Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 2, 2013

Lumiglow + Bleeding + Rumah + Study

 
ASSALAMUALAIKUM
 
memang dah lama tak jengah blog sendiri. even setiap hari ada ja yang Tanya pasal Lumiglow.
di sini saya nak bagitaw, saya bukan agen Lumiglow etc. Kalau terasa teringin nak ber'Lumiglow',
Lumiglow utk dijual.. Rm90 sahaja.. Call 0193615563. Afiz
cuba la hubungi dia.
 
sebelum blog ni betul2 terkubur. aku nak share sikit la pengalaman aku bleeding ni.
selama 6hari aku bleeding, hari ke7 baru berani pergi hospital.
berani kan aku.? padahal aku bleeding bukan tahap sikit2. siap berketul2 dan memang darah hidup je yang keluar. senang cakap, lepas mandi pon darah tu still boleh meleleh kat kaki.
betapa banyaknya darah tu. sampai suami la jadi tukang lap darah2 tu.
terus rasa diri bodoh bila ulang balik cerita bleeding ni.
sekarang ni aku dah kembali normal. aku tak mintak untuk baby ke apa.
aku cuma nak sihat je buat masa sekarang ni.
dan ubat Duphaston yang gynea aku suruh amek setiap bulan tu pon aku dah stop.
sebab Duphaston tu aku bleeding teruk.
buat masa ni, aku taknak amek apa2 ubat. sebelum ni everyday aku makan vitamin C, acid folic, Duphaston dan ubat kolestrol. lepas kes bleeding, mak aku cakap tak payah makan apa2. .
jadi aku menurut perintah jela. untuk sebulan ni, aku nak clean dari dadah2 tu.
*kembang hidung*
 
untuk rumah yang aku pernah cerita sebelum ni. aku harap, aku dapat duduk sebelum bulan puasa.
maknanya dapat la beraya dengan rumah baru. actually, bukan la rumah baru sangat kan sebab rumah second hand tapi okey la. jenis rumah murah2 je.
RM130k, rumah 2tingkat. Kat mana nak dapat harga rumah semurah tu?
Bukit Beruntung la. Kalau sanggup penat lelah ulang alik pergi kerja lebih 60km sehari,
silakan lah beli. tapi pastikan suami anda jenis ringan tulang la kan.
Hahaha. tu nak puji suami sendiri la tu erk? well said. . suami isteri harus lah tolong menolong.
 
sebab aku student part time. yang baru sem1. jadi sem ni memang aku rasa tertekan sangat.
maklum la nak sesuaikan diri tu bukan senang. tapi setakat ni aku ok lagi la.
cuma sem ni aku kena hadap 2 killer paper. Math Kejuruteraan dengan Mekanik Struktur.
2 subjek ni memang buat aku lemas 24/7. arrgghhh!! kawan2 semua jauh. semua area Sepang, Bangi.
aku tiba2 sensorang kat Bukit Beruntung. memang tak la kan nak jumpa semata2 nak study group.
so aku study sendiri. salah pon sendiri. faham pon sendiri. memang mencabar!
kalau ada ex-student UTM, Civil Engineering yang nak pos nota kat aku, aku terima weh!
maklum la student kan, harus la nak berjimat. .
tapi sekarang aku pegang satu je, aku takkan mengalah! aku tetap akan teruskan study ni walaupon payah!
 

3 luahan hati..:

eMMe said... [Reply to comment]

Salam Dear, ape kabar sihat?
hope semua baik2 aja..
patut la lame menyepi dari blog
rupanye sibuk study...
n ade kisah itu...
Sabar atas sabar ye dear
pls take care of ur self
moga Allah berikan kite rezeki yg satu itu...

Unknown said... [Reply to comment]

oh subkej 2 tu memang buat kita tension... akak dulu kalau 2 subjek ni je nak exam menangis dulu malam takut tak boleh jawab periksa...call mak dulu... cakap minta maaf dulu... hehehehe masalahnya exam x ambik lagi, kenangan dulu masa di itm shah alam....

fazrulnoor said... [Reply to comment]

selamat maju jaya mie. setiap kejayaan perlukan pengorbanan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...