ketagihan sup! apa saja benda yang lalu depan mata aku nak buat sup.
ini tahap maksima nak makan sup. sebab dah jemu sangat dengan ayam kan. so ubah selera.
sup bebola ikan. sup ikan aku tak berani lagi buat nak makan dengan koew tiaw kan.
kalau sup ikan tu makan dengan nasi, ok lagi la.
jom tengok cara orang malas hidupkan dapur ;D
buruh kasar plus student part time kan, harus bijak bagi masa. . heheh
**Bahan sup**
400g Bebola ikan (pelbagai bentuk)
1 Kiub ikan bilis
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih (baru sup wangi kalau banyak)
4 sudu sos ikan (cap gambar bawal)
1 mangkuk bayam merah + hijau
minyak untuk menumis
5-6 titis minyak bijan (jenama Nona)
Lada sulah
5 cawan air
**Bahan tambahan**
Bawang goreng
Daup sup + daun bawang
Sambal kicap cili potong2
(sambal kicap ni perah limau nak bagi masam2)
Koew tiaw yang dicelur
**Cara masak**
Bawang merah dan bawang putih, ditumbuk kasar.
Di tumis sampai perang. Masuk air dan kiub ikan bilis biar reneh sampai mendidih.
Masukkan bebola semua dan sos ikan. didihkan lagi sekali.
Perasakan dengan garam gula jika perlu. Masuk bayam dan minyak bijan serta serbuk lada sulah.
Biar 1-2minit. Tutup api, hidang bersama bahan tambahan ;P
sekelip mata bila makan panas2!!