Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

Crispy Chicken Chop



yeah. menu semalam. seperti yang dijanjikan.
aku nak menunjuk kat sini la. kembang kempis hidong
dari semalam pon tak abes lagi. sebabnya dapat pujian baek punya.
" . Chicken chop sayang lagi sedap dari SR. !"
Wooww, tutup kedai la pasni SR. Hahaha.
harini nak tempek resepi sikit. aku buat berdasarkan
apa yang ada di rumah je. plus main agak2.
kalau nak yang lebih di yakini, google sendiri okey.

Crispy Chicken
2 ketul ayam bahagian peha - buang tulang
lepas basuh bersih. toskan. kalau nak cepat,
lap dengan tisu. :) perap dengan garam,
black pepper dan sikit italian herbs. perap 30minit atau lebih.
celup ayam dalam sebiji telur yang dikocok.
salutkan dengan oat atau breadcrumb.
goreng terendam sampai garing. dah masak,
angkat dan tos.

Mashed Potato
2biji russet potato rebus dan lecek halus.
gaul dengan secubit garam.
dan 1/3cawan fresh milk.
campurkan jugak 1sk butter atau merjerin.

Coleslow
Kobis bulat secukupnya.
Carrot kalau ada. macam aku takde. diam2 sudah. Hee.
1/2 biji bawang Holland potong dadu.
3sb mayonis. secubit garam dan black pepper.
gaul semua bahan hingga sebati. letak dalam peti ais.
makan sejuk2, sangat la terbaek.

Black Pepper Sauce
2 cawan air. 1kiub ayam.
1 cawan fresh milk
1/2biji bawang Holland potong dadu.
Didihkan semua bahan. masukkan black pepper
sebanyak mungkin. Warnakan sauce dengan
kicap. kehitaman  sauce adalah ikut suka hati.
bila dah mendidih. bancuh 3sb tepung gandum dengan sikit air.
masukkan dalam sauce. sebatikan dan perasakan dengan garam.
ikut tahap masin lidah masing2. lastly, letak 1sb butter.
untuk bagi nampak sauce tu shining sikit. :)


ini hiasan ala kadar. makan pon dah nak dekat 9malam.
mood nak hias cantik2 pon dah takde.
mana nak perap ayam lagi. memang tak sempat.
tapi syukur la. semalam kan hari kedua big day kami.
ada jugak la special nya even kelam kabut.
malam ni mungkin masak lagi tapi jenis ala Thai pulak kot.
insyaALLAH. tunggu okey. :)

 

3 luahan hati..:

Azmira Yusof said... [Reply to comment]

lapar lak tgk chicken niee ! kak nk sikit

Masya said... [Reply to comment]

terujanya.. sampai sekarang gagal buat sos tu sendiri.. macam sedapp jer tgk gambar... nak buat jugakk tapi mood kelautt.. sape nak buakan ni.. huhuhuhu.. terliur...

.:Mama Dhia:. said... [Reply to comment]

sedapnyer..nak jugak tp malas nak buat..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...