Assalamualaikum. . . .
Kembang ke tak kembang?
Alhamdulillah.. Makin mengembang. Kawan2 macam mana?
Ini cerita Jasmin yang mengembang. Aunty Long pon kembang jugak.
Tumpang Jasmin mengembang.. Hehehe
Nowdays Jasmin dah hampir 4bulan. Dengan berat 6kg!!
Μasih lagi dengan full BF. Rezeki Jasmin la kan.
Dah pandai gelak. Tengok sana sini.
Pandai jugak 'bersembang'.. Suara pulak nyaring. Itu yang mahal tu.
Tapi kalau 'bersembang' tak boleh lama2.
Bila letih kena agah, kena tegur sure menangis. Siap sebek2 lagi.!
Belum pandai meniarap. Mengiring pon taknak.
Cuma pandai masuk jari dalam mulut.
Kadang2 bukan jari aje. Satu penumbuk dia masukkan.
Hehehe. Selain tu, dah pandai angkat2 kaki.
Tapi belum pandai capai kaki sendiri.
Suka bila orang cium. Siap senyum2 lagi.
Mungkin rasa selesa kot orang sayang2 dia.
Maklum la budak manja. Nak mandi pon kena air panas lagi.
Kalau bagi mandi air biasa. Boleh tahan dia punya jerit. Dia punya moody lepas tu..
Setakat ni. Itu jela cerita Jasmin.
Sekejap lagi aku nak bw la. Mana taw ada kawan2 yang ada berita gembira nak kongsi.
Nak jugak terjah2 mereka yang istimewa tu.. :)
Tuesday, October 30, 2012
Perkembangan bayi 4bulan :)
Wednesday, October 17, 2012
sampai bila?
So sweet. Tapi En. Boo Boo tak pernah pon cakap camni.
Hadooii.. Pagi2 lagi dah sentap dengan suami sendiri.
Padahal dia tak bersalah pon.
Maafkan saya... Hehehe
Gambar ni yang bersalah sebab buat aku emo pagi2!
Wednesday, October 10, 2012
Wordless Wednesday : Gambar Lucah Abad Ini!
Maaf kalau ada yang rasa geli tu.
Saja nak gelikan korang.
Memang berniat macam tu pon.. Hihihi
Monday, October 8, 2012
Kebaikan Anggur Pada Kita!
Sebenarnya takde la info baru ke apa.
Cuma berkongsi tabiat baru aku dan En. Boo Boo.
Sekarang ni kami suka makan buah anggur.
Habis je stok, mesti pergi beli..
Tak kisah apa warna sekalipon, kami makan je.
Tapi selalunya akan beli 2jenis @ 2warna.
Variasi makanan namanya. Hik hik hik
Untuk pengetahuan kawan2, anggur ni membantu dalam proses penghadaman..
Disebabkan kadar magnesium yang tinggi pada anggur.
Kulit anggur pulak dapat lancarkan pembuangan air kecil. So pada siapa yang suka kopek kulit tu, haaa pasni beringat ye!
Makan je terus.. Tak perlu kopek2.
Selain magnesium, zat catechin jugak boleh menurunkan kadar kolestrol..
Bagus ni.. Untuk yang nak kurangkan kolestrol tu. Termasuk la aku! Hihi
Anggur ni juga boleh menghindari kanser. Bagus kan?!
Dalam kebaikan sesuatu, ada jugak buruknya.
Pada penghidap kencing manis, kamu tidak digalakkan makan terlalu banyak anggur ni.
Nanti makin tinggi kadar gula tu ye..
Makan boleh tapi kena la beringat okey :)
Jom makan anggur...
Tuesday, October 2, 2012
Berkhidmat untuk anak Melaka!
Cadangan Pembinaan Bangunan Asrama
Kolej Profesional MARA, Ayer Molek Melaka.
Itu yang aku aku busy sangat sekarang ni.
Walaupon bukan pada negeri sendiri tapi
sekurang2nya ada juga la bakti ni kan...
Nampak macam takde apa kan.. Tapi nanti dah siap..
Aku nak pergi melawat la.. Hasil nukilan pertama ni..
Sebelum ni ada buat jugak tapi tolong sambung2 je..
Ini dari mula sampai habis..
Asrama 4tingkat.. Kuarters 2tingkat..
Mencabar..mencabar..
Selalu boleh blogwalking kan.. Sekarang ni nan hado la nak merasa bahagia lagi dah.. Huhuhu
Baru lukisan permulaan dah 100kali kena reject!
Siap keja lagi hari Sabtu.. Susah jugak ye buat lukisan ni..
Heee.. Doakan aku berjaya!!