Harini ada semangat baru bila aku dok blogwalking.
aku terbaca pasal rawatan untuk PCOS tadi.
dah lama aku biarkan diri aku terabai. . PCOS aku pon entah apa cerita.
aku bukan apa, frust dengan rawatan di hospital.
setiap kali 'dating' dengan gynea, aku cuma dapat pil perancang.
masa mula2 tu ok la jugak tapi bila dah lama2 aku rasa muak!
geng TTC yang ada PCOS takde pulak kena makan pil macam aku.
ye aku tahu, setiap individu lain kekdah rawatannya.
Arrggh. . memang tension kalau fikirkan rawatan kat hospital.
sekarang ni aku nak cuba kaedah baru. masih dalam perancangan
sebenarnya, tapi dari tak bertindak, aku kena jugak cuba.
1. aku nak pergi berurut.
2. nak cuba makan habbatussauda.
insyaALLAH semua dalam perancangan. harap dipermudahkan.
dan yang paling penting aku nak kembali buang2 habuk pada Pekasam.!
serius. malu nak cerita tapi aku kena cuba jadi kuat balik.
aku tengok Chinta pon dah bersemangat balik. Hanny Bunny dah
berjaya dengan Ovarian Drilling dia. Eida pon dalam usaha dengan Sang Kelapa.
bila geng TTC dah bersemangat kembali, tiba2 aura tu
sampai je pada aku. rasa menyerap pelan2 dalam badan ni. !
semenjak aku stop latihan dengan treadmill, berat aku naik balik.
En. Boo Boo dah berbuih mulut nasihat. tapi aku masih lagi 'keras kepala'.
aku takde sesiapa nak bercerita. kalau pada En. Boo Boo,
kadang2 ada juga terima sindiran bagai tapi ada masa dia pon tak taw
nak pujuk aku camne. nak cerita pada family terutama mak, tak mungkin
sebab aku taknak family susah hati dengan masalah aku.
Biar aku nak orang lain tengok aku senyum, happy tapi dalam hati aku,
aku dan ALLAH saja mengetahui. . sebab tu aku jarang
share kisah TTC aku pada blog. aku nak semua orang anggap
aku takde masalah. . hakikatnya. .??
Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu
Bila DIA lambat makbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu, Maka DIA merancang sesuatu
yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun..
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA..
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun..
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNYA..
15 luahan hati..:
chaiyok3!!!!.....:)
salam QaseH
Tahniah kerana ingin BERUSAHA---
Sue pOn PCOS-Kalau tanya Dr sah2 dier kata Ubat mUjaraBnya ialah PREGGY-dah laa Sue Susah nak Preggy-TApi alhamdulillah Sue TERPREGGY pada bulan OKt-tapi bukan REZEKi sue -miscarriage masa 10Wks---Namun DIA MAHA berkuasa!-Selepas CIk P datang selepas Miscarriage -Sue Preggy Kali 2 dengan Cepat--dan NAtural....Alhamdulillah Sue masih bertahan Sekarang....Jangan Mudah mengalah yang penting BERUSAHA dan BERDOA--yer... ChaiyOkkkk :)
Hee~ ida makan Habatussauda. Kapsul punya. Itu je yang boleh ditelan.. heee~ Chaiyokkkkk!!!! ~
sabr yer qaseh.. saya pun pengidap PCOS dulu makan gak pil perancang, tp kalau makan pil perancang ni penangan hormon tak stabil maysaallah dasyat betol. ape2 pun kita kene sabar
sama2lah kita berusaha.. sy pun mkn habbatusauda gak.. yg jenis kapsul lembik tu jenama minisyam... cubalah..
clomid lepas gagal..
aida kene turun kan berat badan 10kg dari sekarang.susah memang susah.tapi kene tekad!
usaha!
Dear qaseh,
Never give up k dear...pcos can pregnant trust me...
But with some effort+doa+ tawakal....insyaAllah...
All pcos ttcians is with u k dear :)
Yes qaseh. That's the spirit!! Sama2 kita berusaha ok?! Chaiyok! :)
apa2 pon kena kuat usaha.. jgn give up.. sebenarnya ubat mujarab ni adalah.. exercise.. jadi jgn give up
salam qaseh...caiyok3 dear..semoga semangat sentiasa mengiringi kita ngan rakan2 yang lain...buat pengetahuan qaseh chinta pun ada PCOS...mmg dr akan bg pil perancang...chinta pun dah naik muak..berat badan naik mencanak2..jom qaseh kita sama2 turunkan berat badan..tu je ubat untuk PCOS...alahai sukarnya la kan :(
SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN.. AMIN...
DOAKAN SY JUGA.. YER.. X LARAT NAK DGR AMIR MERENGGEK² NAK KAWAN.. NAK BABY.. DAH BORING KAT RUMAH HAIHH.....
Cyaiyok cyaiyok.semoga berhasil
semoga ada rezeki utk kita geng TTC...
Zana kadang2 malu dgn geng TTC.. sebab usaha zana pun x seberapa.. bila tgk geng TTC telan macam2 ubat, rasa mcm malu dengan sendiri.. ntahlah..
apapun, hope ada rezeki utk meme & husband!
semoga segala usaha membuah hasil...yg pntng jgn putus asa...
Post a Comment