Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 8, 2014

3 petua sempena Ramadhan

 
Dah sepuluh hari puasa baru nak ada petua? takpe. ini pemerhatian aku.
bukan guna bahan makmal cam tikus putih ke apa. ini ujikaji pada kami laki bini.
rasa selesa pulak dengan cara ni.
 
 
BERSAHUR
ini paling wajib. biar sekadar kurma dan air milo secawan.
tapi kalau aku, memang kena hentam nasi jugak laa.
mungkin sebab berbuka dengan kuih muih ja, so nikmat makan nasi tu lebih pada time sahur.
jangan malas bersahur. lagipon memang digalakkan untuk kita bersahur kan?
jadi memang bagus pon untuk kita meneruskan aktiviti seharian sampai petang.
lebih bertenaga !
 
 
 
MINUM AIR BARLI
ini feveret jugak. time berbuka tu minum air bali. rasa dapat sejukkan badan.
pada aku la. ini kira petua aku laa. tak dapat hari2 pon takpa.
asalkan dapat minum 3hari sekali. buat sendiri. bukan susah.
masuk barli dalam segenggam lepastu letak air dalam 10cawan.
tunggu sampi barli empuk. kalau taknak pekat sangat, boleh tambah air lagi.
time bulan puasa yang panas ni, air barli memang sedap ooi.
minum time sahur pon sedap tapi kena suam2 la, sejuk2 tak bes laa.
tapi air putih tu tetap kena minum jugak, cuma jangan la berlebih, kang muntah pulak!
maklum la nak minum sampai cukup 8gelas. kalau tak daya, tak perlu.
 
 
 
ELAK MAKANAN MASIN
dah cuba amalkan dari tahun lepas. means takda telur masin, ikan masin etc.
ikan bilis pon cuba elak. dan ternyata kurang terasa dahaga.
sebab kami cuma makan nasi time sahur so memang sahur tu takda la lauk2 masin ni.
memang tekak kurang kurang kering. cuba laa.
aku dah cuba dari tahun lepas. dan Berjaya!
 
 
 
 
 
**semua gambar takda kaitan dengan topic, maaf..**
 
 
 

Wednesday, July 2, 2014

Fettucine goreng ala Malaysia

 
Selamat berpuasa. . Puasa ke? Wajib weh. .harus la puasa. .
jadual aku balik kerja, dari opis nak ke rumah masih tak ngam lagi. baru hari keempat kan.
insya Allah, lepas seminggu pandai dah kot nak bajet masa. Hehe
 
 Puasa pertama - sampai rumah 7pm (makan buah2 dan cupcake)
Puasa kedua - sampai rumah 6pm (masak fettucine aglio olio)
Puasa ketiga - bajet nak masak fettucine goreng ala Malaysia.
 
 
tak boleh letak gambar sebenar. bulan puasa kan. tapi aku guna bahan2 yang ada dalam rumah je.
beli barang rumah stok seminggu. ada takde guna je bahan2 tu.
 
Bahan A
Fettucine 300gm (baki semalam rebus)
Ayam - potong kecik2
udang - 5,6ekor
Salad hiris kasar
Sebijik tomato potong baji
1/3batang Carrot potong dadu
Black pepper + Parsley flakes
Garam secukup rasa
 
Bahan B
4ulas bawang putih
1bijik bawang besar
3sudu cili blend (dah stand by siap2 sebelum puasa)
2sudu sos tiram
 
Cara-cara
Tumis Bahan B. sekejap je sampai naik bau. cili blend tu aku dah siap masak banyak2
masuk ayam, carrot dan air sikit. Biar ayam empuk.
masuk udang dan tomato. kacau 4,5kilas. perasakan dengan garam.
masuk fettucine. gaul sama rata. tutup api.
tabor black pepper, parsley flakes dan salad. gaul dengan mesra.
 
Agak2, okey tak resepi harini?
kat rumah dah tinggal timun, carrot dengan salad.
takkan nak letak timun. at least salad tu still fresh bila letak last.
inipon kalau sampai rumah awal la kan. kalau lambat memang tak la. . Hihi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...