Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 31, 2013

UTM SPACE


Sabtu ni aku pergi UTM Skudai.
pendaftaran mahasiswa baru untuk ijazah separuh masa.
baru nak pergi sambung belajar.
dulu suruh belajar, gatal nak kawen.
*garu garu kepala*

takut jugak bila dah buat keputusan nak sambung belajar ni.
sebab aku taw, bukan mudah nak kerja sambil belajar.
nak pulak bila dah kawen. selamat belum ada anak.
rasa sedikit kelegaan di situ. 
harapan aku cuma satu sebelum aku mula belajar 16 Februari ni.
aku harap aku adalah insan terpilih yang pergi mendaftar pada hari yang ditetapkan.
dan aku jugak adalah insan terpilih yang grad pada hari yang ditetapkan.
azam 2013-2016!
lump sum untuk 4tahun terus :))
doakan aku.

Wednesday, January 30, 2013

Perfectly 28


30 Januari. dah genap 28!
tahniah untuk diri sendiri dan bersyukur masih dipanjangkan usia.
happy birthday to me. .
hadiah birthday? hirup air laut kat Batu Ferringhi. ;D

Friday, January 25, 2013

apam mini cornetto dan apam polkadot


apam mini cornetto
sebelum aku cerita sikit sikit pasal apam ni.
jom kita sama sama terjah blog kak Sitti ni, macam macam jenis kek, muffin, apam ada.
serius. sedap. . dan tak menyesal.
aku selalu oder dekat kak Sitti ni sebab depan mata. bukan rumah kak Sitti tu 
depan mata aku tapi suami dia jiran sebelah kerusi meja aku kat opis ni.
senang. aku suka kerja senang senang ni.
siapa la yang nak susahkan diri, ye tak?


try la ushar kat blog kak Sitti ni. setakat ni perkhidmatan okey dan tak pernah gagal.
cuma pernah sekali tu aku rasa kelakar. aku oder muffin pandan ke apa ntah. tapi pandan la.
aku suruh letak ceri merah bagi nampak menarik sikit.
hihi. saja la kan. nak request. .
sekali kak Sitti letak ceri punya besar. rasanya sebijik ceri dia potong 4 kot.
terus rasa macam kena perli. Hehehe.
gatai sangat request sesuatu yang tak disediakan. padan muka.
tapi sebenarnya okey je kak Sitti ni. dia cakap cantik sikit kalau besar.
aku je yang rasa kena perli. padahal nothing pon.
tapi memang cantik pon. kalau beli kat kedai, mau ceri belah 18. ciput je. gilers kedekut kan?
anyway thanks ya kak Sitti yang cumils. sentiasa layan kerenah saya. peace :D

apam polkadot
 harini aku oder kat kak Sitti lagi. 150biji apam polkadot perisa campur campur
dan apam mini cornetto kat atas tu.
memang tiada kehampaan di situ. sedap mata memandang. .
apam polkadot ni aku nak bawak balik kampung. makabah nak buat kenduri sikit.
jadikan kuih muih tambahan je. cantik sikit kan ada warna warni atas meja buffet.
tapi sebelum sampai Taiping, apam ni singgah Cameron dulu.
hahahaha. saja bawak apam ni jalan jalan. mengelitis adik aku cakap.
dah taw makabah kenduri boleh lagi naik cameron satu malam. biarlah. penyibok!

so kawan kawan. jangan lupa ushar blog kak Sitti ni.
harga berbaloi baloi. nak tulis harga tapi takut kena marah pulak sebab memandai kan.
jadi tanya la sendiri pada tuan punya badan. dan satu lagi.
kak Sitti ni tak kedekut. walaupon dia meniaga tapi kalau kita mintak resepi, dia akan bagi.
in shaa Allah. . semoga dimurahkan rezeki ye kak.
aku ni selalu tanya kak Sitti itu ini. tengok resepi apam, kek, muffin etc.
lastly ngoder kat kak Sitti jugak. Heheh




lupa!!

lupa cara nak tukar gambar kat atas tu.
nampak sangat aku dah lama tak godeh blog!
adoii, rasa sebak kot. .  macam mana aku boleh lupa benda remeh?
rasa malu sendiri tengok gambar kawen sebesar besar umat kat atas tu.
dah masuk tahun ketiga kan. terus rasa sedar diri. eh?
mmm, stress pulak bila tak boleh tukar gambar tu.
macam mana nak buat ni?
aku lupa!!!

Monday, January 21, 2013

Baju untuk wanita XL hingga XXXL



Harini aku nak kongsi pasal baju baju saiz besar.
sebab ramai yang menjual baju saiz besar ni. itu punca aku taknak kurus kurus tu kan.
ayat tak boleh nak diterima akal sendiri. hehehe
selama ni ada jugak yang bertanya mana aku beli baju kan.
sebab nampak cun la tu, itu yang tanya eh?
boleh pulak begitu. .puji diri sendiri.

http://qistinacloset.blogspot.com/

go to the link. dan lepas tu baru awak semua tahu kenapa aku tak boleh kurus.
gila kot! baju untuk orang saiz besar ni makin trendy and comels.
takde la macam dulu. asyik hitam je kan. rasa macam dah nak sebati dengan kulit.
sana sini hitam kan. eh, tapi dulu aku kurus. . boleh? :D




banyak jugak la baju baju aku yang aku beli dari Kak Azie ni.
peramah orangnya. segala kerenah kita akan dilayan dengan sabar.
nampak sangat aku spesis kuat cerewet kan.? -,-

selesa baju baju yang dijual. skirt pon boleh tahan. yang aku suka sekali bab material dia.
bila badan kita besar, keselesaan adalah menjadi kepentingan.
tak minat baju ketat ketat ikut bontot, badan semua kan.
tapi ikut jenis orang la kan. ada yang badan besar tapi selesa je dengan baju melekat di badan.
material yang dijual kebanyakan jenis lycra. selesa kan?
untuk aku la. lagipon harga kat sini lagi murah berbanding Scarlet Plus yang di Jusco tu.
pengalaman mendewasakan. *tetiba*

suhwiittt kan? polkadot pon ada taw. jadi pada yang saiz besar tu.
sila la berkunjung. aku takde share pon dengan Kak Azie ni tapi demi perkongsian bersama.
orang baik baik ni memang macam aku la. Hahaha
*keji*




Friday, January 18, 2013

Alasan Sepi Dari Dunia Blog

 Assalamualaikum. .

pheww.. peluh peluh nak mula menaip. dah lebih separuh bulan Januari baru gigihkan hati tabahkan diri nak menaip. tak busy pon. dan tak jugak malas. cuma tiada idea di mana mana.
hati manusia kan. susah nak ramal. nak pulak kalau jenis yang banyak bagi alasan macam aku ni. itu ini aku aku bagi alasan. tapi alasan kena waras, logik dan mantop! ;)
Alasan alasan yang boleh aku beri kalau tak update blog adalah.

1. semangat yang hilang.
bila kita menulis, kita mesti harap ada yang membaca kan.?
aku rasa blog ni ada ramai jugak pengunjung. okey, maaf. ada tercalit riak di situ.
takde la menghampakan sangat pengunjung di sini.
cuma aku benci la bila kita menulis, hasil penulisan kita di jaja masyarakat sekeliling.
masa tu jugak kalau boleh nak officially closed this blog.
tapi aku cool je. cool sampai tahap tak update berminggu minggu.
cool sangattttt -.-'

2. tertarik dengan yang lebih sofistikated.
bahasa meruntun jiwa beb. Hahaha. untuk jangka masa ni,
aku lebih kepada si burung biru. senang cakap, lebih pada twitter la kan.
gaya artis artis sikit. artis la sangat kan. syok sendiri jugak kat twitter tu.
tapi lebih senang nak pot pet pot pet la kan. lebih privacy.
biar la apapon orang kata, aku diam ja di depan. 
tapi di twitter bukan main lagi pong pang pong pang.
terasa hipokrit tiba tiba. -,-

3. malu dengan semua.
tiada cerita yang nak dikongsi. balik balik pasal En. Boo Boo. pasal treatment kat hospital yang tak menjadi. diet yang dah jadi tukun ikan kat laut dalam. apa nak cerita?
pasal Jasmin je ka aku nak mengarang hari hari.
orang lain ada jugak update pasal barang kecantikan. pasal bisnes tudung. aku?
itu yang sepi tu. tengah kenang nasib diri. :(

4. lupa ada blog!
punya lama tak update sampai kena tegur dengan kawan kawan yang hari hari baca blog aku ni. terima kasih. aku merapu je sebenarnya. kurang faedah sikit blog aku ni tapi kalau nak cari idea masak masak tu, insyaAllah ada. tapi resepi yang sesat sesat jela. hihi
tipu la aku cakap aku lupa kat blog aku. aku ingat cuma aku rasa macam kosong je hidup aku sekarang. nak cerita dari mana pon aku takde idea. aku bukan popular pon nak cerita pasal shooting ke, pasal photoshoot ke kan. jadi buat buat la lupa. T.T










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...