Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 15, 2012

Sup Tulang



masa cuti hujung minggu baru ni. aku buat sup tulang.
serius aku tak berapa pandai buat. main hentam je. aku tak berapa 
makan daging so memang tak minat la kan.
aku sebenarnya tak tahan dengan bau dan rasa lembu tu. :)
En. Boo Boo yang request nak makan sup tulang ni.
aku buatkan jela, dah kebetulan family mertua nak datang. .
rebus lama kot. . hampir 4jam ! tapi berbaloi-baloi. .
daging superb lembut dan lemak2 sekeliling tulang tu pon dah lekang.
resepi yang aku bagi ni. berdasarkan resepi belakang plastik
rempah sup bunjut tu. tapi macam kentang tu aku tak letak la.
dan ada bahan yang aku pandai2 tambah. Heee

RESEPI SUP TULANG

Bahan-bahan
  • 1KG tulang lembu + daging 200g
  • rempah sup bunjut
  • 5ulas bawang merah
  • 5ulas bawang putih
  • 1inci halia
  • 1sk lada hitam
  • 1sb minyak masak
  • 1paket sup bunjut
  • air secukupnya
  • daun sup + daun bawang
  • bawang goreng
Cara-Cara
  • rebus tulang sampai empuk. amek masa 2jam.
  • masukkan daging yang dipotong besar2. amek masa sejam++.
  • tumis bawang merah+bawang putih+halia yang ditumbuk kasar.
  • masukkan sekali dengan bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, pelaga                                  (ada dalam paket sup bunjut)
  •  tuang bahan tumisan dalam periuk sup.
  • masuk rempah bunjut serta lada hitam dan biarkan setengah jam lagi.
  • perasakan dengan garam. bila dah siap. tabur daun sup + bawang goreng. hidang. .
 
masa nak makan. jangan lupa hidangkan sekali sambal kicap.
amek 3ulas bawang putih. segenggam cabai burung.
blend kan sume bahan. letak kicap. kalau nak rasa masam.
perah sikit limau nipis. mmmm. . terangkat !
makan sambal kicap ni dengan sup ayam memang
aku suka. . tak payah nasik. ratah je. :)


7 luahan hati..:

::EIDA:: said... [Reply to comment]

Nanti nak try la.. hehhee~~ tapi lamanya.. malas lah pulak... perut dah berkeroncong bagai, daging tak empuk2 pun.. hiihihi

.:Mama Dhia:. said... [Reply to comment]

dapnyer sup tulang..lame tak makan..hubby pun suke jugak..hujung minggu ni leh la masak..

Siti Nursyuhada said... [Reply to comment]

sama... en.suami sue pon suka sup tulang leh cuba nie.. thanks ek

qaseh johanna said... [Reply to comment]

eida :: kena sabar masak sup tulang ni.. klu nk mkn tghari..dr pg lg dh kena letak dh..tp masa masak, semerbak rumah bau lembu..! werghhh..

qaseh johanna said... [Reply to comment]

mama dhia :: kuat lagi ke nak menunggu sup tulang masak..? hihi

qaseh johanna said... [Reply to comment]

sue :: haaa...geng ttc cam kita ni kena rajin ikat perut suami..belom rezeki ada baby lagi xpe..jnj suami syg smp mati.. :)

Mas said... [Reply to comment]

kak mas suka sup tulang....
selalu mesti letak cili kicap kaw2...
perhhhh....berpeluh2..he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...