Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Hidup tidak normal ?


sekolah - sambung belajar - kerja - kahwin - belum ada anak - sambung belajar - stress belajar + happy dengan Boo Boo.

rasa macam tak normal je life sekarang ni.
nak pergi mana2 pon tak boleh. nak bercuti pon dah rasa terhalang.
baru semester1. nak hadap 4tahun lagi. .
entah jadi apa la kat aku.

bila fikir2 balik, belajar ni seronok. seyes seronok tapi. . . .
bila part final exam tu. maha stress sangat. plus kerja kat opis lagi.
cuti jangan cakap la. harus cepat habis sebab nak kena study kaw2 kan.
cuma aku rasa sikit kelainan la bila belajar dah tua2 ni.
masa muda dulu masih energetic. lain la kan.
setiap input2 yang masuk pon boleh lagi diserap dengan cemerlang.
Hahaha. cemerlang ke.? boleh la. .

bila peningkatan usia dia rasa agak lemau. pada aku la. .
nak pulak bila time pengiraan. berpeluh2 nak kira.
asyik tak kena sesaja. ada ja salah sana sini.
tekan kalkulator pon boleh salah. cemerkap!
itu belom beranak lagi tu. kalau dah beranak, putus urat sana sini.
entah macam mana la rupanya ye. silap2 tak jadi belajar.
aku harap, dengan Berjaya nya aku harung sem1 ni.
aku akan Berjaya untuk redah 8sem lagi. wish me luck.

aku kena kuat sebab aku bukan orang yang boleh berbisnes.
aku kena kuat sebab masa depan aku bermula dari diri sendiri.
aku kena kuat sebab tiada siapa mampu ubah diri aku selain diri sendiri.
aku kena kuat sebab aku punya waktu lapang ketika ini.

Ya Allah. . kuatkan aku. . aminn.




Wednesday, May 29, 2013

Our 3rd Anniversary on 28.5.2013!

 
 
 
Happy 3rd Anniversary. . .
 my man.
my love.
my everything.
 
jamuan kecil kecilan bersama family. kebetulan family dah datang sini kan.
harini maybe ada peluang untuk berdua. tapi setakat nak celebrate, hari2 biasa pon kami dah berdua kan. so, sama saja. lain la ada orang bawa pergi honeymoon lagi kan abang kan.?
untuk ulangtahun ketiga. aku makin busy. tiada honeymoon time lagi dah sebab struggle untuk final exam. student kan. . tabah jela. .
kena tunggu masa yang sesuai la pulak. nanti ada masa, kita pergi senyap2 ye :)
 
semoga kami sentiasa bergembira, bersuka ria dan dipayungi rahmat Allah.
rezeki untuk bertiga kita jangan fikir. nanti stress kan.
bersyukur dengan rezeki yang ada sehingga hari ini.
 
Alhamdulillah. . .
 
*teringat our big day di sebelah aku 3tahun lepas*
 
*our first night come again. . . *
 
^_^
 
 
 

Wednesday, May 22, 2013

Pendidikan awal si comel :)

 
 
dah besar. dah boleh berjalan. dah pandai agah kita balik.
orang tua2 cakap. dari anak sekecil Jasmin ni la kita nak kena bentuk.
bentuk segala benda dari segi tingkah laku, pergaulan dengan orang luar, cara bercakap.
nows Jasmin dah 10bulan. gigi sebatang pon belum ada. bila sengih, gelak etc, gusi je Nampak.
tapi still syooomeell la kan.
 
bercakap tentang cara mengajar anak ni, aku tak le pandai tapi sebab aku anak sulung so
boleh Nampak cara mak abah ajar adik2 dulu. bab yang paling ketara sekali aku Nampak dan cukup mak titik beratkan adalah ketika sembahyang.
mak abah cukup pantang kalau adik2 kacau ketika tengah sembahyang.
maksudnya adik2 walaupon kecik lagi dan tak faham tapi akan di biar duduk di tepi dan tugas aku sebagai kakak adalah memastikan adik tengok je tanpa mengacau.
kalau aku leka dan adik terlepas, lepas tu aku yang kena marah. tapi jarang la kot jadi macam tu.
 
walaupon cuma budak2 tapi kadang2 mereka akan faham kalau kita terangkan. budak2 paling dekat dengan aku sekarang pastilah Jasmin kan. . setakat ni belum pernah lagi kalau kami sembahyang dan dia mengacau. kacau kat sini maksudnya macam tarik telekung, duduk atas riba, golek2 atas sejadah.
setakat ni belum lagi la dia buat perangai macam tu. paling kronik pon, cuma berdiri kat tepi dan sengih pada kita macam kat atas tu. okey time ni, kita pon rasa nak sengih sekali bila tengok budak kecil sengih2 camtu. dah la takde gigi. kelakar sangat!
 
lucu tu memang la lucu tapi selalunya bila dah abes sembahyang, kami akan tangkap dia dan cakap. kenapa kacau aunty long sembahyang.? kenapa kacau paklong.? walaupon kita cakap biasa2 je tapi selalu kita bagitaw dan terangkan. insyaAllah budak2 akan faham. lagipon tak manis la kan kalau kita bawa anak kita ke rumah saudara ke, masjid dan sebagainya, anak kita buat perangai. menjerit2, bising ketika orang lain tengah sembahyang. nanti orang cakap tak pandai jaga anak pulak kan. . . so cara terbaik adalah kita didik anak dari rumah. tak perlu nak pukul2 budak tu bila dah besar nanti. jangan sebab sayang anak, kita biar dan pandang remeh setiap perangai mereka. aku takde pengalaman lagi dengan anak sendiri, setakat Jasmin yang aku jumpa seminggu sekali tu jela segala2nya. . semoga Jasmin jadi anak yang baik dan mendengar kata ye.
love. . aunty long :)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, May 8, 2013

Dakwat kekal SPR pada hari keempat. .

Hari pertama. .
Hari keempat selepas PRU13. apa nak cakap? Bendera masih banyak tergantung sana sini.
Harap selepas tempoh seminggu tolong buang ye. Bendera ok la lagi tapi bab poster tu, masyaALLAH. time baru gantung memang le semangat kan, bila dah habis sila la buang.
takkan penduduk kawasan setempat pulak yang nak kena kutip dan buang.
sila ambil perhatian ye manusia2 yang terlibat dengan penggantungan poster dan bendera.
tercemar weh!
 
Nampak jari kat atas, itu hari pertama. . Kalau warna merah kan cantik. baru nampak macam inai.
oleh kerana ramai yang buat isu pasal dakwat kekal SPR ni. aku sanggup biar jari aku kebiruan untuk beberapa hari ni. keluarga sebelah mertua semua pembangkang, balik dari mengundi terus diorang sental jari dengan Clorox. hurmm, harus la tanggal kan.? sedangkan baju yang kaler merah terang pon boleh keluar warna, inikan pulak kat kulit kita. memang mudah sangat la.
lepas cuci, semua bising, cakap boleh tanggal! SPR menipu la, apala. .
Lastly aku bersuara la, dalam suratkhabar tulis dakwat akan kekal kalau cuba dicuci dengan 3bahan.
1. minyak angin(minyak cap kapak)
2. cecair pelarut.
3. iodin
ada ke dia cakap CECAIR PELUNTUR..?? ADA.?
baca taknak bagi faham, macam tu la. kalau nak tertanggal sampai tak nampak kesan, celup dalam asid. sure dengan jari2 tu takde terus,memang hilang.! lagi puassss hati kan.?
Hahaha. tu jawapan. . senyap la semua. nak bercakap sangat kan?
 
Bukan aku sokong mana2 parti tapi, dakwat kekal ni pon usul dari pihak pembangkang jugak kan. kononnya nak elak pengundi hantu. bila SPR dah laksanakan, nak pertikai itu ini.
kerja orang semua nak dipertikaikan. suruh buat kerja nanti, banyak pulak alasan. .
untuk hari keempat ni, dakwat tu masih bertahan. ada jugak aku gosok2 masa mandi, tapi kesannya masih ok. Rm 5juta nok beli dakwat. . harus la tak tertanggal kan.? mahal tu. .
 
Hari Keempat. .
amacam? masih sama ke dengan kawan2 kat luar sana. aku saja taknak beria tanggalkan dakwat ni.
rasa bangga weh tunjuk jari biru. bukti kita adalah pengundi di Negara sendiri.
ini kalau ada orang komen pasal nak kutuk2, jangan harap aku nak publish.
kau sapa? nak kata orang macai2 bagai kan. kau pon kuli, lagi nak kecoh! bubyeeeee. . .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, May 2, 2013

Lumiglow + Bleeding + Rumah + Study

 
ASSALAMUALAIKUM
 
memang dah lama tak jengah blog sendiri. even setiap hari ada ja yang Tanya pasal Lumiglow.
di sini saya nak bagitaw, saya bukan agen Lumiglow etc. Kalau terasa teringin nak ber'Lumiglow',
Lumiglow utk dijual.. Rm90 sahaja.. Call 0193615563. Afiz
cuba la hubungi dia.
 
sebelum blog ni betul2 terkubur. aku nak share sikit la pengalaman aku bleeding ni.
selama 6hari aku bleeding, hari ke7 baru berani pergi hospital.
berani kan aku.? padahal aku bleeding bukan tahap sikit2. siap berketul2 dan memang darah hidup je yang keluar. senang cakap, lepas mandi pon darah tu still boleh meleleh kat kaki.
betapa banyaknya darah tu. sampai suami la jadi tukang lap darah2 tu.
terus rasa diri bodoh bila ulang balik cerita bleeding ni.
sekarang ni aku dah kembali normal. aku tak mintak untuk baby ke apa.
aku cuma nak sihat je buat masa sekarang ni.
dan ubat Duphaston yang gynea aku suruh amek setiap bulan tu pon aku dah stop.
sebab Duphaston tu aku bleeding teruk.
buat masa ni, aku taknak amek apa2 ubat. sebelum ni everyday aku makan vitamin C, acid folic, Duphaston dan ubat kolestrol. lepas kes bleeding, mak aku cakap tak payah makan apa2. .
jadi aku menurut perintah jela. untuk sebulan ni, aku nak clean dari dadah2 tu.
*kembang hidung*
 
untuk rumah yang aku pernah cerita sebelum ni. aku harap, aku dapat duduk sebelum bulan puasa.
maknanya dapat la beraya dengan rumah baru. actually, bukan la rumah baru sangat kan sebab rumah second hand tapi okey la. jenis rumah murah2 je.
RM130k, rumah 2tingkat. Kat mana nak dapat harga rumah semurah tu?
Bukit Beruntung la. Kalau sanggup penat lelah ulang alik pergi kerja lebih 60km sehari,
silakan lah beli. tapi pastikan suami anda jenis ringan tulang la kan.
Hahaha. tu nak puji suami sendiri la tu erk? well said. . suami isteri harus lah tolong menolong.
 
sebab aku student part time. yang baru sem1. jadi sem ni memang aku rasa tertekan sangat.
maklum la nak sesuaikan diri tu bukan senang. tapi setakat ni aku ok lagi la.
cuma sem ni aku kena hadap 2 killer paper. Math Kejuruteraan dengan Mekanik Struktur.
2 subjek ni memang buat aku lemas 24/7. arrgghhh!! kawan2 semua jauh. semua area Sepang, Bangi.
aku tiba2 sensorang kat Bukit Beruntung. memang tak la kan nak jumpa semata2 nak study group.
so aku study sendiri. salah pon sendiri. faham pon sendiri. memang mencabar!
kalau ada ex-student UTM, Civil Engineering yang nak pos nota kat aku, aku terima weh!
maklum la student kan, harus la nak berjimat. .
tapi sekarang aku pegang satu je, aku takkan mengalah! aku tetap akan teruskan study ni walaupon payah!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...