Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 27, 2014

Smartphone jimat bateri !

 
 
 
Aku nak up cerita pasal henpon lama aku ni. Nokia E5!
oih, gila hebat henpon ni. bateri mampu bertahan sampai 3hari kalau setakat guna yang penting2 ja.
guna la camera ke, dengar la lagu2 dalam ni sampai berapa lama pon. 3hari kompom kena cas!
pada aku berbaloi la kan? berbanding smartpon aku yang lagi satu tu.
sehari mintak 2x cas. main itu sikit, bateri bergerak, online pastu wassap over sangat,
bateri bergerak lagi. ajak Pou main sepak2 bola, bagi mandi bagi makan pon nak kurang bateri.
sangat annoying gila la smartpon ni.
untung lagi nokia ni sebenarnya. tapi sebab nak kejar arus moden.
nak kejar orang berlari makanya aku pon terpaksa berlari jugak.
lari sikit2 je. over sangat nanti.. bergegar pulak kan?
hehehehe
 
sekarang ni......henpon lama aku ni ada pada suami. Dia yang guna.
aku guna henpon lain. buat perubahan sikit :)
tapi syukur la.. apapon jenis rezeki kita, rezeki yang sikit dilupa jangan.
selagi boleh guna, guna selagi boleh. itupon rezeki jugak. beli sempena dapat kerja kat JKR.
lamaaaa sangat dah, since 2010.
psst..psstt.. tapi kan korang.
 henpon kalau orang lelaki pakai memang tak pandai jaga ek??
keypad lekang abes dah E5 aku ni. dah la sekarang ni dah takde lagi orang jual
housing/cover henpon macam dulu. .
haritu pergi pasar malam, Tanya pasal housing E5 ni..
mamat tu bahasakan kan kami balik..
"aiiyoo..orang dah tak guna henpon ni bang! semua dah pakai Samsung, BB."
okey.. cakap dah takde dah la..
tak perlu kot kami laki bini nak bawak keluar GALAXY Note 3 Rose Gold
dengan iPhone 5 dari poket derrrrr..
benci pulak aku dengan mamat tu. annoying!
ke aku yang sentap over sangat ni?? Hahahahaha
 
 
 
 
 
 
 


Friday, February 7, 2014

Collagen Cream

 
Assalamualaikum.
 
Lamanya menyepi. kalau orang Tanya hidup lagi ke tak penulis blog ni.?
aku memang tak salahkan dia laaa. .
 memang soalan kiasan yang terbaik untuk tuan empunya blog sedar diri.
 
sebenarnya aku nak kongsi sikit cerita pasal set penjagaan wajah ni.
aku ni kadang2 terpengaruh dengan iklan jugak.
itu masalah utama aku tu. tapi sekarang ni aku cuba.. cuba ye..
untuk melekat dengan satu produk je.
harap2 kali ni aku tak berpaling lagi. mudah mudahan la kan. .
 
dari google
 
ini yang terbaru aku cuba guna. muka jenis takda masalah apa tapi seperti yang aku cakap awal2,
jenis suka terpengaruh kan.?
cuma ada satu ja produk yang aku tak cuba lagi. nak cuba lama dah.
tapi dok pikir tang harga. . boleh agak kot kan produk apa aku nak guna tu kan?
simpan dalam hati jala. pastu telan ludah sendiri. hehehe
 pada aku, aku lebih suka yang guna kaedah sapu di luar.
bab makan telan minum ni minta maaf la, sekali attack buah pinggang boleh mati ooo
so berwaspadalah ye. hidup sekali ja.
kalau yang tu memang aku tak terpengaruh langsung setakat ni. syukur!
 
ok, produk ni lengkap 1set dengan 3barang. ada krim siang, krim malam dan sabun pencuci.
seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar.
kalau Tanya aku bab khasiat ke apa, memang aku tak pandai cakap, yang aku taw, ada perubahan ja pon dah cukup dah.
mudah nak guna, tak rasa melekit ke apa, selesa. itu yang penting pada aku.
pada orang lain mungkin lain la kot kriteria dia kan.?
percaya tak dengan 3barang comel ni cuma RM29.!!
aku guna hat murah2 ja, nak guna yang mahal kena tunggu jadi engineer dulu.
sekarang ni masih budak sekolah, tak boleh guna yang mahal2, tak cukup duit bayar yuran nanti.
hehehehe
 
 
model sambilan ni. ingat senang nak dapat ka haa..??
bibir tebal, hidung tersergam bulat terletak, lubang hidung sempurna luas untuk pernafasan.
ini belum melaram dengan tudung fareedah lagi ni. hehehe
bubuh celak tebai sikit, kalah Mawar.!
ingat senang nak dapat rupa macamni nak pulak time balik kerja?
dengan krim kologen ni ja taw mampu jadi camni. .
even tak secantik kak ton. . tapi masih berbangga mempunyai suami..
harta dunia akhirat tu. . .  
maaf laaa, ini entri saja suka2. . hiburkan hati sendiri dan yang membaca :)
orang dah lama tak update blog, memang bahasa, ayat macam kelam sikit.
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...