Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 13, 2013

nama yang unik tapi menjengkelkan


aku sebenarnya ada nama samaran.
dulu masa rajin ber'blog'. ramai yang kenal nama aku sebagai qaseh johanna.
tapi setelah melalui beberapa revolusi, ramai yang tahu nama sebenar aku.
aku tak kisah sangat pon. . nama samaran kan untuk suka2 ja.
so. . tak melekat di hati bila sesiapa nak panggil aku dengan nama sebenar atau nama samaran.

yang makin memberat sekarang ni adalah, bila nama samaran tu dijadikan bahan ejekan oleh ahli keluarga sendiri. aaaa, itu yang stress tu. rasa nak eeeeee. . nak tumbuk sekor2!
tapi berdosa pulak sebab makabah aku pon join sekali kadang2 tu.
actually, nama samaran di blog ni family tak tahu sangat.
yang aku stress sekarang sebab nama samaran kat twitter yang jadi bahan.

adik2 aku la yang paling suka kenakan aku.
kalau kita kenakan orang memang la best kan ? ?
best sangat. sampai rasa taknak stop kalau bahankan orang lain.
tapi bila kita sendiri yang kena. a a a a a a mula nak meroyan merata.
nak tahu nama samaran aku kat twitter ?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

" DATIN GEBU "

gila tak kena bahan. kaw2 aku kena hentam. dan sekarang ni En. Boo Boo pon dah hampir terkena tempias. dah dapat title
Dato' Joe.
penangan nama samaran di alam maya. terima la natijahnya. !




Saturday, November 9, 2013

Goreng pisang rangup




Goreng pisang pon melekat2.
Mak tengok ni, kompom kena tibai.
Tapi takpe. Yang penting sedappp
Aku minat kalau makan goreng pisang guna
Tepung gandum plus tepung beras.
Pastu letak garam kunyit. Beserta bijan untuk bagi wangi.
Memang sukaaaa sangat...
Tak minat kalau beli tu sebab guna tepung rangup tu. Berminyak kaw2!
Goreng pisang dengan nescafe panas..
Terbaeeekkk...
Tapi untuk teman serumah, dia lebih prefer kopi...
Jom makan ♥♥


Thursday, November 7, 2013

Cara mudah masak cendawan busut


Pernah makan cendawan busut? Aku baru first time makan baru2 ni.
takde la rasa pelik sangat. mungkin sebab aku buat masak lemak cili api.
kalau sup ke apa. memang tak makan kot sebab baru nak cuba makan.
cendawan ni pelik rupa bentuk dia. aku pulak yang geli.
-___-
terus bagi suami yang cucikan. memang dasarrr buli suami. heh!
tak. tak. memang aku rasa bentuk dia pelik. bukan aku fikir lucah.
tapi terbayang2. dah, dah! taknak cakap dah. nanti orang marah aku pulak.
kalau tak percaya Google sendiri.


masak lemak cili api versi aku. tersangat la mudah.
tak sampai sejam dah boleh makan nasik dengan goreng ikan, sambal belacan.
siap ada ikan masin lagi. betapa mudahnya memasak!
^__^


aku cerakinkan cendawan tu. nak elak nampak bentuk asal dia.
cerakin? macam salah je kosa kata tu. Hahaha
resepi mudah. itupon ada orang puji melambung isteri dia.
nampak sangat dah jarang masuk dapur kan?

1mangkuk cendawan
1cawan santan
1cawan air
segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
10batang cili api - tumbuk kasar
4ulas bawang merah - tumbuk kasar
2batang serai - ketuk dihujung
carrot untuk keceriaan - hiris bulat
garam dan kunyit

*masuk bahan ditumbuk kasar, serai, serbuk kunyit dalam periuk dengan air.
biar sehingga naik bau. atau dalam anggaran 10minit.
* masuk kan cendawan, carrot dan masak dalam 15minit.
*perasakan dengan tekak masing2. hidang.


time sekarang ni kan musim hujan. banyak la cendawan tumbuh selepas hujan.
tepi2 jalan pon mudah nak jumpa tapi rasanya harga dia agak mahal.
katanya cendawan ni tumbuh kat kawasan kebun getah, ladang kelapa sawit je.
kat sini susah la kot nak jumpa kebun2 macam tu.
harga yang aku dapat adalah rm15/kg. mahal kan?
tapi dah nak cuba. beli jugak la kan.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...