Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 23, 2013

3 Cara Mudah Untuk Kerja Kerajaan

 
 
 
"eh, hang kerja JKR kan.? rekomen la aku kerja sana jugak!"
 
 
"Orang kerja kerajaan, takkan tak boleh tolong kawan2 kot. Aku nak gak kerja kerajaan."
 
 
"..mmm.. JKR ada kerja kosong tak.? kalau ada, selit2 la nama aku sekali taw"
 
 
Ayat2 yang selalu aku dengar dan terima setiap kali balik kampung.
terutama time raya yang nak menjelang tak berapa nak lama lagi ni. jumpa kawan sana sini.
kadang2 aku pon takde idea nak jawab macam mana. bukan sebab berlagak aku kerja sebagai kakitangan kerajaan. tapi aku sampai tak tahu nak jawab apa.
kalau lah dapat kerja kerajaan tu semudah yang disangka, sumpah aku tak mohon kerja setakat guna sijil Politeknik. lebih baik guna diploma UTM tu. kalau lah kan. . . . .
untuk kawan2 di luar sana, mohon kerja kerajaan ni ada cara dia.
step yang aku rasa memang tak payah nak ulang cakap, sebab semua orang dah tahu.
tapi aku bagitahu la jugak sebab masih ramai yang bertanya kan.
 
 
1. Isi borang SPA. (online)
Dalam SPA ni, ada 8jenis jawatan yang perlu kita pilih. masa zaman aku la.
sekarang aku tak pasti berapa. tapi rasanya masih 8. isi nama, ic, alamat rumah, pilih tempat temuduga tu biasa la kan. masukkan segala data yang dia perlukan.
kalau mohon kerja ikut kelayakan akademik kita. jangan la mohon jawatan yang tak bersesuaian dengan sijil/diploma/ijazah kita. nanti buat penat isi saja. cuma satu peringatan, SPA ni kita kena update setiap 6bulan sekali. tolong ye. . . . bukan 3tahun sekali. ingat tu!
pastu bila tak dapat korang marah SPA pulak, padahal salah sendiri tak update status kat SPA.
 
2. Temuduga.
Paling ditunggu2. lepas semua maklumat yang kita isi dalam borang SPA lengkap dan kebetulan jawatan tersebut ada kekosongan.
maka, kita akan dipanggil temuduga. tak payah cakap banyak, aku pon hadap 3kali temuduga sebelum dapat jawatan sekarang ni. cuma aku harap satu, bila dah dipanggil temuduga, silaaa la hadirkan diri. kawan2 aku pon ada yang dah dapat pergi temuduga tapi taknak pergi. owh please. sila hadirkan diri. masa aku dulu, dia akan tanya ini temuduga SPA yang ke berapa? mungkin kalau dah banyak kali pergi temuduga, dia pon jadi kesian kan. mana tahu, rezeki. insyaALLAH.
 
Masa pergi temuduga ni pon ada adab2 dia. dan aku rasa betul dan masih dipraktikkan.
pakaian biar la formal. pada lelaki senang la kan. cuma slack dan kemeja, kasut kulit bertutup. bagi kilat2 sikit kasut tu. tapi kebanyakan yang bermasalah, perempuan la. ya memang slack dan kemeja /blouse tu boleh pakai ke pejabat tapi bila time temuduga SPA, kurang sesuai kot. lebih elok pakai baju kurung senada. maksudnya, kalau baju biru, tudung pon biru. tak perlu nak kontra, nak vintage, nak oldskool sangat. baju biru, tudung pink. ingat nak pergi makan kenduri ke cik kak oi?
tudung pon biar la simple. tak payah nak bergaya macam tudung Yuna pulak. senget sana sini, belit sana sini. just make yourself simple. dan kasut tak perlu high heel pon. cuma perlu kasut bertutup dan warna yang sesuai macam hitam, beige, dark brown. tak payah over ok. bak kata orang biar nampak skema, asalkan tak sakit mata orang yang nak temuduga tu. nanti bila dah dapat kerja, korang nak melaram macam mana pon, korang punya pasal la kan. ;)
 
Keyakinan. haa ini paling paling penting. kalau korang dah lepas semua azab pon tapi bila part keyakinan takde. hancur la. pengalaman aku sepanjang 3kali temuduga, sama saja kaedahnya.
perkenalkan diri. masa ni cerita apa saja pasal diri kita. semua. semua maksud aku, bukan cerita pasal makanan kegemaran, hobi. tapi cerita berkaitan siapa kita. siapa makabah kita. pendidikan awal di sekolah mana. seterusnya lanjutkan pelajaran ke mana. pekerjaan kita masa itu. untuk temuduga ke3 tu, aku bercakap non stop sampai dia suruh aku berhenti. hahaha. itu namanya excited. lepastu dia akan tanya apa yang kita tahu berkenaan jabatan yang kita nak kerja tu. sebelum temuduga kita kena study la sikit pasal misi visi objektif jabatan tersebut. siapa menterinya. cakap dengan lancar la. jangan banyak fikir dan fikir.  nampak kurang berkeyakinan di situ. Seterusnya tentang bidang tugas jawatan yang kita temuduga tu. benda ni kita kena tanya kawan2 la. atau google saja. macam aku bahagian teknikal, jadi aku kena cerita benda teknikal la. kena tahu step2 sebelum, semasa dan selepas pembinaan. tapi ada jugak yang aku kantoi dan menipu tapi sebab yakin dan bersemangat, nampak macam aku takde buat salah la. hehehe
 
3. Penerimaan/Penolakan.
Part ni paling berdebar. nak buka surat dari SPA tu aku menggigil tahu. siap bawa surat tu pergi site ofis time tu. takut nak buka kat rumah sebab taknak mak tahu. hahaha aku cuma dapat sebagai simpanan selama setahun. tapi Alhamdulillah, rezeki orang nak kawen kan, dalam tempoh 6bulan aku dipanggil lapor diri di KKR Jalan Sultan Salahuddin dan ditempatkan di JKR Mid Valley. Lapor diri 18 Januari 2010 dan bertunang 30 Januari 2010 dan kawen 4bulan lepas tu. meaningful sangat 2010 pada aku. semua berlaku serentak. itu namanya rezeki. Syukur.
 
Itu saja yang dapat aku cerita pasal pengalaman aku sebelum kerja kerajaan ni. jangan la cepat kecewa. aku tahu ramai yang dah bertahun2 pergi temuduga, tapi masih tak dapat. mungkin kerja korang kat tempat kerja sekarang lagi banyak pendapatannya. kerja kerajaan ni gaji kecil. apa yang aku cerita ni, masa zaman aku. mungkin ada perubahan di sana sini. aku tak pasti. cuma aku harap perkongsian aku ni dapat menolong adik2 di luar sana. aku sekadar memenuhi permintaan mereka. sebab ramai sangat yang bertanya kan. ok aku dah penuhi. sikit2 aku taip. bukan main lama lagi entri ni menepek kat deraf. semoga Berjaya semua.
 
 
 
 
 
 
 


2 luahan hati..:

eMMe said... [Reply to comment]

yea la Meme... kite pun selalu kene camtu gak... cam la kite ni kabel beso sgt nak selit2 bagai..huhuhu...
kite pun ikut prosedur gak kan... takde nye selit menyelit bagai..huhuhu.... lain kali kite jwp gini la kan.. tapi panjang lebar la dgr ceramah lak kan, heeheee...

Meme sehat?
lame tak singgah blog Meme..comel anak2 meme...

Unknown said... [Reply to comment]

kadang2 diorg ni tak paham atau tak nak paham. Ingat agensi kerajaan tu legasi kita ker main selit2 nama. Adooiii....Adakah mereka kurang pengetahuan....Sy pOn biasa kawan2 yg kata selitkan la nama...Perrgghhh diorg ini sy ni kabel besar ape?? Kuli jer kot...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...