kad raya. masih ada lagi ke yang guna kad raya.
aku rasa sejak lepas kawen, aku dah tak pernah nak bagi sapa sapa lagi.
stop terus. kat En. Boo Boo pon aku tak bagi dah.
dah nama pon duduk serumah kan. jadi malas la aku nak bagi kad.
lagipon, aku ni bukan jenis yang romantik bagai. biasa biasa aje.
tapi kan. . dekat opis ni, ada 2orang yang bagi kad pada suami dan isteri masing2.
lepastu sibuk suruh aku bagi kad jugak.
ala. . tak bes la bagi kad. . tak boleh makan. Hehe.
memang dasar perot besar kan. semua benda kalau buat fikir pasal makan je.
okey. sebagai langkah bijak. kita gantikan kad raya tu pada 3bar coklat.
ni semua sebab asyik kena tanya je, aku pon buat la kelainan sikit.
malas nak beli kad, kita beli coklat. En. Boo Boo tu peminat tegar coklat,
berbanding aku yang tak minat dengan coklat ni. kalau diberi pilihan,
baik aku makan kek pisang dari kek coklat.
see, kan aku dah cakap aku ni spesis oldies sikit. tapi tu la aku.
En. Boo Boo tua dari aku 6tahun tapi cara makan, macam budak budak.
Heee. maaf abang. sebenarnya nak describe betapa comelnya abang. Hihi
nanti raya minta maaf okey.
bila dah wrap cantik2. macam ni la rupanya.
bagi sekali dengan duit raya. mesti menarik kan walau nilai kat dalam tu tak seberapa.
jadilah. ini namanya bodek suami sebab petang ni balik kerja,
nak singgah kedai emas. weee. .
eh, tapi coklat ni ikhlas taw. . tak baik kutuk belakang.
Bye.
2 luahan hati..:
sedap nyer coklat tu!
ok juga idea nih,bole buat juga..
Post a Comment