Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 28, 2012

Labu dan Jagung Manis Yang Pertama

Mmm.. Hari Rabu baru nak update cerita.
Semua cerita Jasmin je sekarang ni. Takpe, anak buah sorang.
Okey, 26-11-2012 (isnin)..
First day Jasmin diberi puree dari Heinz..
Ibu dia just nak try Jasmin boleh makan ke tak!
Almaklum la.. Setiap kali orang makan, dia akan tengok sambil nganga2.
Kesian kan.. So kami decide nak bagi dia makan..
Dan Jasmin makan dengan exited sekali..
Tapi lepas tu 2,3 kali muntah jugak la..
Mungkin sebab terlebih kenyang.. Atau sebab ramai yang dukung2 dia sambil main..
Tak pasti la kan..
Tapi untuk baby yang dah nak masuk 5bulan, kira dia dah boleh makan la kot..
Even dia cuma makan 2sudu besa plus 2sudu air.. Dan banyak yang sememeh merata2..
Kena baju dan tangan tu kira normal la pada baby yang baru nak makan..
Tu pon tak habis.. Just nak bagi dia rasa..
Serta kenal solid food..
Eh aku bercerita macam aku punya anak pulak kan..
Hahahaha.. Takpe2.. Belajar melalui Jasmin.
Tapi yang tak boleh blah tu, first day Jasmin makan.
Aku suapkan Jasmin, En. Boo Boo pegang Jasmin..
Ibu ayah Jasmin relax je! Boleh gitu? Anak sapa ni?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wordless Wednesday : Keindahan dalam pinggan!

Nasi kerabu...... Rasanya tadi ambil nasi sikit je.
Tapi kenapa penuh pulak pinggan ni?
Hikkss.. Selamat bersarapan.. Jom!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 26, 2012

Durian Pancake by Sumptuous Dessert

Tak minat sangat tapi masih nak beli dan makan.. Gila!!
Kat MidValley ni ada satu kiosk yang jual Durian Crepe ni tapi nama dia lain..
Durian Pancake.!
Dah lama dah wujud tapi aku pelik kenapa baru sekarang famous?
Di Sumptuous Dessert ada macam2 dessert sebenarnya.
Dulu ada cempedak dan mango pancake tapi sekarang ni dah ramai peminat durian makanya,
Banyak le durian pancake kat situ..
Yang di sini memang superb sedap sebab 90% adalah isi durian. Cuma 10% je cream.
Lain macam kan? Kalau siapa yang nak rasa durian pancake ni..
Sila datang MidValley.. Kiosk ni cuma beberapa langkah je dari Big Apple Donuts!
Yang aku tahu, Sumptuous Dessert ni ada kat MidValley dan Ikano je.
Tempat lain cari sendiri ye sebab tak pernah perasan pon.
Siapa yang cuba durian pancake kat sini memang tak menyesal..
Lebih yummy dengan isi durian yang kaw2 sedap :p

Published with Blogger-droid v2.0.9

Durian Crepe!

Dah makin jadi kegilaan kan durian crepe ni.
Sana sini sibuk cerita pasal makan la, pasal cara nak buat la..
Aku rasa buat dia senang je pada tekak aku yang dah makan durian crepe ni.
Mak aku lagi sempoi...
Dia cakap kulit kuih gulung/ketayap yang warna hijau tu letak inti durian lenyek campur eskrem vanila.
Hahaha.. Orang kampung kan..
Mana la mak aku taw pasal whipping cream atau cream cheese bagai.
Kalau bagi dia mozarela ke, cheddar ke taw le dia..
Uli tepung.. Buat pizza tabur cheese tu..
Tapi betul jugak cakap mak.
Kulit durian crepe tu buat macam adunan kuih ketayap.
Inti tu la kena usaha sikit..
Whipping cream campur dengan isi durian.. Dah siap durian crepe!
Tapi kalau dah nama malas... Beli jela, macam aku ni haa.. Murah je.. Durian banyak2 kat kampung tu rugi kalau campur cream bagai..
Makan macam tu saja lagi sedap.. Kalah durian crepe! :))

* Jasmin pon makan durian crepe. Tu yang terlena sampai nganga tu.. Hehe *

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wedneday : Nasi Comel :)

Nak makan pon tak sanggup..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, November 9, 2012

Dapatkan anak dengan cara tradisional


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Setelah berbulan tak menulis guna keyboard ni. Rasa janggal pulak.
Tahun baru dah nak datang. Azam baru pon mula la nak direncanakan.
Untuk tahun 2013 ni, insyaALLAH. Aku nak lebihkan usaha untuk dapatkan zuriat.
Sebab dah masuk 3tahun kan. Mak pon dah mula bertanya. Ye aku faham.
Selama ni aku pandang remeh je berkaitan zuriat ni.
mungkin kerana faktor perjalanan yang jauh ke tempat kerja.
macam2 aku fikir. itu ini. Tahap pemikiran aku tu sampai nauzubillah.
Tak perlu aku nak ceritakan. Kejam. Aku pernah cakap sekali pada En. Boo Boo.
Tapi terus dia jeling aku dan mula membebel. 
Tu baru aku cakap sekali padahal aku fikir benda tu banyak kali.
maaf. bukan aku taknak kamu wahai anak tapi. . . . . aku rasa kekurangan!

Untuk pengetahuan, setelah keguguran aku tak pernah nak pergi mengurut.
Aku cuma avoid makanan yang sejuk dan gatal macam tu je.
Takde nak proper dalam pantang macam orang keguguran. Itu kesalahan besar aku.
Aku tahu, dengan mengurut ni kita boleh tahu kelemahan dalaman wanita kita.
Jadi memang aku dah tekad untuk pergi mengurut.
Dan cuba jamu yang mak aku dah belikan. usaha jela. 
Mana taw dengan usaha aku ni, Allah nak berikan aku seorang anak.
Kalau dah takdir aku dapat sorang anak pon aku redha.

Perasaan aku ni berkobar2 sebab tengok Jasmin dah besar.
En. Boo Boo pulak excited semacam bila nak jumpa Jasmin. 
Yela, usia dia dah nak meningkat 34tahun tapi masih belum ada zuriat sendiri.
mesti la dia sedih kan. luaran dia mungkin biasa saja.
Tapi dalam hati dia, aku dapat rasa dia sedih dan sunyi. .
Bersalah sangat dengan dia, cuma aku harap dia faham keadaan aku.

Pergi hospital setiap 3,4bulan sekali pon tak guna lah. 
Asyik nak bagi pil perancang je. Itu yang aku nak usaha cara kampung pulak.
Rawatan kat hospital masih diteruskan tapi kita cuba ke arah lain le jugak.
Doakan lah keazaman aku ni berkekalan. Rasa lepas ni memang kena kerja kuat.
Kena buang rasa penat, rasa malas dan rasa sakit.!

Ya ALLAH, jika rezeki ku masih di langit, turunkan lah.
Jika di bumi, keluarkan lah.
Jika sukar, permudahkan lah.
Jika haram, sucikan lah.
Jika jauh, dekatkan lah. . .
 



 

Friday, November 2, 2012

Teh Halia Bermadu

Mulakan hari dengan minuman halia.
Menyegarkan dan menenangkan. Heee.
Mungkin ada yang kurang selesa dengan rasa halia ni.
Tapi adat la kan. Yang kurang sedap kurang selesa tu la ubat kan.
Sepatutnya lebih elok buat sendiri. Rebus teh dengan halia muda.
Tapi disebabkan kekangan masa. Kita beli saja la yang ready pack. Hihihi
Halia ni baik untuk melegakan sakit2 angin dan pening kepala.
Jadi lepas ni.... Kita mengentut jela dalam opis. Hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, November 1, 2012

Kad Komuter 1Malaysia

1 November. Hari pertama penggunaan kad diskaun komuter ni.
Let me explain sikit pasal kad ni.
Kad ni adalah inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dari segi pengangkutan awam.
Dikhaskan untuk rakyat yang berpendapatan RM 3k ke bawah saja.
Dengan kad ini, kita sebagai rakyat dapat menikmati potongan sebanyak 50% selama setahun.
Kad ni berkuat kuasa dari 1November 2012 hingga 31Oktober 2013. Lama kan?
Pada yang jarang naik komuter tu mungkin takde fikir sangat pasal potongan harga ni.
Tapi yang hari2 turun naik komuter ni sure dah faham.. Nak pulak kalau jarak perjalanan yang jauh.
Memang diperlukan sangat. Dan memang menguntungkan serta dapat berjimat.
Berjimat ke?? InsyaAllah kita tengok la nanti dalam tempoh setahun. Hehehe
Dengan keselesaan yang diberikan oleh kerajaan sepeti ini baru la rakyat rasa senang hati..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...