Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya 1433H


Kad raya digital ni aku tuju khas untuk semua pembaca blog qaseh johanna.
aku taknak poyo sangat tapi aku taw, ada jugak la pembaca tetap blog ni.
terima kasih sebab bagi sokongan yang tak terhingga.
untuk Aidilfitri yang ketiga sebagai suami isteri, kami masih lagi berdua.
nak kata sedih tu tidak la, mungkin sebab dah 2tahun bersama tanpa orang ketiga.
Jadi perasaan tu takde la terasa sangat. masih ditahap biasa. .
sebab tu pada kad raya yang aku titip untuk sahabat semua, cuma berdua.
sorang kecik sorang besar. . buat la andaian sendiri, yang pasti jangan bagi aku dengar!
cuma tahun ni, beraya dengan 2orang baby baru maka bajet pon bertambah.
syukur alhamdulillah.

Apapon dikesempatan ni, ingin aku meminta maaf diatas segala isi hati 
yang aku karang di sini, menyakitkan hati sesiapa saja.
kalau ada aku terkomen yang bukan-bukan sehingga buat korang taknak lagi jenguk blog
aku, mohon maaf banyak-banyak. sometime, kita tak perasan kekhilafan diri.
sentiasa menganggap diri kita yang terbaik sedangkan kita sebaliknya.
dan yang terakhir, yang paling selalu aku buat adalah tak berkunjung balik 
pada komen yang ditinggalkan.
itu yang paling aku susun jari kaki jari tangan semua.
Kalau aku sibuk, memang aku susah nak berkunjung balas.
waktu yang terhad selalunya aku akan update post baru saja.
kalau di rumah memang jarang online. ada orang yang perlu perhatian lebih.
Ampunkan aku ye kawan kawan semua.
Maaf zahir batin.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 Kerbau Tok Imam pasang pelita,
Anak ayam Dolah main rama rama,
Tangan dihulur, kamaafan dipinta,
Harap dilupa segala sengketa lama.



11 luahan hati..:

Kesuma Angsana said... [Reply to comment]

salam aidilfitri dari KA & family ye, mohon maaf andai ada salah & silap

Masya said... [Reply to comment]

ewaaahh siap ade pantun lagi ...

sy balas jugaklah walaupun x pandai nak berpantun ....

anak² main paya
main paya tepi rumah tok batin
selamat hari raya
maaf zahir batin

ok tak??? ok tak??? berani cakap x ok hihihihihi...

qaseh johanna said... [Reply to comment]

KA : selamat hari raya KA.. maaf zahir batin.. :))

::EIDA:: said... [Reply to comment]

Selamat hari raya!!!~~~

qaseh johanna said... [Reply to comment]

masya :

Makan nasi dengan kicap,
Cuci mulut dgn cempedak,
Maaf kalau salah cakap,
Boleh la dari takdak..

Hehehe

mama aryan said... [Reply to comment]

salam aidilfitri,maaf zahir & batin

Nory Zoulkefle said... [Reply to comment]

salam aidilfitri....

=)

eMMe said... [Reply to comment]

Salam Aidilfitri my dear Qaseh Meme.. Maaf Zahir Batin, jumpe lagi pas cuti raya... but esok i last keje.. hati2 tau blk kg..jgn drive laju2 sgt tau!

lebiu...

Zana Adieyza said... [Reply to comment]

selamat hari raya dear... ssemoga Syawal tahun ni lebih bermakna utk kita..

maaf zahir dan batin... ~adieyza~

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

selamat hari raya gak meme.. semoga di permudahkan sepanjang perjalanan ye.. mohon maaf jika ada salah silap ye..

sudipVSsenduk said... [Reply to comment]

Depan belakang kanan kiri,
Gosok sental dengan sabun,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri;
sudipVSsenduk nak minta ampun.

Slama Aidilfitri buat qaseh johanna & family.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...