Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 8, 2014

3 petua sempena Ramadhan

 
Dah sepuluh hari puasa baru nak ada petua? takpe. ini pemerhatian aku.
bukan guna bahan makmal cam tikus putih ke apa. ini ujikaji pada kami laki bini.
rasa selesa pulak dengan cara ni.
 
 
BERSAHUR
ini paling wajib. biar sekadar kurma dan air milo secawan.
tapi kalau aku, memang kena hentam nasi jugak laa.
mungkin sebab berbuka dengan kuih muih ja, so nikmat makan nasi tu lebih pada time sahur.
jangan malas bersahur. lagipon memang digalakkan untuk kita bersahur kan?
jadi memang bagus pon untuk kita meneruskan aktiviti seharian sampai petang.
lebih bertenaga !
 
 
 
MINUM AIR BARLI
ini feveret jugak. time berbuka tu minum air bali. rasa dapat sejukkan badan.
pada aku la. ini kira petua aku laa. tak dapat hari2 pon takpa.
asalkan dapat minum 3hari sekali. buat sendiri. bukan susah.
masuk barli dalam segenggam lepastu letak air dalam 10cawan.
tunggu sampi barli empuk. kalau taknak pekat sangat, boleh tambah air lagi.
time bulan puasa yang panas ni, air barli memang sedap ooi.
minum time sahur pon sedap tapi kena suam2 la, sejuk2 tak bes laa.
tapi air putih tu tetap kena minum jugak, cuma jangan la berlebih, kang muntah pulak!
maklum la nak minum sampai cukup 8gelas. kalau tak daya, tak perlu.
 
 
 
ELAK MAKANAN MASIN
dah cuba amalkan dari tahun lepas. means takda telur masin, ikan masin etc.
ikan bilis pon cuba elak. dan ternyata kurang terasa dahaga.
sebab kami cuma makan nasi time sahur so memang sahur tu takda la lauk2 masin ni.
memang tekak kurang kurang kering. cuba laa.
aku dah cuba dari tahun lepas. dan Berjaya!
 
 
 
 
 
**semua gambar takda kaitan dengan topic, maaf..**
 
 
 

1 luahan hati..:

Anonymous said... [Reply to comment]

Tips yang menarik. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...