Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 18, 2013

Disember 2013


pinjam gambar blogger merah itu jambu :)

entri pertama di bulan Disember dan kemungkinan yang terakhir untuk 2013.

takde cerita baru. takde cerita gembira.

cuma stress dan stress dan terus stress.

stress di opis. stress di class. stress tentang rumah. eh, semua stress la. . .

2013 ni banyak la beri aku pengajaran. siapa lawan dan kawan.

susah senang bila belajar dan kerja serentak.

jatuh bangun bila kerja di opis tak dihargai. semuanya mengajar aku.

ajar erti terus kuat. pada yang lalai dengan kuasa Allah tu, aku tak terkilan.

cuma ingat, kita bukan selalu bernasib baik.

hidup ibarat roda. akan ke atas dan akan terjunam ke bawah.

kalau bukan kena batang hidung sendiri. mungkin anak2 dan keluarga kita.

pada masa tu, kenang lah apa yang pernah kita alpa.

kenang lah hati siap yang pernah terluka.

aku insan biasa, bila terguris. agak sukar nak memaafkan pada awalnya.

in sya Allah, doakan aku lembut hati untuk memaafkan dan menghalalkan.

 pada kawan2 alam maya, kesejahteraan kamu bersama keluarga aku doakan.

bergembira lah semua selagi punya masa untuk kejar daki dunia.

aku pon serupa. kejar pangkat dan harta dunia.

tapi untuk tempoh ini, aku punya ketenangan dan kegembiraan tak seperti dulu.

semoga 2014 memberi sedikit ruang untuk aku bernafas lega.

biar lah ruang tersebut dapat buat aku terus hidup sedikit selesa.

aku bermohon. . .

andai tidak diberi kemewahan masa, aku perlukan kawan yang setia. .

andai tiada ketua yang adil, aku perlukan kesenangan menimba ilmu dengan tenang.

andai tiada kemudahan harta, aku inginkan kebahagiaan di samping keluarga.

aku mohon pada Mu. . permudahkan lah langkah hamba Mu. .















Assalamualaikum 2014. . . . .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...