sangat yang bertanya kan. ok aku dah penuhi. sikit2 aku taip. bukan main lama lagi entri ni menepek kat deraf. semoga Berjaya semua.
     
     
     
     
     
     
     
    

    Monday, July 22, 2013

    RAMADHAN YANG MENCABAR

     
    salam Ramadhan. .
    Ramadhan ke13. hampir separuh perjalanan, baru ada kelapangan nak menulis.
    orang lain dah sibuk cerita pasal kuih raya, baju raya dah.
    aku baru buat entri pasal Ramadhan.
    Ramadhan kali ini sedikit mencabar. kerja2 di ofis yang semakin bertambah. hari2 urgent.
    hari2 menatap sampai pedih mata2. plus pulak assignment yang ada.
    boleh tahan mencabar la. dengan kelas di hujung minggu. memang rasa tak rehat.
    tapi yang pasti. . aku takde pulak kurus2. aissh. . itu masalah besar aku tu !
     
    seperti tahun2 sebelum ni, kami suami isteri masih mengekalkan tradisi berbuka dengan kuih muih saja. selalunya aku masak sendiri la. balik kerja terus sinsing lengan baju buat burger, sosej roll, kuih cara, roti canai segera makan dengan sambal sardin. yang simple2 jela. sebab sampai rumah pon lebih kurang pukul6.
    jadi takde la meriah sangat juadah berbuka tu. ala kadar saje.
    cuma time bersahur tu perlu la masak nasi. lauk tu kena mantop sikit la. sebab nanti tak selera pulak kan nak menjamah pepagi buta tu.
    dan rekod tahun ni, aku tak jejak lagi kaki ke pasar Ramadhan. Hohoho
    rasa hebat tiba2.
     
    untuk tahun ni, aku masih lagi berulang alik Mid Valley - Bukit Beruntung.
    penat? entah la. . aku rasa hari2 aku hirup udara KL ni. setiap hari. dah sebati.
    dulu boleh lagi la ada hujung minggu untuk rasa damai kat Bukit Beruntung tu. sekarang tidak lagi.
    Sabtu petang kelas, Ahad petang baru balik rumah.
    rumah aku sekarang pon dah tak terurus. serius tak tipu!
    pada yang punya masa tu, teruskan saat2 indah anda itu. hari yang mendatang, tak tahu apa yang akan kita lalui. mana tahu, terdetik di hati nak sambung belajar part time macam aku jugak.
    merasa la kan. tapi mungkin azab tu tak sama. sebab rumah aku jauh dari KL. .
     
    insyaALLAH, ada masa aku cerita pasal kuih raya pulak ye.
    bila tu aku tak pasti. lepas raya pon boleh jadi. haha
    salam sayang semua. aku tahu, ada menunggu entri dari aku kan.?
    Hahahaha. ok. perasan jap.
    selamat berpuasa semua.
     
     

    Monday, June 3, 2013

    PERANG FINAL BERMULA !

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
     
    MINGGU FINAL EXAM.
     
    DOAKAN KEJAYAAN AKU.
     
    PAPER PADA BERMULA RABU NI.
     
    5.6.2013 - MEKANIK STRUKTUR (KILLER SUBJECT)
     
    7.6.2013 - WATER TREATMENT
     
    10.6.2013 - MATERIAL OF ENGINEERING
     
    14.6.2013 - MATEMATIK KEJURUTERAAN 1 (KILLER SUBJECT)
     
     
    YA ALLAH.. PERMUDAHKAN..
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    Friday, May 31, 2013

    Hidup tidak normal ?


    sekolah - sambung belajar - kerja - kahwin - belum ada anak - sambung belajar - stress belajar + happy dengan Boo Boo.

    rasa macam tak normal je life sekarang ni.
    nak pergi mana2 pon tak boleh. nak bercuti pon dah rasa terhalang.
    baru semester1. nak hadap 4tahun lagi. .
    entah jadi apa la kat aku.

    bila fikir2 balik, belajar ni seronok. seyes seronok tapi. . . .
    bila part final exam tu. maha stress sangat. plus kerja kat opis lagi.
    cuti jangan cakap la. harus cepat habis sebab nak kena study kaw2 kan.
    cuma aku rasa sikit kelainan la bila belajar dah tua2 ni.
    masa muda dulu masih energetic. lain la kan.
    setiap input2 yang masuk pon boleh lagi diserap dengan cemerlang.
    Hahaha. cemerlang ke.? boleh la. .

    bila peningkatan usia dia rasa agak lemau. pada aku la. .
    nak pulak bila time pengiraan. berpeluh2 nak kira.
    asyik tak kena sesaja. ada ja salah sana sini.
    tekan kalkulator pon boleh salah. cemerkap!
    itu belom beranak lagi tu. kalau dah beranak, putus urat sana sini.
    entah macam mana la rupanya ye. silap2 tak jadi belajar.
    aku harap, dengan Berjaya nya aku harung sem1 ni.
    aku akan Berjaya untuk redah 8sem lagi. wish me luck.

    aku kena kuat sebab aku bukan orang yang boleh berbisnes.
    aku kena kuat sebab masa depan aku bermula dari diri sendiri.
    aku kena kuat sebab tiada siapa mampu ubah diri aku selain diri sendiri.
    aku kena kuat sebab aku punya waktu lapang ketika ini.

    Ya Allah. . kuatkan aku. . aminn.




    Wednesday, May 29, 2013

    Our 3rd Anniversary on 28.5.2013!

     
     
     
    Happy 3rd Anniversary. . .
     my man.
    my love.
    my everything.
     
    jamuan kecil kecilan bersama family. kebetulan family dah datang sini kan.
    harini maybe ada peluang untuk berdua. tapi setakat nak celebrate, hari2 biasa pon kami dah berdua kan. so, sama saja. lain la ada orang bawa pergi honeymoon lagi kan abang kan.?
    untuk ulangtahun ketiga. aku makin busy. tiada honeymoon time lagi dah sebab struggle untuk final exam. student kan. . tabah jela. .
    kena tunggu masa yang sesuai la pulak. nanti ada masa, kita pergi senyap2 ye :)
     
    semoga kami sentiasa bergembira, bersuka ria dan dipayungi rahmat Allah.
    rezeki untuk bertiga kita jangan fikir. nanti stress kan.
    bersyukur dengan rezeki yang ada sehingga hari ini.
     
    Alhamdulillah. . .
     
    *teringat our big day di sebelah aku 3tahun lepas*
     
    *our first night come again. . . *
     
    ^_^
     
     
     

    Wednesday, May 22, 2013

    Pendidikan awal si comel :)

     
     
    dah besar. dah boleh berjalan. dah pandai agah kita balik.
    orang tua2 cakap. dari anak sekecil Jasmin ni la kita nak kena bentuk.
    bentuk segala benda dari segi tingkah laku, pergaulan dengan orang luar, cara bercakap.
    nows Jasmin dah 10bulan. gigi sebatang pon belum ada. bila sengih, gelak etc, gusi je Nampak.
    tapi still syooomeell la kan.
     
    bercakap tentang cara mengajar anak ni, aku tak le pandai tapi sebab aku anak sulung so
    boleh Nampak cara mak abah ajar adik2 dulu. bab yang paling ketara sekali aku Nampak dan cukup mak titik beratkan adalah ketika sembahyang.
    mak abah cukup pantang kalau adik2 kacau ketika tengah sembahyang.
    maksudnya adik2 walaupon kecik lagi dan tak faham tapi akan di biar duduk di tepi dan tugas aku sebagai kakak adalah memastikan adik tengok je tanpa mengacau.
    kalau aku leka dan adik terlepas, lepas tu aku yang kena marah. tapi jarang la kot jadi macam tu.
     
    walaupon cuma budak2 tapi kadang2 mereka akan faham kalau kita terangkan. budak2 paling dekat dengan aku sekarang pastilah Jasmin kan. . setakat ni belum pernah lagi kalau kami sembahyang dan dia mengacau. kacau kat sini maksudnya macam tarik telekung, duduk atas riba, golek2 atas sejadah.
    setakat ni belum lagi la dia buat perangai macam tu. paling kronik pon, cuma berdiri kat tepi dan sengih pada kita macam kat atas tu. okey time ni, kita pon rasa nak sengih sekali bila tengok budak kecil sengih2 camtu. dah la takde gigi. kelakar sangat!
     
    lucu tu memang la lucu tapi selalunya bila dah abes sembahyang, kami akan tangkap dia dan cakap. kenapa kacau aunty long sembahyang.? kenapa kacau paklong.? walaupon kita cakap biasa2 je tapi selalu kita bagitaw dan terangkan. insyaAllah budak2 akan faham. lagipon tak manis la kan kalau kita bawa anak kita ke rumah saudara ke, masjid dan sebagainya, anak kita buat perangai. menjerit2, bising ketika orang lain tengah sembahyang. nanti orang cakap tak pandai jaga anak pulak kan. . . so cara terbaik adalah kita didik anak dari rumah. tak perlu nak pukul2 budak tu bila dah besar nanti. jangan sebab sayang anak, kita biar dan pandang remeh setiap perangai mereka. aku takde pengalaman lagi dengan anak sendiri, setakat Jasmin yang aku jumpa seminggu sekali tu jela segala2nya. . semoga Jasmin jadi anak yang baik dan mendengar kata ye.
    love. . aunty long :)
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
    

    Wednesday, May 8, 2013

    Dakwat kekal SPR pada hari keempat. .

    Hari pertama. .
    Hari keempat selepas PRU13. apa nak cakap? Bendera masih banyak tergantung sana sini.
    Harap selepas tempoh seminggu tolong buang ye. Bendera ok la lagi tapi bab poster tu, masyaALLAH. time baru gantung memang le semangat kan, bila dah habis sila la buang.
    takkan penduduk kawasan setempat pulak yang nak kena kutip dan buang.
    sila ambil perhatian ye manusia2 yang terlibat dengan penggantungan poster dan bendera.
    tercemar weh!
     
    Nampak jari kat atas, itu hari pertama. . Kalau warna merah kan cantik. baru nampak macam inai.
    oleh kerana ramai yang buat isu pasal dakwat kekal SPR ni. aku sanggup biar jari aku kebiruan untuk beberapa hari ni. keluarga sebelah mertua semua pembangkang, balik dari mengundi terus diorang sental jari dengan Clorox. hurmm, harus la tanggal kan.? sedangkan baju yang kaler merah terang pon boleh keluar warna, inikan pulak kat kulit kita. memang mudah sangat la.
    lepas cuci, semua bising, cakap boleh tanggal! SPR menipu la, apala. .
    Lastly aku bersuara la, dalam suratkhabar tulis dakwat akan kekal kalau cuba dicuci dengan 3bahan.
    1. minyak angin(minyak cap kapak)
    2. cecair pelarut.
    3. iodin
    ada ke dia cakap CECAIR PELUNTUR..?? ADA.?
    baca taknak bagi faham, macam tu la. kalau nak tertanggal sampai tak nampak kesan, celup dalam asid. sure dengan jari2 tu takde terus,memang hilang.! lagi puassss hati kan.?
    Hahaha. tu jawapan. . senyap la semua. nak bercakap sangat kan?
     
    Bukan aku sokong mana2 parti tapi, dakwat kekal ni pon usul dari pihak pembangkang jugak kan. kononnya nak elak pengundi hantu. bila SPR dah laksanakan, nak pertikai itu ini.
    kerja orang semua nak dipertikaikan. suruh buat kerja nanti, banyak pulak alasan. .
    untuk hari keempat ni, dakwat tu masih bertahan. ada jugak aku gosok2 masa mandi, tapi kesannya masih ok. Rm 5juta nok beli dakwat. . harus la tak tertanggal kan.? mahal tu. .
     
    Hari Keempat. .
    amacam? masih sama ke dengan kawan2 kat luar sana. aku saja taknak beria tanggalkan dakwat ni.
    rasa bangga weh tunjuk jari biru. bukti kita adalah pengundi di Negara sendiri.
    ini kalau ada orang komen pasal nak kutuk2, jangan harap aku nak publish.
    kau sapa? nak kata orang macai2 bagai kan. kau pon kuli, lagi nak kecoh! bubyeeeee. . .
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     

    Thursday, May 2, 2013

    Lumiglow + Bleeding + Rumah + Study

     
    ASSALAMUALAIKUM
     
    memang dah lama tak jengah blog sendiri. even setiap hari ada ja yang Tanya pasal Lumiglow.
    di sini saya nak bagitaw, saya bukan agen Lumiglow etc. Kalau terasa teringin nak ber'Lumiglow',
    Lumiglow utk dijual.. Rm90 sahaja.. Call 0193615563. Afiz
    cuba la hubungi dia.
     
    sebelum blog ni betul2 terkubur. aku nak share sikit la pengalaman aku bleeding ni.
    selama 6hari aku bleeding, hari ke7 baru berani pergi hospital.
    berani kan aku.? padahal aku bleeding bukan tahap sikit2. siap berketul2 dan memang darah hidup je yang keluar. senang cakap, lepas mandi pon darah tu still boleh meleleh kat kaki.
    betapa banyaknya darah tu. sampai suami la jadi tukang lap darah2 tu.
    terus rasa diri bodoh bila ulang balik cerita bleeding ni.
    sekarang ni aku dah kembali normal. aku tak mintak untuk baby ke apa.
    aku cuma nak sihat je buat masa sekarang ni.
    dan ubat Duphaston yang gynea aku suruh amek setiap bulan tu pon aku dah stop.
    sebab Duphaston tu aku bleeding teruk.
    buat masa ni, aku taknak amek apa2 ubat. sebelum ni everyday aku makan vitamin C, acid folic, Duphaston dan ubat kolestrol. lepas kes bleeding, mak aku cakap tak payah makan apa2. .
    jadi aku menurut perintah jela. untuk sebulan ni, aku nak clean dari dadah2 tu.
    *kembang hidung*
     
    untuk rumah yang aku pernah cerita sebelum ni. aku harap, aku dapat duduk sebelum bulan puasa.
    maknanya dapat la beraya dengan rumah baru. actually, bukan la rumah baru sangat kan sebab rumah second hand tapi okey la. jenis rumah murah2 je.
    RM130k, rumah 2tingkat. Kat mana nak dapat harga rumah semurah tu?
    Bukit Beruntung la. Kalau sanggup penat lelah ulang alik pergi kerja lebih 60km sehari,
    silakan lah beli. tapi pastikan suami anda jenis ringan tulang la kan.
    Hahaha. tu nak puji suami sendiri la tu erk? well said. . suami isteri harus lah tolong menolong.
     
    sebab aku student part time. yang baru sem1. jadi sem ni memang aku rasa tertekan sangat.
    maklum la nak sesuaikan diri tu bukan senang. tapi setakat ni aku ok lagi la.
    cuma sem ni aku kena hadap 2 killer paper. Math Kejuruteraan dengan Mekanik Struktur.
    2 subjek ni memang buat aku lemas 24/7. arrgghhh!! kawan2 semua jauh. semua area Sepang, Bangi.
    aku tiba2 sensorang kat Bukit Beruntung. memang tak la kan nak jumpa semata2 nak study group.
    so aku study sendiri. salah pon sendiri. faham pon sendiri. memang mencabar!
    kalau ada ex-student UTM, Civil Engineering yang nak pos nota kat aku, aku terima weh!
    maklum la student kan, harus la nak berjimat. .
    tapi sekarang aku pegang satu je, aku takkan mengalah! aku tetap akan teruskan study ni walaupon payah!
     

    Tuesday, March 19, 2013

    Nak jadi engineer sangat kan?


    pheeww. . lately ni memang busy.
    kat opis busy. kat class pon busy.
    assignment dah mula nak hanta itu ini. projek pon ada yang nak kena present.
    dan ada juga nak kena submit.
    kat opis. drawing + filing. tu pon masih ada mulut longkang yang cakap aku datang opis ni cuma tulis blog! memang rasa nak maki dan rasa taknak diampunkan fitnah dia tu.
    sejak belajar ni. aku dah mula belajar2 balik lambat dari opis.
    tapi takde la hari2 dan bukan la lambat sangat.
    sampai pukul5 je pon. hahahaha
    kira lambat jugak la kan sebab selalu 4:25petang aku dah tercegat depan pintu nak balik.


    sekarang ni masak pon aku tak sempat dah.
    balik rumah mandi makan. ulangkaji sikit. kalau ada homework buat la walaupon salah sana sini.
    memang masa nak masak tu terhad. pukul10 dah lena. esok bangun awal pergi kerja.
    rutin yang akan berlangsung selama 4tahun. macam takde life pulak kan.?
    tapi kuatkan semangat sebab nak sangat jadi engineer kan.
     

    di opis kerja hakiki pon ada jugak. memang letih la belajar part time ni.
    rasa 24/7 tu macam dah tak cukup untuk aku. .
    and suprise what.? En. Boo Boo request nak bawa aku pergi specialist nak buat rawatan.
    untuk baby la kan. terus berjurai air mata. sebab yang sekarang ni pon aku dah tak larat.
    nak tolak dengan terima aku pon dah tak boleh fikir.
    harap aku diberi kekuatan dan petunjuk dari Yang Maha Esa.
    T.T





    Thursday, February 21, 2013

    Brooch bunga satin



    dulu dah ada fesyen brooch bunga ni. tapi fesyen ni macam datang balik.
    atau lebih tepat, tiba2 menggila kembali di opis aku ni.
    sebab ada sorang kawan baru masuk opis yang punya sebuah butik.
    jadi. . .  dia bawa datang opis apa yang dia selalu pakai ke opis.
    itu yang jadi kegilaan di opis tu. nak pulak orang yang pakai kecik comel cantik.
    jual apa pon laku. itu adalah kenyataan! dan aku bukan cemburu.
    memang dia pakai apa semua cantik. nanti bila2 aku letak gambar dia ye.

    okey berbalik pada brooch ni.
    nampak je kecik kan? tapi dia adalah sangat besar.
    kalah brooch2 yang selalu aku pakai datang opis.
    diameter lebih kurang dengan brooch2 aku tapi sebab dia dalam bentuk 4D camtu.
    makanya di jadi macam bunga penanggah pulak bila dipakai.
    selit tepi bunga tu duit rm5, sah2 jadi bunga penanggah. heehe
    tapi aku pon beli jugak. taknak kalah uolls. hahaha
    bunga oren diameter 7.5cm. yang bunga merah kembang tu 8.5cm.
    bayangkan kalau aku pakai.
    hurmmmm. .  segala galanya besar la pada aku ni. hikkss
    kawan aku ni pon ada jual online tapi aku lupa pulak FB dia apa.
    nanti aku info. mana taw ada yang teringin jugak.
    sebab bukan setakat boleh jadi brooch. belakang tu ada sepit yang boleh digunakan pada rambut/shawl. memang cun lah aku lepas ni :D








    Monday, February 18, 2013

    macam mengandung ke?

    Letak gambar ni as avatar di twitter..
    Kecoh sekejap. Ingat aku mengandung ke apa!
    Wish tahniah etc. Padahal memang dah dasar perut macam tu. . .
    Lagi orang tanya, aku lagi giat la. .
    Tak mengaku pon tapi layankan je. Mula la ada yang wish anak gebu macam aku.
    Aminn. . Itu jela aku boleh cakap :)
    Tapi malu pon ada. . . Nampak sangat kita tu dah berubah dari segi fizikal.
    Tak mengandung pon orang cakap mengandung.
    Nampaknya lepas ni aku ni sentiasa nampak macam mengandung jela.
    Tapi bila nak beranak pon tak taw la kan. .
    Due date takde! Hikkkssss
    Anyway... Bila dah start belajar balik ni.. Dah takde masa sangat nak layan perasaan.
    Just lalui hidup dengan aman dan damai bersama suami terchinta :))

    Published with Blogger-droid v2.0.9

    Wednesday, February 6, 2013

    Mahasiswa Separuh Masa



    akhirnya. . . terjadi jugak perkara yang kalau boleh aku nak elakkan.
    sebenarnya berat hati aku nak mohon UTM Space ni.
    sebab aku pernah sambung diploma di UTM kan. so, aku faham pahit getir
    seorang siswa UTM ni. sangat mencabar dan tak boleh dibuat main.
    tapi. . . . . . aku takde pilihan.
    impian sebagai seorang jurutera tu makin berkobar kobar.
    aku teringin nak sambung belajar sepenuh masa tapi jawatan aku sekarang ni menjadi halangan.
    di samping beberapa perkara yang tak sedap di baca pada pekeliling.
    UiTM boleh buat separuh masa tapi pada hari bekerja.
    class mula 6pm sampai 10pm. pukul berapa nak balik rumah?
    pukul berapa nak bangun esok pagi?
    Shah Alam - Bukit Beruntung bukan dekat.
    silap silap aku jadi lepat tengah jalan. nauzubillah. merepek!
    setelah di timbang tara, UTM saja pilihan yang ada serta berbaloi jarak perjalanan.
    walaupon terpaksa korbankan Sabtu dan Ahad. lepas ni tak boleh nak meronggeng lagi dah!
    dah takde masa nak berjimba ke sana ke mari. nak balik kampung pon susah.
    kena amek cuti hari bekerja kalau nak balik kampung.
    sanggup ponteng kerja dari ponteng class. Hehehe
    class bayar mahal kot. tak sanggup nak ponteng. memang dasar malas bekerja!

    dengan rasminya aku kini adalah mahasiswa UTM.
    lepasni takde masa nak masak masak dan cuba resepi baru. pasrah jela untuk 9semester.
    means 4tahun setengah. takde harapan nak score pointer hebat, gempak pon.
    asalkan lulus dan tak ulang paper. cuba elak kalau boleh.
    tak sabar nak konvo on time! :)












    Thursday, January 31, 2013

    UTM SPACE


    Sabtu ni aku pergi UTM Skudai.
    pendaftaran mahasiswa baru untuk ijazah separuh masa.
    baru nak pergi sambung belajar.
    dulu suruh belajar, gatal nak kawen.
    *garu garu kepala*

    takut jugak bila dah buat keputusan nak sambung belajar ni.
    sebab aku taw, bukan mudah nak kerja sambil belajar.
    nak pulak bila dah kawen. selamat belum ada anak.
    rasa sedikit kelegaan di situ. 
    harapan aku cuma satu sebelum aku mula belajar 16 Februari ni.
    aku harap aku adalah insan terpilih yang pergi mendaftar pada hari yang ditetapkan.
    dan aku jugak adalah insan terpilih yang grad pada hari yang ditetapkan.
    azam 2013-2016!
    lump sum untuk 4tahun terus :))
    doakan aku.

    Wednesday, January 30, 2013

    Perfectly 28


    30 Januari. dah genap 28!
    tahniah untuk diri sendiri dan bersyukur masih dipanjangkan usia.
    happy birthday to me. .
    hadiah birthday? hirup air laut kat Batu Ferringhi. ;D

    Friday, January 25, 2013

    apam mini cornetto dan apam polkadot


    apam mini cornetto
    sebelum aku cerita sikit sikit pasal apam ni.
    jom kita sama sama terjah blog kak Sitti ni, macam macam jenis kek, muffin, apam ada.
    serius. sedap. . dan tak menyesal.
    aku selalu oder dekat kak Sitti ni sebab depan mata. bukan rumah kak Sitti tu 
    depan mata aku tapi suami dia jiran sebelah kerusi meja aku kat opis ni.
    senang. aku suka kerja senang senang ni.
    siapa la yang nak susahkan diri, ye tak?


    try la ushar kat blog kak Sitti ni. setakat ni perkhidmatan okey dan tak pernah gagal.
    cuma pernah sekali tu aku rasa kelakar. aku oder muffin pandan ke apa ntah. tapi pandan la.
    aku suruh letak ceri merah bagi nampak menarik sikit.
    hihi. saja la kan. nak request. .
    sekali kak Sitti letak ceri punya besar. rasanya sebijik ceri dia potong 4 kot.
    terus rasa macam kena perli. Hehehe.
    gatai sangat request sesuatu yang tak disediakan. padan muka.
    tapi sebenarnya okey je kak Sitti ni. dia cakap cantik sikit kalau besar.
    aku je yang rasa kena perli. padahal nothing pon.
    tapi memang cantik pon. kalau beli kat kedai, mau ceri belah 18. ciput je. gilers kedekut kan?
    anyway thanks ya kak Sitti yang cumils. sentiasa layan kerenah saya. peace :D

    apam polkadot
     harini aku oder kat kak Sitti lagi. 150biji apam polkadot perisa campur campur
    dan apam mini cornetto kat atas tu.
    memang tiada kehampaan di situ. sedap mata memandang. .
    apam polkadot ni aku nak bawak balik kampung. makabah nak buat kenduri sikit.
    jadikan kuih muih tambahan je. cantik sikit kan ada warna warni atas meja buffet.
    tapi sebelum sampai Taiping, apam ni singgah Cameron dulu.
    hahahaha. saja bawak apam ni jalan jalan. mengelitis adik aku cakap.
    dah taw makabah kenduri boleh lagi naik cameron satu malam. biarlah. penyibok!

    so kawan kawan. jangan lupa ushar blog kak Sitti ni.
    harga berbaloi baloi. nak tulis harga tapi takut kena marah pulak sebab memandai kan.
    jadi tanya la sendiri pada tuan punya badan. dan satu lagi.
    kak Sitti ni tak kedekut. walaupon dia meniaga tapi kalau kita mintak resepi, dia akan bagi.
    in shaa Allah. . semoga dimurahkan rezeki ye kak.
    aku ni selalu tanya kak Sitti itu ini. tengok resepi apam, kek, muffin etc.
    lastly ngoder kat kak Sitti jugak. Heheh




    lupa!!

    lupa cara nak tukar gambar kat atas tu.
    nampak sangat aku dah lama tak godeh blog!
    adoii, rasa sebak kot. .  macam mana aku boleh lupa benda remeh?
    rasa malu sendiri tengok gambar kawen sebesar besar umat kat atas tu.
    dah masuk tahun ketiga kan. terus rasa sedar diri. eh?
    mmm, stress pulak bila tak boleh tukar gambar tu.
    macam mana nak buat ni?
    aku lupa!!!

    Monday, January 21, 2013

    Baju untuk wanita XL hingga XXXL



    Harini aku nak kongsi pasal baju baju saiz besar.
    sebab ramai yang menjual baju saiz besar ni. itu punca aku taknak kurus kurus tu kan.
    ayat tak boleh nak diterima akal sendiri. hehehe
    selama ni ada jugak yang bertanya mana aku beli baju kan.
    sebab nampak cun la tu, itu yang tanya eh?
    boleh pulak begitu. .puji diri sendiri.

    http://qistinacloset.blogspot.com/

    go to the link. dan lepas tu baru awak semua tahu kenapa aku tak boleh kurus.
    gila kot! baju untuk orang saiz besar ni makin trendy and comels.
    takde la macam dulu. asyik hitam je kan. rasa macam dah nak sebati dengan kulit.
    sana sini hitam kan. eh, tapi dulu aku kurus. . boleh? :D




    banyak jugak la baju baju aku yang aku beli dari Kak Azie ni.
    peramah orangnya. segala kerenah kita akan dilayan dengan sabar.
    nampak sangat aku spesis kuat cerewet kan.? -,-

    selesa baju baju yang dijual. skirt pon boleh tahan. yang aku suka sekali bab material dia.
    bila badan kita besar, keselesaan adalah menjadi kepentingan.
    tak minat baju ketat ketat ikut bontot, badan semua kan.
    tapi ikut jenis orang la kan. ada yang badan besar tapi selesa je dengan baju melekat di badan.
    material yang dijual kebanyakan jenis lycra. selesa kan?
    untuk aku la. lagipon harga kat sini lagi murah berbanding Scarlet Plus yang di Jusco tu.
    pengalaman mendewasakan. *tetiba*

    suhwiittt kan? polkadot pon ada taw. jadi pada yang saiz besar tu.
    sila la berkunjung. aku takde share pon dengan Kak Azie ni tapi demi perkongsian bersama.
    orang baik baik ni memang macam aku la. Hahaha
    *keji*




    Friday, January 18, 2013

    Alasan Sepi Dari Dunia Blog

     Assalamualaikum. .

    pheww.. peluh peluh nak mula menaip. dah lebih separuh bulan Januari baru gigihkan hati tabahkan diri nak menaip. tak busy pon. dan tak jugak malas. cuma tiada idea di mana mana.
    hati manusia kan. susah nak ramal. nak pulak kalau jenis yang banyak bagi alasan macam aku ni. itu ini aku aku bagi alasan. tapi alasan kena waras, logik dan mantop! ;)
    Alasan alasan yang boleh aku beri kalau tak update blog adalah.

    1. semangat yang hilang.
    bila kita menulis, kita mesti harap ada yang membaca kan.?
    aku rasa blog ni ada ramai jugak pengunjung. okey, maaf. ada tercalit riak di situ.
    takde la menghampakan sangat pengunjung di sini.
    cuma aku benci la bila kita menulis, hasil penulisan kita di jaja masyarakat sekeliling.
    masa tu jugak kalau boleh nak officially closed this blog.
    tapi aku cool je. cool sampai tahap tak update berminggu minggu.
    cool sangattttt -.-'

    2. tertarik dengan yang lebih sofistikated.
    bahasa meruntun jiwa beb. Hahaha. untuk jangka masa ni,
    aku lebih kepada si burung biru. senang cakap, lebih pada twitter la kan.
    gaya artis artis sikit. artis la sangat kan. syok sendiri jugak kat twitter tu.
    tapi lebih senang nak pot pet pot pet la kan. lebih privacy.
    biar la apapon orang kata, aku diam ja di depan. 
    tapi di twitter bukan main lagi pong pang pong pang.
    terasa hipokrit tiba tiba. -,-

    3. malu dengan semua.
    tiada cerita yang nak dikongsi. balik balik pasal En. Boo Boo. pasal treatment kat hospital yang tak menjadi. diet yang dah jadi tukun ikan kat laut dalam. apa nak cerita?
    pasal Jasmin je ka aku nak mengarang hari hari.
    orang lain ada jugak update pasal barang kecantikan. pasal bisnes tudung. aku?
    itu yang sepi tu. tengah kenang nasib diri. :(

    4. lupa ada blog!
    punya lama tak update sampai kena tegur dengan kawan kawan yang hari hari baca blog aku ni. terima kasih. aku merapu je sebenarnya. kurang faedah sikit blog aku ni tapi kalau nak cari idea masak masak tu, insyaAllah ada. tapi resepi yang sesat sesat jela. hihi
    tipu la aku cakap aku lupa kat blog aku. aku ingat cuma aku rasa macam kosong je hidup aku sekarang. nak cerita dari mana pon aku takde idea. aku bukan popular pon nak cerita pasal shooting ke, pasal photoshoot ke kan. jadi buat buat la lupa. T.T










    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...