Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 7, 2013

Cara mudah masak cendawan busut


Pernah makan cendawan busut? Aku baru first time makan baru2 ni.
takde la rasa pelik sangat. mungkin sebab aku buat masak lemak cili api.
kalau sup ke apa. memang tak makan kot sebab baru nak cuba makan.
cendawan ni pelik rupa bentuk dia. aku pulak yang geli.
-___-
terus bagi suami yang cucikan. memang dasarrr buli suami. heh!
tak. tak. memang aku rasa bentuk dia pelik. bukan aku fikir lucah.
tapi terbayang2. dah, dah! taknak cakap dah. nanti orang marah aku pulak.
kalau tak percaya Google sendiri.


masak lemak cili api versi aku. tersangat la mudah.
tak sampai sejam dah boleh makan nasik dengan goreng ikan, sambal belacan.
siap ada ikan masin lagi. betapa mudahnya memasak!
^__^


aku cerakinkan cendawan tu. nak elak nampak bentuk asal dia.
cerakin? macam salah je kosa kata tu. Hahaha
resepi mudah. itupon ada orang puji melambung isteri dia.
nampak sangat dah jarang masuk dapur kan?

1mangkuk cendawan
1cawan santan
1cawan air
segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
10batang cili api - tumbuk kasar
4ulas bawang merah - tumbuk kasar
2batang serai - ketuk dihujung
carrot untuk keceriaan - hiris bulat
garam dan kunyit

*masuk bahan ditumbuk kasar, serai, serbuk kunyit dalam periuk dengan air.
biar sehingga naik bau. atau dalam anggaran 10minit.
* masuk kan cendawan, carrot dan masak dalam 15minit.
*perasakan dengan tekak masing2. hidang.


time sekarang ni kan musim hujan. banyak la cendawan tumbuh selepas hujan.
tepi2 jalan pon mudah nak jumpa tapi rasanya harga dia agak mahal.
katanya cendawan ni tumbuh kat kawasan kebun getah, ladang kelapa sawit je.
kat sini susah la kot nak jumpa kebun2 macam tu.
harga yang aku dapat adalah rm15/kg. mahal kan?
tapi dah nak cuba. beli jugak la kan.












6 luahan hati..:

Sizuka said... [Reply to comment]

beli kat mana ni? sedappp.. suka sgt cendawan ni.. rm15/kg rasanya berbaloi sbb cendawan ni tumbuh bila hujan dan kena ade kilat..

qaseh johanna said... [Reply to comment]

suka erk??
ada jual kat rawang...jalan menghala ke serendah..
kalau dekat..mari laaa..

Masya said... [Reply to comment]

mahal jugak yer?? manalah nak cr haoilah.. x pernah makan ... sbb ssh jumpe...

Anonymous said... [Reply to comment]

Kt rawang kt tp jalan ka? Megidam ni huu

.:Yana:. said... [Reply to comment]

sedapnyerrrr...

Time Traveller said... [Reply to comment]

Assalamualaikum.. dan Salam Kenal :D
Baru dapat dari kampung di Pahang.. ni tengah mencari resepi apa yang sesuai untuk cendawan busut nie.. thanks kongsi info di sini..

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/04/kembara-england-part-5-harry-potter-at.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...