Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
Setelah berbulan tak menulis guna keyboard ni. Rasa janggal pulak.
Tahun baru dah nak datang. Azam baru pon mula la nak direncanakan.
Untuk tahun 2013 ni, insyaALLAH. Aku nak lebihkan usaha untuk dapatkan zuriat.
Sebab dah masuk 3tahun kan. Mak pon dah mula bertanya. Ye aku faham.
Selama ni aku pandang remeh je berkaitan zuriat ni.
mungkin kerana faktor perjalanan yang jauh ke tempat kerja.
macam2 aku fikir. itu ini. Tahap pemikiran aku tu sampai nauzubillah.
Tak perlu aku nak ceritakan. Kejam. Aku pernah cakap sekali pada En. Boo Boo.
Tapi terus dia jeling aku dan mula membebel.
Tu baru aku cakap sekali padahal aku fikir benda tu banyak kali.
maaf. bukan aku taknak kamu wahai anak tapi. . . . . aku rasa kekurangan!
Untuk pengetahuan, setelah keguguran aku tak pernah nak pergi mengurut.
Aku cuma avoid makanan yang sejuk dan gatal macam tu je.
Takde nak proper dalam pantang macam orang keguguran. Itu kesalahan besar aku.
Aku tahu, dengan mengurut ni kita boleh tahu kelemahan dalaman wanita kita.
Jadi memang aku dah tekad untuk pergi mengurut.
Dan cuba jamu yang mak aku dah belikan. usaha jela.
Mana taw dengan usaha aku ni, Allah nak berikan aku seorang anak.
Kalau dah takdir aku dapat sorang anak pon aku redha.
Perasaan aku ni berkobar2 sebab tengok Jasmin dah besar.
En. Boo Boo pulak excited semacam bila nak jumpa Jasmin.
Yela, usia dia dah nak meningkat 34tahun tapi masih belum ada zuriat sendiri.
mesti la dia sedih kan. luaran dia mungkin biasa saja.
Tapi dalam hati dia, aku dapat rasa dia sedih dan sunyi. .
Bersalah sangat dengan dia, cuma aku harap dia faham keadaan aku.
Pergi hospital setiap 3,4bulan sekali pon tak guna lah.
Asyik nak bagi pil perancang je. Itu yang aku nak usaha cara kampung pulak.
Rawatan kat hospital masih diteruskan tapi kita cuba ke arah lain le jugak.
Doakan lah keazaman aku ni berkekalan. Rasa lepas ni memang kena kerja kuat.
Kena buang rasa penat, rasa malas dan rasa sakit.!
Ya ALLAH, jika rezeki ku masih di langit, turunkan lah.
Jika di bumi, keluarkan lah.
Jika sukar, permudahkan lah.
Jika haram, sucikan lah.
Jika jauh, dekatkan lah. . .
8 luahan hati..:
semoga berjaya :)
p/s: tak pe pelan2 la, jgn stress sgt kak, sbb ada baca dalam satu artikel kalo stress nanti susah nak dapat baby. huhu
insyaallah...ada rezeki nanti.kwn saya yg menunggu 4thn,alhamdulillah thn ni rezeki dia...:)
insyaallah...ada rezeki nanti.kwn saya yg menunggu 4thn,alhamdulillah thn ni rezeki dia...:)
insyaAllah...berusha & berdoa..Allah akan kurniakan yg terbaik buat kita :)
p/s * pernah ada kwn yg blm dkurnia anak lpas 4thn khwin,tetiba ada pakcik tua bg petua sruh husband dia mkn tauge..kuasa Allah..few months lepas tu dia peknen :)
betol tu meme.. jadilah mcm ain.. go for natural.. buang laa dulu ubat2 spital.. give a try to ur self dulu.. do exercise n diet.. urut sebulan sekali especially selepas period.. make period tu regular.. tiap2 bulan kuar with fixed date.. usaha jgn give up.. Auf nak kawan.. jadi dia tggu Aunty meme dia preggy ye.. mana tahu, kot2 menjadi plan ni tahun depan.. yg penting usaha
Aah .. lama awak menyepii.. rindu rasanyaa... ewahhhhh ~ marilah kita meningkatkan usaha untuk tahun depan..... padahal ida pun bukan usaha sangtt.. mkn vit je.. pakar pun tak pergi lagi... huhuhu
salam...singgah lalu menyantuni kehidupan rakan2 blogger...
mungkin produk forever living dapat membantu dalam menstabilkan semula sistem badan
jemput ke blog saya di penawarsihat.blogspot.com
insyaallah ade usha pastinya ade kejayaan...
Post a Comment