Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 13, 2012

Syawal yang bakal tiba :)


25 Ramadhan. . sekejap je dah nak abes bulan puasa.
Bahang raya dah makin terasa. Mesti semua orang dah siap baju raya,
tudung raya, kueh raya, kasut raya. . macam macam raya lagi la. .
aku harini nak lepas gian jap, dah lama tak menaip entri kat pc ni.
selalu online kat henpon, rasa tak puas la.
sebab tak boleh nak karang panjang lepas tu tak puas menatap kat skrin tu.
sempena lebaran yang akan datang ni,
aku dah sediakan keperluan untuk rumah aku tu seadanya.
tapi takde la beria sangat sebab rumah sewa lagi.
ala kadar jela lagipon beraya kat kampung kan. Balik sini baru terima
tetamu. Kawan kawan semua dijemput hadir la ke rumah aku tu.
kueh raya dah beli berbalang balang. itupon ada lagi 3balang. En. Boo Boo beli
dari tempat kerja dia. banyak sungguh aku tengok kueh raya tahun ni.
mmm. . ada orang nak buat open house ke tahun ni.? Hihi
kalau ada rezeki lebih apa salahnya ye tak abang. .?
sejenis biskut pon belom merasa lagi ni. aku saja taknak buka lagi.
karang dah buka, nak isi dalam tupperware pulak, takut lemau.
En. Boo Boo tu suka makan kueh raya. kalau banyak pon takpe, sure habis.
pagi tadi dah ada yang teringin nak makan tapi aku tahan.
diam jap. kang malam ni kompom terkorban jugak kueh raya tu.
kalau dah nama kueh raya, mesti ada balang sekali kan.?
kalau tak macam tak menarik aje. masih guna yang tahun lepas punya.
 tupperware. bekas sepanjang zaman. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Haaa. sembilan bekas tu. ada lagi selebihnya tinggal dalam kotak.
tahun ni bawak keluar sembilan dah la. lagi banyak bekas, lagi banyak nak kena basuh.
senang guna yang tupperware ni. simple je. dan yang penting mudah nak handle.
takde kes nak sentap sentap kalau balang kueh raya bergolek golek masuk bawah sofa.
mmm, dah la. . sejam aku menaip entri pendek camni.
ada kerja banyak ni. tapi gigih nak menaip jugak.
boss jeling jeling dah. tapi nak jugak buat macam tak nampak.
bila SKT rendah, mula la nak meraung ye tak. hehe
tapi setakat ni aku takde sampai tahap camtu. masih dalam tahap A- lagi.
okey. bye.

4 luahan hati..:

Rosmawani♥ said... [Reply to comment]

Aip meleleh tgk tart nenas yg terang tu... Btul kan kak, tupeerware is no.1 :)

Anonymous said... [Reply to comment]

ok, buat mana2 yg penting dulu but keep blogging yek!

Nory Zoulkefle said... [Reply to comment]

wahh byknyer kuih raya...

Anonymous said... [Reply to comment]

menjelang syawal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...