Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 23, 2014

Pembangunan Bukit Beruntung

 
Bila sekali update, mula rasa ketagih nak update lagi dan lagi.
bulan puasa ni boleh kot update selalu time lunch hour.
in Sha ALLAH. takda orang baca pon takpa, sendiri baca pon boleh. .
 
 
Minggu lepas baru ni dan minggu ni, aku takde class. Happy la sikit.
Jalan2 sikit. tengok suasana kat kawasan aku duduk.
dan sumpah aku terkejut. kawasan Bukit Beruntung, rupanya dah membangun laa. .
KFC ni dah ada lama dah. dari awal tahun kalau tak salah. .Aku pernah pergi sekali je.
aku kan orang KL yang menetap kat Bukit Beruntung, harus tak serasi dengan Bukit Beruntung kan. .
ayat mintak maki, cenggitu laaa.. HAhaha
Dulu KFC kat BUkit Beruntung ni, cuma lori KFC yang park tepi stesen minyak.
itupon seminggu sekali, rasanya pernah story kat sini tapi saja nak ulang.
ayam goreng yang disediakan pon cuma 1jenis samada original/spicy. nak mintak 2,2 memang takda.
sedey oii, selamat Rawang tu dekat plus aku kerja kat Midvalley.
Kalau tak, KFC pon aku tak kenal dah gamaknya. okey, aku memang over!
tapi sekarang dah membangun, dah ada KFC sendiri. kira rumah aku dekat ja dengan KFC.
setakat kalau nak pecah lemak dalam 1kg tu, boleh ja berjalan. Hihihi
 
 
Dan yang terbaru adalah PizzaHut Delivery. Aku still bangga oih! Sekarang ni macam2 ada dah kat Bukit Beruntung tu. dulu bukan main daif lagi.
siap ada yang cakap aku duduk tempat jin bertendang la apa, sekarang ni sapa yang cakap camtu lagi, aku yang nak tendang dia. over okey!
PizzaHut ni belum buka secara rasmi tapi dah ada papan tanda. mungkin dalam minggu ni kot buka, itu aku tak pasti. nanti ada masa aku try p amek gambar suasana Bukit Beruntung yang latest.
KAlau aku ada masa, tapi jangan harap sangat la kan. Hehehe
 
Sekarang ni dah banyak rumah2 baru tepi highway yang dah dibina. memang semua terjual dengan cepat sebab masih murah.
 Anggaran rumah 2tingkat dengan keluasan 20x70 dalam RM200K++.
Kawasan baru yang aku ada tanya2, dah naik jadi RM300K++. Rasanya berbaloi lagi kot dari kawasan Shah Alam dan Kajang. yang memang sah2 tak dapat dah harga ni untuk umah 2tingkat.
Untuk sementara ni, ini dulu lah, nanti aku update lagi pasal Bukit Beruntung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Friday, June 20, 2014

snow cheese cake. . .sure meleleh!

Semua bertanya kan mana aku hilang? bila datang blog, asyik entri yang sama bertepek!
dah takde idea ka makcik? entah la..
takde cerita nak story.. aku pon rasa life aku bosan dah sekarang ni.
sendiri punya life. sendiri bosan. hampir2 lupa password blog ni. Hahaha
sebenarnya aku dah lamaaaaa teringin nak makan snow cheese cake nih.
dulu ada makan tapi rasa sedap pulak time kemarau camni melantak banyak2, yang sejuk2.
Heaven wooiihhh!! kerja kat Midvalley pon aku tak jumpa snow cheese cake ni
eh? ke aku yang batak sangat?? tapi serius. . aku rasa takde.
 
aku post entri ni sebab nanti mana tahu, ada KEINGINAN.. diulang, KEINGINAN nak buat
snow cheese cake ni. aku kan suka rajin tiba2.. percayalah. . . .
aku copy paste je resepi ni dari blogger masakan yang terkenal tu.
 kak, even saya copy tapi ada link akak saya attached sekali. Jangan marahhh..
eh, geng. . salam ramadhan. . aku takut lepas raya pulak aku update cerita kan??
semoga ramadhan kita lebih bermakna. aku sayang kamu..  kamu.. kamu.. dan kamu. .
jaga suami, jaga anak, jaga cerita dalam kain elok2 okey.
bye geng. sebelum tu, try ushar resepi snow cheese cake ni.
jom meleleh bersama aku. . (Y)
 

 

STRAWBERRY & LEMON SNOW CHEESE CAKE
resipi asal : SherryMZ & Sweet4ever
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :

 * kek sponge:
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna merah & kuning lemon
perisa strawberi & lemon

* krim :
1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
2 - 3 sudu besar mentega
1/3 cawan susu pekat manis

~Satukan cream cheese dgn mentega dan putar hingga gebu (tidak berketul)
Masukkan susu pekat dan putar lagi hingga sebati. Ketepikan.

* topping:
keju cheddar secukupnya ~ boleh guna kraft atau brand lain asalkan dlm bentuk ketul/bar

~ parut halus keju cheddar dan ketepikan.


Cara :

Sediakan 2 tin pembakar bulat ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik dgn kertas baking.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan.

Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)

Perlahankan kelajuan dan masukkan air.

Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 2 minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula sehingga sebati.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu dimasukkan pewarna merah dan perisa strawberi dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna kuning lemon dan perisa lemon. Gaul sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang yg berasingan yg dah digris tadi dan bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak pada suhu 170 - 1175C.
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.

Keluarkan kek dr loyang dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dihias.

Cara assemble/hias kek :

Sapukan krim cheese diatas kek yg berperisa strawberi dan letakkan kek yg berperisa lemon diatasnya.
Kemudian sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
Taburkan keju yg diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
Boleh la dihias mengikut citasara masing2.
Sejukkan kek dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam sebelum dihidangkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...