pernah dengar pasal bedak Ronasutra ni.?
aku sebenarnya teringin nak beli. dah lama dah.
terpengaruh dengan trademark 100% dari tanah galian dan bahan mineral.!
semuanya sebab majalah Mingguan Wanita la. setiap minggu
promote pasal bedak ni. sampai aku pon dah hampir terjebak.
tapi katanya cara pemakaian bedak ni susah sikit.
dia tak macam compact powder yang lain.
bedak ni macam bedak talcum, dan kita kena oles kat muka guna
berus yang bersesuaian. bab tu yang aku rasa failed.
ini Kabuki brush. yang sesuai digunakan untuk mineral powder camni. |
sebab selama harini mana ada aku guna compact powder sangat.
pergi kerja cuma pakai lipstik dan krim pelembap ja.
lepastu colek krim kecantikan. bedak2 tak layan sebab aku cepat berpeluh.
kalau pergi kenduri tu ada la jugak tenyeh2 sikit apa yang patot.
so harini ada tak yang nak share dengan aku. please. .
aku mintak tolong sangat. nak jugak taw, apa kata survey.
baik buruk kena jugak amek port kan sebab nak letak kat muka.
bukan letak kat ketiak kan. .
aku try jugak google bedak ni. ni ada sikit aku share kat sini.
kalau nak taw lebih lanjut atau nak beli, boleh terus order kat sana ea.
- Melindungi kulit dari sinar UV matahari, habuk, kotoran dan bakteria;
- Merawat & mengurangkan masalah jerawat & resdung, iritasi kulit disebabkan peeling, pori kulit yang besar serta kulit berminyak/kering;
- Sesuai untuk semua jenis kulit, umur & jantina;
- Boleh dipakai semasa waktu tidur tanpa mudarat;
- Merapi & menyerikan wajah dengan hanya satu sapuan. Tidak perlu guna faundation berasingan. Serbuk halus& lembut, tidak kelihatan bertepung. Tahan lama & menghalang kulit berminyak.
- SPF yang tinggi
- Formula halal & suci serta bebas pewangi boleh dipakai pada waktu solat/haji;
- Tiada tarikh luput.
7 luahan hati..:
aku dah try..memang kena guna berus untuk ratakan..bagi aku yg tak brp reti ni memang fail la..lps tu aku tgk kat iklan tu nmpk mcm rata je bedak kat muka.tapi aku pakai apesal tak rata,nmpk tak cantik.ke aku yg tak reti pakai.hahaha..pastu naik jerawat lak oi...agaknya tak sesuai dgn aku kot..aku guna bb cream from garnier jek..cukup untuk buat bedak nmpk rata dan tutup cela plus tak buatkan muka berminyak.
sowi tak pakai bedak la kat muka
wah mahal gak tu ronasutra..tringin gak nak pakai..tapi muka i ni mcm loji petroleum, cepot nor bmyk..heheh
wak..baju biru n hijau tu 2-2 RM300 termasuk pos..sbb tuan yg sama
i teringin jugak nak beli tp skeptikal. hihi. so kna tunggu review orang yg penah pakai dulu ;)
Saya pakai bedak ni, ok sesangat. Dah pakai abt 1 year plus, n mesti nk pakai kabuki brush tu n sapu nipis jer. Have to wait few minutes after oles kt muka to let the powder settle kn warna dia, mcm pkai bb cream jugak lh. Kurang lh minyak kt muka compare kalau pkai compact powder, I like :) may take few days to rasa efek yg best n develop skill nk oles bedak ni n mesti pilih shade yg seswai gak ngan kulit. Ok, ni jer review saya.
td baru beli satu set. almost rm200 jugak laa..termsuk kabuki brush tu sekali. tp td org kat kedai tu yg makeup kan saya. mmg cantik laa kan. ni esok nak makeup sendiri. haihh...tawakal jelah.
bedak ni mmg betul2 best.. x berminyak.ok dari guna silkygirl compact powder lgi. muka dah kurang berminyak and kurang jerawat. kena guna dgn span lps tu ratakan guna berus kabuki. .. efek dia mmg best lah. sebaiknya guna bb cream/ foundation on the top frst bfre applying this powder.okey.gudluck !
Post a Comment