Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 14, 2012

Resepi Mee Udang



oit. dah takde idea ni. abes gambar lama semua aku godeh.
lagipon sebenarnya pagi ni teringin nak makan mee udang.
nak cari mana la kan kat Midalley ni. . pernah buat sekali mee udang ni.
tapi tak berapa nak mantop.! lepas ni buat lain lah. .
gambar yang kat atas ni masa aku pergi makan kat Matang, mee udang Makteh.

RESEPI MEE UDANG

Bahan-bahan
  • Mee kuning
  • Udang bersaiz XL 15 ekor(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)
  • Bawang putih 6 ulas~di tumbuk halus
  • Lada kisar 4sb
  • Sos tomato 10sb
  • Garam
  • 1sb gula
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok dan potong 1inci 
  • 4sb bawang goreng
  • Sedikit kobis di potong memanjang
  •  air 4cawan
  • #UTK HIASAN# Daun sup & bwg goreng

Cara-cara

  1. Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkn lada kisar dan di gaul rata.
  3. Masukkan air,sos tomato biarkan hingga mendidih.
  4. masukkan udang,daun sup dan bawang goreng~ biarkn sampai udang msk.
  5. Angkat udang dahulu kemudian masukkan mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
  6. Angkat mee tadi dan boleh lah di hias dengan meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.. 
 
ini resepi yang aku godeh2 kat google. kalau ada yang sedap lagi.
kongsi la dengan aku. tapi ada jugak yang aku tengok letak belacan.
bahan yang lain lebih kurang je kot. beza pada kuantiti jela.
pada yang nak mencuba. cubalah. tak mngecewakan pon.
buat sendiri boleh makan lebih2. Hihi. .


5 luahan hati..:

Masya said... [Reply to comment]

nyum²... kalau dapat makan ni.. comfirmmm x moo toleh kanan kiri.. sampai habis...

Anonymous said... [Reply to comment]

pergh sedap nye ...
sumber inspirasi aku nk masak.
hahaha

Cik Ecah said... [Reply to comment]

udangnyer besau2...;)

Atiey-Demok said... [Reply to comment]

wahh sdapnye,,

Siti Nursyuhada said... [Reply to comment]

terliur tgk mee nie... thanks for the recepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...