Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 2, 2012

Bahaya Makanan Dipanaskan Semula



Memang dah jadi tabiat kita sepanjang bulan Ramadhan ni.
segala lauk pauk atau juadah berbuka yang tak habis dimakan semasa
berbuka akan disimpan dalam peti sejuk.
Sebenarnya perbuatan kita yang sedemikian rupa boleh mendatangkan kesan
pada diri sendiri secara tak langsung.
ini kerana makanan tersebut telah menjadi seperti sarang bakteria.!
bakteria dan kulat suka membiak pada hidangan yang berbaki dan disimpan
di dalam peti sejuk.

Sebagai langkah keselamatan disamping mengelakkan pembaziran,
dan supaya tak makan makanan yang disimpan terlalu lama,
jangan masak terlalu banyak. Masak untuk sekali waktu makan je.
macam aku, memang masak untuk sahur aje.
sebab masa berbuka lebih kepada makan kuih muih atau roti. simple kan.
jadi memang sahur tu adalah dengan lauk yang fresh di masak.
Oleh itu, sila buang makanan yang sudah disimpan 
dalam peti sejuk yang melebihi seminggu.
Jadi kawan kawan tolong ubah cara dan kaedah ye.
Jangan jadikan amalan yang tak bagus ni sebagai tabiat yang berkekalan.
macam cari penyakit pula kalau kita dah tahu tapi buat buat tak tahu.
tapi kalau nak masak time sahur, memang bersengkang mata la.
4pagi dah masuk dapur. Hehe



6 luahan hati..:

Masya said... [Reply to comment]

saya lah tu malas nak bgn sahur awl masak.. selalu buka masak lbh, nnt sahur panaskan jer .. tp makanan tu x simpan dlm peti sejuk pun mmg dalam kuali kikikikikiki ...;p

Anonymous said... [Reply to comment]

bagus info ni bg yg x tau

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

ain masak cukup2.. jarang dapat bawa ke sahur.. kalau x abes pon ain jarang masuk peti sejuk.. letak je dalam bekas dgn suhu bilik.. kalau ok then pagi esok leh laa sahur dgn lauk tu.. if not.. masak jerk menu baru

eKa said... [Reply to comment]

aamak yang eka salu je peram.salunya makanan pb td, sampai mlm ni la eka mkn.boleh ke.salunya skali masak dpt mkn 2 kali.sahur dgn berbuka.pemaleh

Rosmawani♥ said... [Reply to comment]

style ros plak nak makan panas2, kalau lauk perangat ni mmg loya tekak lah..hahha... :P

eMMe said... [Reply to comment]

rajinnye u dear... Pepagi masak sahur...? Hurm... Kalo lauk disimpan bwh tudung saji mcmner oula ye? Bahaya x? Selamat bersahur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...