Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 21, 2013

Brooch bunga satin



dulu dah ada fesyen brooch bunga ni. tapi fesyen ni macam datang balik.
atau lebih tepat, tiba2 menggila kembali di opis aku ni.
sebab ada sorang kawan baru masuk opis yang punya sebuah butik.
jadi. . .  dia bawa datang opis apa yang dia selalu pakai ke opis.
itu yang jadi kegilaan di opis tu. nak pulak orang yang pakai kecik comel cantik.
jual apa pon laku. itu adalah kenyataan! dan aku bukan cemburu.
memang dia pakai apa semua cantik. nanti bila2 aku letak gambar dia ye.

okey berbalik pada brooch ni.
nampak je kecik kan? tapi dia adalah sangat besar.
kalah brooch2 yang selalu aku pakai datang opis.
diameter lebih kurang dengan brooch2 aku tapi sebab dia dalam bentuk 4D camtu.
makanya di jadi macam bunga penanggah pulak bila dipakai.
selit tepi bunga tu duit rm5, sah2 jadi bunga penanggah. heehe
tapi aku pon beli jugak. taknak kalah uolls. hahaha
bunga oren diameter 7.5cm. yang bunga merah kembang tu 8.5cm.
bayangkan kalau aku pakai.
hurmmmm. .  segala galanya besar la pada aku ni. hikkss
kawan aku ni pon ada jual online tapi aku lupa pulak FB dia apa.
nanti aku info. mana taw ada yang teringin jugak.
sebab bukan setakat boleh jadi brooch. belakang tu ada sepit yang boleh digunakan pada rambut/shawl. memang cun lah aku lepas ni :D








Monday, February 18, 2013

macam mengandung ke?

Letak gambar ni as avatar di twitter..
Kecoh sekejap. Ingat aku mengandung ke apa!
Wish tahniah etc. Padahal memang dah dasar perut macam tu. . .
Lagi orang tanya, aku lagi giat la. .
Tak mengaku pon tapi layankan je. Mula la ada yang wish anak gebu macam aku.
Aminn. . Itu jela aku boleh cakap :)
Tapi malu pon ada. . . Nampak sangat kita tu dah berubah dari segi fizikal.
Tak mengandung pon orang cakap mengandung.
Nampaknya lepas ni aku ni sentiasa nampak macam mengandung jela.
Tapi bila nak beranak pon tak taw la kan. .
Due date takde! Hikkkssss
Anyway... Bila dah start belajar balik ni.. Dah takde masa sangat nak layan perasaan.
Just lalui hidup dengan aman dan damai bersama suami terchinta :))

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, February 6, 2013

Mahasiswa Separuh Masa



akhirnya. . . terjadi jugak perkara yang kalau boleh aku nak elakkan.
sebenarnya berat hati aku nak mohon UTM Space ni.
sebab aku pernah sambung diploma di UTM kan. so, aku faham pahit getir
seorang siswa UTM ni. sangat mencabar dan tak boleh dibuat main.
tapi. . . . . . aku takde pilihan.
impian sebagai seorang jurutera tu makin berkobar kobar.
aku teringin nak sambung belajar sepenuh masa tapi jawatan aku sekarang ni menjadi halangan.
di samping beberapa perkara yang tak sedap di baca pada pekeliling.
UiTM boleh buat separuh masa tapi pada hari bekerja.
class mula 6pm sampai 10pm. pukul berapa nak balik rumah?
pukul berapa nak bangun esok pagi?
Shah Alam - Bukit Beruntung bukan dekat.
silap silap aku jadi lepat tengah jalan. nauzubillah. merepek!
setelah di timbang tara, UTM saja pilihan yang ada serta berbaloi jarak perjalanan.
walaupon terpaksa korbankan Sabtu dan Ahad. lepas ni tak boleh nak meronggeng lagi dah!
dah takde masa nak berjimba ke sana ke mari. nak balik kampung pon susah.
kena amek cuti hari bekerja kalau nak balik kampung.
sanggup ponteng kerja dari ponteng class. Hehehe
class bayar mahal kot. tak sanggup nak ponteng. memang dasar malas bekerja!

dengan rasminya aku kini adalah mahasiswa UTM.
lepasni takde masa nak masak masak dan cuba resepi baru. pasrah jela untuk 9semester.
means 4tahun setengah. takde harapan nak score pointer hebat, gempak pon.
asalkan lulus dan tak ulang paper. cuba elak kalau boleh.
tak sabar nak konvo on time! :)












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...