Pagi tadi mase tengah nak suap nasik, En. Boo Boo pegang perut aku.
"..arini syg subo kan.? takde sakit perut.?.."
tapi bukan dengan muka meroyan nak ber'tutt' 'tett' ye..! haih.
terimbau kisah 2 Ramadhan 1431H yang lalu.
aku saho macam biasa tapi dengan perot yang sakit + memulas2.
macam senggugut tu. lebih kurang la.
tapi aku still datang kerja dengan hati yang waja.
makin lama makin sakit sampai aku tak tahan nak menanggung.!
pada aku senggugut la kan coz sudah 3bulan tak period.
lebih kurang 10am aku gagahkan diri g beli Minyak Angin Alfiat yang botol hijau kat Carrefour Midvalley.
dah lumur sampai lencun pon taknak kurang jugak sakit tu.
malah bleeding aku makin teruk.! dari saho sampai 1pm, aku dah guna 3pad yang totally full.
oleh sebab aku tak posa so aku pon makan le nasik goreng yang Kak Timah bawak.
tapi bila aku bangun ja nak g basuh pinggan......
something yang aku rasa panas mengalir kat peha aku.
bila aku selak..aku nampak DARAH..!!!
sepanjang jalan aku nak ke toilet, darah tu menitik laju.
aku cuba salin pad, tapi aku dapat rasa macam ada segumpal darah yang besar jatuh!
aku still pikir yang aku punya period bulan ni sungguh teruk sampai keluar gumpalan darah besar.
bleeding still tak berhenti sampai terpaksa aku melangkah ke klinik berhampiran.
selamat le ade kawan2 yang sudi membantu.
dengan kain yang memang dah berlumuran darah, doctor tu still cakap aku punya heavy period coz 3bulan im missing it..!!
lepas jumpa doctor, aku tunggu En. Boo Boo sampai.
n terus aku balik tapi En. Boo Boo singgah Hospital Sungai Buloh sebab tak puas hati dengan explanation doctor tu.
sampai je, aku terus kena masuk bilik untuk check up sebab muka aku dah pucat sangat.
dengan beberapa soalan, buat ujian darah + urine.
im POSITIVE misscarrige 11weeks..!
so kena tahan di wad sampai di benarkan balik. tapi aku punya cebisan2 janin tak amek masa yang lama untuk keluar selepas dapat 2injection di peha.
1malam di hospital..paginya lagi sekali check up dengan doctor.
semuanya dah keluar cuma ada 1,2cebisan kecil dan sekali lagi aku diberi injection.
lepas scan semua. tengahari aku dapat keluar dari wad atas desakan aku sendiri.!
sebab aku rasa macam orang sakit je kalau stay hospital lama2..tak suka!
yang buat aku ingat sampai sekarang adalah bila aku dipaksa kangkang depan doctor.!
eeyaark..!! memalukan okay...
dikorek2, dijolok2 denagn batang scan, di scan melalui 'sinun'..memang superb perit n ngilu.
kalau boleh aku tak nak lagi alami peristiwa macam tu..!
memang aku tak dapat menanggung..
harap2 lepas ni aku tak merasa lagi dah rasa perit itu.. hanya yang indah2 ja.
aminn..
6 luahan hati..:
oo memang malu masa di jolok2 tang sinun, me amsa bersalin gynae pompuan, memang request la, tu pun segan gak.. tapi muka gynae tu rilek je
tp ratu kalau heavy mmg cmtu.menitik2 tak smpt g toilet.pernah skali la jd camtu sebab injection perancang masa 1st time.mmg hazab se tu.bangun je dri duduk trus menderu darah...
Takutlah dgr cite mimie.
Tp pengalaman buat sy yg belum berkahwin.
Takpe mi, tentang miscarriage tu okey lagi, sebab kakak sy lagi teruk. Anak dia meninggal dalam kandungan 2 kali. Sorg 6 bulan sorg 5 bulan. Tapi skrg dia tgh preggy kali ke 3. InsyaAllah due bulan 8 ni.
Jgn takut k.
insyallah rezeki pasti dtg..amin..amin..amin..
nnt nk bersalin pun harus la diperiksa bawah bbrp kali..seram eh..akk pun buat kat org je selama ni,bile kene kat diri sendiri seram gak..hehe tp ok je..
troslah berusaha+berdoa..insyallah,,x sbr nk tngok mimie jr ni..
ain pernah alami tumpah darah mcm nie.. dari zaman anak dara lagik.. setiap sejam kena g tukar pad.. lambat seminit mmg confirmlaa darah meleleh2 siap kena basuh lantai..
tapi meme jgn sedey sbb gugur.. sekurg2nya meme bersyukur, kerana Allah nak bgtahu yang meme buleh mengandung.. cuma mungkin kandungan yang lepas tu kurang sihat. Allah tahu yang terbaik buat kita.. jadi take care tau.. jgn sedey2.. insyaAllah rezeki bulan puasa nie.. ain doa yang terbaik buat meme ye..
selamat berpuasa dear..
seram jugak zana baca entry ni.. apapun, zana doakan agar semuanya baik2 sajer lps ni k..
Post a Comment