Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 25, 2013

apam mini cornetto dan apam polkadot


apam mini cornetto
sebelum aku cerita sikit sikit pasal apam ni.
jom kita sama sama terjah blog kak Sitti ni, macam macam jenis kek, muffin, apam ada.
serius. sedap. . dan tak menyesal.
aku selalu oder dekat kak Sitti ni sebab depan mata. bukan rumah kak Sitti tu 
depan mata aku tapi suami dia jiran sebelah kerusi meja aku kat opis ni.
senang. aku suka kerja senang senang ni.
siapa la yang nak susahkan diri, ye tak?


try la ushar kat blog kak Sitti ni. setakat ni perkhidmatan okey dan tak pernah gagal.
cuma pernah sekali tu aku rasa kelakar. aku oder muffin pandan ke apa ntah. tapi pandan la.
aku suruh letak ceri merah bagi nampak menarik sikit.
hihi. saja la kan. nak request. .
sekali kak Sitti letak ceri punya besar. rasanya sebijik ceri dia potong 4 kot.
terus rasa macam kena perli. Hehehe.
gatai sangat request sesuatu yang tak disediakan. padan muka.
tapi sebenarnya okey je kak Sitti ni. dia cakap cantik sikit kalau besar.
aku je yang rasa kena perli. padahal nothing pon.
tapi memang cantik pon. kalau beli kat kedai, mau ceri belah 18. ciput je. gilers kedekut kan?
anyway thanks ya kak Sitti yang cumils. sentiasa layan kerenah saya. peace :D

apam polkadot
 harini aku oder kat kak Sitti lagi. 150biji apam polkadot perisa campur campur
dan apam mini cornetto kat atas tu.
memang tiada kehampaan di situ. sedap mata memandang. .
apam polkadot ni aku nak bawak balik kampung. makabah nak buat kenduri sikit.
jadikan kuih muih tambahan je. cantik sikit kan ada warna warni atas meja buffet.
tapi sebelum sampai Taiping, apam ni singgah Cameron dulu.
hahahaha. saja bawak apam ni jalan jalan. mengelitis adik aku cakap.
dah taw makabah kenduri boleh lagi naik cameron satu malam. biarlah. penyibok!

so kawan kawan. jangan lupa ushar blog kak Sitti ni.
harga berbaloi baloi. nak tulis harga tapi takut kena marah pulak sebab memandai kan.
jadi tanya la sendiri pada tuan punya badan. dan satu lagi.
kak Sitti ni tak kedekut. walaupon dia meniaga tapi kalau kita mintak resepi, dia akan bagi.
in shaa Allah. . semoga dimurahkan rezeki ye kak.
aku ni selalu tanya kak Sitti itu ini. tengok resepi apam, kek, muffin etc.
lastly ngoder kat kak Sitti jugak. Heheh




3 luahan hati..:

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

meme.. aku rasa bab tanya resepi itu semua, then order balik kat org yg aku tanya tu adalah persamaan kita.. kui kui..

eKa said... [Reply to comment]

ala comeynya cornetto dia

Rosmawani♥ said... [Reply to comment]

sedapnyer apam tu...nakkkk :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...