Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 31, 2012

hari terakhir..

Apa ada pada hari terakhir?
Biasa..cuma opis aku sikit lengang..sebab ramai cuti.
Aku tak cuti sebab cuti 20hari dah habis berjimba..
So kerja jela tapi En. Boo Boo cuti harini..
Makanya dia harus datang ke midvalley. Open table plus belanja kasut baru. Upsss!! :D
Ok. Malam ni kawan2 ada kat mana?
Konsert? Dataran? Masjid? Makan makan? Rumah?
Aku malam ni kat ceruk dapur. Sebab dah janji nak buat baked macaroni..
Janji harus ditepati.. Salam 1Malaysia.. *tetiba* hehe ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, December 21, 2012

sale tupperware!

Mana ada sale. Saja nak tulis macam tu..
Tupperware baru. Yang kuning dan oren tu aje.
Botol biru tu dah lama.
Sebab beli tupperware sedemikian?
Mudah nak bawa bekal kalau ke mana2.
Biar la tergolek ke terlentang ke. Isi perut dalam tu tak akan meleleh keluar.
Walaupon cuma sup atau kuah yang lain.
Tapi kalau yang penutup biasa. Yang bukan jenis tekan kat tengah tu. Maaf la.
Tetap meleleh2 juga. Tapi betul la..
Tupperware ni tak jemu nak pakai. Warna yang memikat sentiasa buat aku tergolek2..
Nanti kalau ada yang murah2 tu, tunjuk le lagi.. Mesti beli.. :))

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

nasi lemak sambal sotong



Nasi lemak sambal sotong. kesukaan aku sekarang ni.
kalau masak sendiri kat rumah pon, aku tetap masak sambal sotong kembang ni.
beli kat kedai pon, aku masih nak sambal sotong kembang.
dah jadi sedap pulak. dulu rasa macam tak sedap. macam2 la.
tapi En. BooBoo tak suka sangat sotong kembang ni.
tak suka takpe, ada orang suka kan. bukan membazir pon.
orang yang tak suka, makan ikan bilis goreng dengan telur mata jela kan. Hehe

petua nak masak sotong kembang ni mudah je,
lepas masak sambal tu sampai kering, masukkan sotong kembang.
jangan masak terlalu lama sebab sotong ni pon akan mengecut seperti sotong lain.
dalam tempoh 3,4minit tu sotong ini akan mengeluarkan air.
itu sebab sambal tu perlu dibiar sikit kering.
kalau pada yang suka kuah melaut tu, silakan la tambah air.

Harini pon aku beli nasi lemak sambal sotong.
tergolek golek rasanya.



Monday, December 17, 2012

Bekerja sambil belajar


Assalamualaikum. . Subhanallah lamanya tak menulis di sini.
banyak sebenar yang aku nak cerita. tapi aku nak mulakan dengan kisah terbaru dulu.
aku dah daftar UTM Space. kalau ada rezeki, mungkin akan mendaftar masuk
Februari nanti. doakan lah.
belajar sambil bekerja ni bukan mudah. nak pulak aku yang pernah belajar di UTM
secara sepenuh masa. Allahuakbar. .
cukup mencabar. tak terluah rasa kecabaran yang pernah aku lalui tu.
bila buat secara part time ni. tanpa kawan2 yang boleh kita study sampai midnight.
aku risau juga sebenarnya. yang study pon tak berapa nak power.
tambah la kerja sambil study. entah la macam mana.
emak aku cakap. study jela, kot2 boleh merasa kecik balik macam dulu.
gulp!
sentap dengan statement emak sendiri. Hahaha

pendaftaran belum tahu lagi. entah dapat entah tidak.
tapi adalah beberapa perubahan kami suami isteri nak buat.
dan memerlukan modal jugak. dengan rumah baru beli lagi. semuanya perlukan modal.
tapi aku mungkin tangguhkan kerja ubahsuai pada rumah tu.
sebab nak belajar kan. UTM Space bukan murah kot!
jauh lagi perjalanan hidup ni. tapi walaupon aku dah terlewat nak genggam ijazah.
aku akan usahakan yang terbaik. peluang yang datang sekali, jangan kita persiakan.
kalau takda aral melintang, aku akan berjaya sebelum 32tahun.
gila cekal. orang lain proses anak. aku bergelumang dengan buku, assignment.
bertabahlah kalau itu pilihan sendiri. semuanya salah sendiri juga.
orang lain sambung belajar. aku dulu skip sebab nak kawen. balasan.

tapi ada juga kawan2 yang sok sek depan aku.
katanya ada yang sambung belajar sebab takde anak. sunyi duduk rumah.
bila dah sambung, mengandung setahun sorang. langsung stop belajar.
mmm. tak tahu aku nak komen macam mana kalau aku kat situasi tu.
nak cakap aku akan hadapi dengan tabah dan kental, nanti kata aku berlagak.
nak kata aku undur diri, dah macam menyerah sebelum berperang.
jawapan yang aku boleh bagi setakat ni adalah,
doa doa kan jelah yang terbaik untuk aku ye.

merenung masa depan yang tak pasti. . ececeh :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...