Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 22, 2013

Pendidikan awal si comel :)

 
 
dah besar. dah boleh berjalan. dah pandai agah kita balik.
orang tua2 cakap. dari anak sekecil Jasmin ni la kita nak kena bentuk.
bentuk segala benda dari segi tingkah laku, pergaulan dengan orang luar, cara bercakap.
nows Jasmin dah 10bulan. gigi sebatang pon belum ada. bila sengih, gelak etc, gusi je Nampak.
tapi still syooomeell la kan.
 
bercakap tentang cara mengajar anak ni, aku tak le pandai tapi sebab aku anak sulung so
boleh Nampak cara mak abah ajar adik2 dulu. bab yang paling ketara sekali aku Nampak dan cukup mak titik beratkan adalah ketika sembahyang.
mak abah cukup pantang kalau adik2 kacau ketika tengah sembahyang.
maksudnya adik2 walaupon kecik lagi dan tak faham tapi akan di biar duduk di tepi dan tugas aku sebagai kakak adalah memastikan adik tengok je tanpa mengacau.
kalau aku leka dan adik terlepas, lepas tu aku yang kena marah. tapi jarang la kot jadi macam tu.
 
walaupon cuma budak2 tapi kadang2 mereka akan faham kalau kita terangkan. budak2 paling dekat dengan aku sekarang pastilah Jasmin kan. . setakat ni belum pernah lagi kalau kami sembahyang dan dia mengacau. kacau kat sini maksudnya macam tarik telekung, duduk atas riba, golek2 atas sejadah.
setakat ni belum lagi la dia buat perangai macam tu. paling kronik pon, cuma berdiri kat tepi dan sengih pada kita macam kat atas tu. okey time ni, kita pon rasa nak sengih sekali bila tengok budak kecil sengih2 camtu. dah la takde gigi. kelakar sangat!
 
lucu tu memang la lucu tapi selalunya bila dah abes sembahyang, kami akan tangkap dia dan cakap. kenapa kacau aunty long sembahyang.? kenapa kacau paklong.? walaupon kita cakap biasa2 je tapi selalu kita bagitaw dan terangkan. insyaAllah budak2 akan faham. lagipon tak manis la kan kalau kita bawa anak kita ke rumah saudara ke, masjid dan sebagainya, anak kita buat perangai. menjerit2, bising ketika orang lain tengah sembahyang. nanti orang cakap tak pandai jaga anak pulak kan. . . so cara terbaik adalah kita didik anak dari rumah. tak perlu nak pukul2 budak tu bila dah besar nanti. jangan sebab sayang anak, kita biar dan pandang remeh setiap perangai mereka. aku takde pengalaman lagi dengan anak sendiri, setakat Jasmin yang aku jumpa seminggu sekali tu jela segala2nya. . semoga Jasmin jadi anak yang baik dan mendengar kata ye.
love. . aunty long :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


1 luahan hati..:

hana hadi said... [Reply to comment]

nanti bila dia tengok org sembahyang mesti dia akan ikut. tapi tunggu besar sikit lagi.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...