Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 25, 2012

Coffee by Austin Chase


Malam minggu takde kerja.. Pergi cari ice blended kat Intermark!
Area Ampang..dekat dengan rumah Angah.
Sebab bawak baby  Jasmin kan. Susah la nak g KLCC.
Tempat yang sah2 ramai orang.
Pergi Great Eastern Mall pon Jasmin dah jerit bagai nak gila..!!
Tambah la kalau menapak kat KLCC..
silap2 Aunty Long dia yang tak selera nak makan..
Mmm.. Bukan ada apapon kat Intermark tu. Bosan.!
Tempat orang kaya2 kot..
Kita yang tak kaya ni.. Tengok jela..
Pergi tu pon sebab dapat voucher dari Austin Chase.
Kalau tidak.. Memang tak jejak la Austin Chase ni kan.
Heee..
Eh.. Tengok la gambar Jasmin dengan Aunty Long dia tu.
Spoil taw Jasmin ni. Bukan nak tengok camera..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 20, 2012

musim mengandung..

Tepis2 sawang.. Hembus2 habuk!
Nak berjalan tak sempat. Kaki dah kena pasung!
Kita update jela. Lepas gian jari menaip.
Irma Hasmie dah mengandung. Rezeki dia.
Ning Baizura yang dah kawen bertahun tu pon,
dah mengandung.
Rezeki dia sempena tahun baru nanti.
Sebab bakal deliver Januari 2013. Indahnya..
Geng TTC yang lain macam mana.
Dah ada yang berjaya ke.?
Eida..? Zana..? Eyza..? Susu gebu..? Cikgu ika.?
Bagaimana suasana di sana..?
Harap penuh warna warni la ye..
Rezeki..rezeki..rezeki mereka dah sampai..
Rezeki kita nampaknya kena usaha kayuh lagi la.. :))

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, September 13, 2012

Potluck :)


Sekadar gambar hiasan je ni..
Esok ada jamuan raya unit aku. Harini jamuan raya cawangan.
Masalah aku sekarang adalah.. POTLUCK!!
Aku takde idea nak bawak apa.
Niat permulaan nak bawa kek belang2 tapi...
Semalam meeting, dah ramai yang bagi nama nak bawa kek.
Nak bawa kuih muih macam tak daya..
Kalau karipap nak kena menggoreng awal pagi.
Sekarang pon dah bangun 5pagi. Nak awal lagi pukul berapa?
Kalau beli pon.. Takde orang nak jual 50bjik sekaligus. Kena tempah dulu paling tidak pon.
Eh konpius dah aku ni..
Lastly, esok datang melenggang kangkung je!
Aci tak macam tu.? Heh.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, September 12, 2012

membesar...


Cepat je Jasmin Aunty Long ni cecah usia 2bulan..
Makin cerdik makin bulat!
Dah pandai senyum2.. Sembang2.. Gelak2..
Yang paling syok bila pandai tengok camera bila orang amek gambar dia.
Rasa jatuh hati tergolek2 bila tengok mata bulat budak kecik ni.
Sebenarnya tak sabar nak tunggu Jasmin datang umah Sabtu ni..
Bak kata En. Boo Boo..
"..menumpang kasih anak sedara!.."
Yola. Dah itu je ada.
Nak tumpang kasih pakwe angkat, nan hado!
Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 8, 2012

ARAHAN BOSS


S A B T U

 percayalah. aku di opis. .
bukan sebab gigih nak capai APC ke apa tapi sebab arahan boss.
dan yang paling aku sakit hati, boss belom sampai.!
sedangkan rumah aku lagi jauh dari dia.
dan aku pon baru ja lepas makan koew tiaw goreng bekal dari rumah.
dah setapaware aku makan, boss aku masih belom sampai. .aku benci janji melayu!
dan sekarang ni, aku dah mesej sama dia, lagi 30min dia tarak marey,
aku cabut serta merta. .

dalam perkhidmatan aku selama hampir 3tahun ni,
ini adalah kali pertama aku datang opis hari cuti sebab nak buat kerja.
tanpa claimn OT okey. sebab tu aku berkira dengan boss aku ni.
dengan nak kejar open house sana sini, rasa menyesal pulak setuju nak tolong boss.
Hee. . memang tak ikhlas pon datang arini.
paling busuk, pukul3 aku nak blah dah. .!!
biar la nak jadi apa pon. . kejam kejam Haha


Thursday, September 6, 2012

Terkini.!


lama sudah tak update blog ni.
mana nak kejar dengan kesibukan melampau. kesedihan sebab kehilangan.
semua bercampur aduk.
mood pon dok terawang awang. semua benda jadi secara tiba2.
embah aku baru meninggal dunia Selasa baru ni.
ops pada yang tak taw tu, embah adalah panggilan untuk opah dalam bahasa Jawa.
embah sakit hari Sabtu, hari Selasa dah takde.
mudah cara pemergiannya. faktor usia pon sama.
maklum la dah menjangkau 81tahun.
semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang beriman.
Al-Fatihah.

dan aku masuk kerja semalam. itupon dah 11lebih.
masuk opis jugak walaupon lambat. sebab tender drawing belum hantar.
Isnin ni last, dah kena submit.!
semoga kerja aku dipermudahkan dan dipercepatkan.
kerja buat jugak, open house KKR nanti tetap nak pergi jugak.
Heh. dasar manusia tak tolak rezeki kan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...