Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, August 30, 2012

Pengaruh Fauziah Ashari

Yeah! Novel baru lagi. . Entah bila nak stop habit beli novel ni entah la. .
Sebenarnya ada kisah disebalik novel ni.
Pada hari kejadian. . Aku mintak En. Boo Boo belanja aku pizza.
Sempena nak celebrate rumah yang baru beli tu. :)
Tapi. . . Terlalu depan kedai buku. Terus aku singgah.!
En. Boo Boo taw dah, kalau aku singgah kedai buku memang lama. Jadi berlaku la soal jawab di situ jugak. .
" nak beli novel ke nak makan ni..? "
" nak dua dua boleh? "
" salah satu je!! "
" nak novel lah. . . Heee "
" uish. . Sanggup tak makan! Bagus bagus "

Jadi. . Aku pon dapat la novel. 2 novel.
Tapi En. Boo Boo cakap aku ni gila novel. Tak makan takpe asalkan dapat novel.
Tapi tak kurus kurus. Hoih!
Sebab orang cakap aku tak kurus plus nak belanja pulak.
Aku amek yang mahal mahal sikit. Padan muka!
Satu je Fauziah Ashari punya novel. Yang lain tu aku amek novel lain. Nanti aku update lain ye. . Lupa amek gambar sebenarnya!
Sekarang ni susah nak jumpa nukilan Fauziah Ashari ni.
Sebab dia dah tukar company, sama dengan Norhayati Berahim. . Yang dah berjaya dengan company sendiri.
Bukan lagi dah dengan Alaf 21 sebagai orang tengah. .
Sendiri tulis. . Sendiri cetak. . Sendiri edar. .
Kaya kaya kaya. .

Published with Blogger-droid v2.0.7

Tuesday, August 28, 2012

Berita gembira!


 Assalamualaikum. . Selamat Hari Raya. .

Harini takde idea nak dikongsi bersama. cuma aku ada satu berita gembira.
sekadar nak dijadikan sebagai kenangan kami suami isteri.
jauh sekali nak timbulkan riak ke apa. tapi maaf la pada yang cakap aku nak show off.
28 OGOS 2012.
Kami suami isteri akan ke bank petang ni. Nak tandatangan dokumen
untuk beli rumah. pinjaman perumahan dah diluluskan.
syukur alhamdulillah. Rezeki Allah di bulan penuh keberkatan ini.
tak mampu pon nak beli rumah baru ke apa, rumah second hand kat Bukit Beruntung tu je.
sesuai la dengan pendapatan kan. lagipon masih lagi dibawah harga mampu milik.
Yela. bawah RM 150K dapat rumah double storey.
memang la jauh dari bandar. tapi siapa yang tak pergi Bukit Beruntung lagi,
jangan cakap banyak ye. dah 2tahun lebih aku stay sana. 
aku dah nampak pembangunan yang ketara. yang pasti,
rumah tu nanti dekat dengan sekolah rendah, sekolah menengah dan surau.
rasanya boleh la tu. .
Tesco pon dah ada, Kedai 1Malaysia pon dah ada. dekat dengan tol,
kalau nak balik kampung. Cuma yang terkilan, komuter tak lalu belakang rumah.
Kalau tak, lagi syok. Heh.
 


Saturday, August 18, 2012

JEMPUTAN UNTUK SEMUA

 

ESOK DAH NAK RAYA KITA YE.
SELAMAT HARI RAYA. 
MAAF KALAU ADA KETELANJURAN KATA.

Untuk hari raya ke empat, aku ingin menjemput rakan rakan sekalian
bertandang ke rumah aku di kampung halaman nun.
kalau ada yang kebetulan lalu atau ke rumah sanak saudara.
semua boleh hadir. seikhlas hati aku menjemput.
untuk memeriahkan majlis Aqiqah baby Jasmin dan rumah terbuka sekaligus.
semoga dengan kegembiraan yang dikongsi bersama ni dapat mengeratkan
silaturrahim sesama kita.
majlis besar besaran sempena kelahiran cucu sulung ni.
jadi kalau nak tengok apa kelainannya, sila la datang ke rumah ye.
Jom kemas rumah. esok dah raya. yahoo.! :)


Friday, August 17, 2012

Tabiat Pemandu Berhemah Di Jalan Sesak


Eh dah nak raya kita semua ye.
ada lagi ke yang nak buka blog time nak raya ni.
aku pon dah nak balik kampong petang ni.
seperti jangkaan semua. sesak adalah 3 kali ganda dari biasa.
yang biasa time nak raya tu dah memang sesak.
ni tambah pulak 3 kali ganda.
super duper sesak la ni ye. . Huh!
stop. jangan merungut lagi ye. redha jela.
masing2 sibuk nak beraya kat kampong kan. jadi bersabar adalah caranya.
pada yang balik ke kampung halaman harini dan esok.
berhati hati la ye. kalau sesak tu ignore kan je.
jangan tension2. aku relaks je.
yela sebab bukan aku yang drive ye dak. ? Hihi
ingat orang tersayang di kampung halaman.
dan pada 'pemandu berhemah' yang selalu ikot lorong kecemasan tu.
aku benci kamu semua. sangat!
aku harap la ada polis atau pihak berkuasa pantau benda ni.
kalau tabiat macam ni, bukan lagi cepatkan perjalanan.
menyusahkan orang lain adala. karang sibuk nak himpit kereta kita jugak.
semoga sedar diri la pada 'pemandu berhemah' tu ini tahun.
ingat sikit, kamu diperhatikan..!


Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya 1433H


Kad raya digital ni aku tuju khas untuk semua pembaca blog qaseh johanna.
aku taknak poyo sangat tapi aku taw, ada jugak la pembaca tetap blog ni.
terima kasih sebab bagi sokongan yang tak terhingga.
untuk Aidilfitri yang ketiga sebagai suami isteri, kami masih lagi berdua.
nak kata sedih tu tidak la, mungkin sebab dah 2tahun bersama tanpa orang ketiga.
Jadi perasaan tu takde la terasa sangat. masih ditahap biasa. .
sebab tu pada kad raya yang aku titip untuk sahabat semua, cuma berdua.
sorang kecik sorang besar. . buat la andaian sendiri, yang pasti jangan bagi aku dengar!
cuma tahun ni, beraya dengan 2orang baby baru maka bajet pon bertambah.
syukur alhamdulillah.

Apapon dikesempatan ni, ingin aku meminta maaf diatas segala isi hati 
yang aku karang di sini, menyakitkan hati sesiapa saja.
kalau ada aku terkomen yang bukan-bukan sehingga buat korang taknak lagi jenguk blog
aku, mohon maaf banyak-banyak. sometime, kita tak perasan kekhilafan diri.
sentiasa menganggap diri kita yang terbaik sedangkan kita sebaliknya.
dan yang terakhir, yang paling selalu aku buat adalah tak berkunjung balik 
pada komen yang ditinggalkan.
itu yang paling aku susun jari kaki jari tangan semua.
Kalau aku sibuk, memang aku susah nak berkunjung balas.
waktu yang terhad selalunya aku akan update post baru saja.
kalau di rumah memang jarang online. ada orang yang perlu perhatian lebih.
Ampunkan aku ye kawan kawan semua.
Maaf zahir batin.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 Kerbau Tok Imam pasang pelita,
Anak ayam Dolah main rama rama,
Tangan dihulur, kamaafan dipinta,
Harap dilupa segala sengketa lama.



Saman serta-merta guna lorong kecemasan


IPOH - Awas kepada semua pemandu kenderaan yang gelojoh menjadikan lorong kecemasan di sepanjang lebuhraya di negeri ini sebagai jalan pintas pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Ini kerana JPJ Perak akan mengeluarkan saman serta-merta kepada pemandu terlibat dan tiada kompromi berhubung kesalahan tersebut.
Pengarahnya, Ramli Awg Seberang berkata, penguatkuasaan selama empat hari pada 17,18,25 dan 26Ogos itu akan dilaksanakan melalui rondaan bermula dari Parit Buntar hingga ke Tanjung Malim. . . . ( nak baca lebih-lebih, sila beli. .tak kuasa nak taip panjang-panjang)

 Yess. aku suka berita macam ni. biar padan muka orang yang tak berhemah tu.
macam dia sorang nak cepat sampai kampung kan.
yang aku marah sangat ni sebab kalau kereta yang ikut laluan kecemasan 
tu nak mencilok masuk bila nampak polis atau JPJ, mesti En. Boo Boo bagi laluan.
aku yang geram. nak bagi hon pon dia tak bagi.
En. Boo Boo cakap, biarlah. . kita tolong orang, nanti orang tolong kita.
Masalahnya pernah ke abang tu mencilok cilok bagai.?
penyabar sungguh dia. aku pulak yang jenis hangat membara.
padahal kalau balik kampung, pegang stereng pon jarang sekali.

Tuesday, August 14, 2012

Coklat Pengganti Kad Raya


kad raya. masih ada lagi ke yang guna kad raya.
aku rasa sejak lepas kawen, aku dah tak pernah nak bagi sapa sapa lagi.
stop terus. kat En. Boo Boo pon aku tak bagi dah.
dah nama pon duduk serumah kan. jadi malas la aku nak bagi kad.
lagipon, aku ni bukan jenis yang romantik bagai. biasa biasa aje.
tapi kan. . dekat opis ni, ada 2orang yang bagi kad pada suami dan isteri masing2.
lepastu sibuk suruh aku bagi kad jugak.
ala. . tak bes la bagi kad. . tak boleh makan. Hehe.
memang dasar perot besar kan. semua benda kalau buat fikir pasal makan je.
okey. sebagai langkah bijak. kita gantikan kad raya tu pada 3bar coklat.
ni semua sebab asyik kena tanya je, aku pon buat la kelainan sikit.
malas nak beli kad, kita beli coklat. En. Boo Boo tu peminat tegar coklat,
berbanding aku yang tak minat dengan coklat ni. kalau diberi pilihan,
baik aku makan kek pisang dari kek coklat.
see, kan aku dah cakap aku ni spesis oldies sikit. tapi tu la aku.
En. Boo Boo tua dari aku 6tahun tapi cara makan, macam budak budak.
Heee. maaf abang. sebenarnya nak describe betapa comelnya abang. Hihi
nanti raya minta maaf okey.
bila dah wrap cantik2. macam ni la rupanya.
bagi sekali dengan duit raya. mesti menarik kan walau nilai kat dalam tu tak seberapa.
jadilah. ini namanya bodek suami sebab petang ni balik kerja,
nak singgah kedai emas. weee. .
eh, tapi coklat ni ikhlas taw. . tak baik kutuk belakang.
Bye.



Bahulu Moden


Hai kawan semua. kesibukan masih melanda. mood nak kerja dah sampai laut.
sebab hati dah sampai kampung. dah bau ketupat dan sambal goreng mak.
tapi kerja banyak lagi nak berhantar. rasa nak cuti awal la.
dah alang2 sembang pasal raya. apa cerita korang punya persiapan.?
harini jom borak pasal kueh raya sepanjang zaman.
aku ni jenis oldiest sikit. tak minat sangat kueh yang baru baru.
ada macam macam pon still hati melekat dengan semprit dan bahulu.
tart nenas pon ok jugak. tapi selalunya memang semprit la aku suka makan.
macam orang tua takde gigi kan.? Hahaha.
tahun ni aku beli kueh raya lama yang dah dimodenkan.
boleh terima pada tekak aku la kan. . tak rasa janggal sangat pon. sedap jugak.
macam mana.? menarik tak bahulu gaya baru ni.?
bahulu polkadot.! taknak kalah dengan apam polkadot taw makcik bahulu ni.
dalam dia pon ada jem mengikut warna dot dot kat luar tu.
hijau = kiwi
purple = blueberry
merah = strawberry
oren = oren
dah habis setengah balang pon aku makan. sebab sekali makan mesti kena 4bjik sekaligus. baru feel makan setiap warna satu. betoi tak.?
En. Boo Boo tak suka sangat.
dia suka kueh raya yang rangup rangup dan bercoklat.
tahun ni siapa yang datang rumah aku merasa la makan bahulu polkadot ni.
spesial ni. . takde kat tempat lain. orang Taiping je boleh buat camni.
jangan jeles arr. Hihi



Monday, August 13, 2012

Syawal yang bakal tiba :)


25 Ramadhan. . sekejap je dah nak abes bulan puasa.
Bahang raya dah makin terasa. Mesti semua orang dah siap baju raya,
tudung raya, kueh raya, kasut raya. . macam macam raya lagi la. .
aku harini nak lepas gian jap, dah lama tak menaip entri kat pc ni.
selalu online kat henpon, rasa tak puas la.
sebab tak boleh nak karang panjang lepas tu tak puas menatap kat skrin tu.
sempena lebaran yang akan datang ni,
aku dah sediakan keperluan untuk rumah aku tu seadanya.
tapi takde la beria sangat sebab rumah sewa lagi.
ala kadar jela lagipon beraya kat kampung kan. Balik sini baru terima
tetamu. Kawan kawan semua dijemput hadir la ke rumah aku tu.
kueh raya dah beli berbalang balang. itupon ada lagi 3balang. En. Boo Boo beli
dari tempat kerja dia. banyak sungguh aku tengok kueh raya tahun ni.
mmm. . ada orang nak buat open house ke tahun ni.? Hihi
kalau ada rezeki lebih apa salahnya ye tak abang. .?
sejenis biskut pon belom merasa lagi ni. aku saja taknak buka lagi.
karang dah buka, nak isi dalam tupperware pulak, takut lemau.
En. Boo Boo tu suka makan kueh raya. kalau banyak pon takpe, sure habis.
pagi tadi dah ada yang teringin nak makan tapi aku tahan.
diam jap. kang malam ni kompom terkorban jugak kueh raya tu.
kalau dah nama kueh raya, mesti ada balang sekali kan.?
kalau tak macam tak menarik aje. masih guna yang tahun lepas punya.
 tupperware. bekas sepanjang zaman. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Haaa. sembilan bekas tu. ada lagi selebihnya tinggal dalam kotak.
tahun ni bawak keluar sembilan dah la. lagi banyak bekas, lagi banyak nak kena basuh.
senang guna yang tupperware ni. simple je. dan yang penting mudah nak handle.
takde kes nak sentap sentap kalau balang kueh raya bergolek golek masuk bawah sofa.
mmm, dah la. . sejam aku menaip entri pendek camni.
ada kerja banyak ni. tapi gigih nak menaip jugak.
boss jeling jeling dah. tapi nak jugak buat macam tak nampak.
bila SKT rendah, mula la nak meraung ye tak. hehe
tapi setakat ni aku takde sampai tahap camtu. masih dalam tahap A- lagi.
okey. bye.

Friday, August 10, 2012

Goodies Raya

Untuk seminggu ni.. Online guna henpon jela..
Busy yang amat. Tapi masih update blog. .
Sebab nanti ada yang tanya. . Kawan2 yang rapat dan daily buka blog ni. . TQ :)
Okey semalam, aku dah siapkan hampir 200 uncang goodies. Alhamdulillah. .
Semuanya untuk raya ni la. . Untuk budak2 yang beraya pusing kampung tu.
Dalam uncang tu ada sekali duit raya. .
Ini merupakan tahun kedua kami buat macam ni untuk family En. Boo Boo.
Family aku dah lama dah buat macam ni setiap kali raya.
Disamping duit raya, ada jugak la manisan. .
Seronok la sikit budak2 yang terima nanti. .
Ada sumi. Ada keropok. Ada lolipop. Ada mentos :)
Duit raya disimpan.. Manisan dimakan..
Rezeki untuk budak2 kan.. Raya ni yang paling seronok dah tentu budak2..
Kita yang dah berumur ni pon seronok jugak.
Rezeki yang lebih biarlah berkongsi kan. .
Mudah mudahan rezeki tu akan bertambah :) Aminn. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 9, 2012

Bukan duit cina mati!

Cantik kan duit baru RM20 ni. Kaler pon comel.
Maaf la. . Sekarang ni aku busy sangat.
Ada drawing tender yang nak kena hantar. .
Kena submit sebelum raya. Uhuk uhuk..
Itu yang semua post pendek2 belaka.
Eh, ada khabar angin yang cakap duit kita latest design ni tak cantik.!
Pandai2 jela. . Suruh design sendiri baru taw.
Pelik aku dengan mental masyarakat kita ni.
Semua tak puas hati. Kutuk macam2. .
Duit monopoli la. Duit cina mati la. .
Lepas ni, kalau susah sangat guna syiling jela.
Suka benor nak protes orang. Dosa weh dosa!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday : Duit Raya :)

Yeay. . Jom semarakkan raya yang bakal tiba
dengan bersedekah. Bagi duit raya tu kira sedekah la kan. . Nah. . Untuk kawan kawan :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

padah ke pasar Ramadhan!

Semalam 17 Ramadhan..
Aku pecah rekod sendiri.. Konon nak kekalkan
untuk tak pergi pasar Ramadhan. .
Tapi tewas jugak. Tak tahan dugaan la aku ni.
Sampai PARAM, semua aku tengok sedap!
Beli la macam2 tu pon ada 3,4 jenis yang kena larang lepas dijeling2. .
En. Boo Boo taknak bayar. Aku bayar sendiri.
Bila tak habis makan kompom kena marah.
Akibatnya semalam terlepas terawikh. .
Harini ingat taknak la ke PARAM lagi.
Nanti semua teringin. Semua sedap. Semua nak beli. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 6, 2012

Rahsia Kulit Cerah Lisa Surihani

 cantikkan Lisa Surihani ni.?
muka comel, kulit putih gebu. siapa yang taknak perempuan camni.
harini aku saja propa guna nama Lisa.
sebab dia kan popular. jadi aku nak tumpang popular nama dia la.
maaf la ye. jangan saman aku pulak!
Hehehe. aku puji kot yang dia cantik berseri.
sebenarnya aku nak berkongsi sesuatu. pasal kecerahan kulit tubuh.
caranya adalah dengan tumbuk sebiji kunyit hidup
dan terus gosok pada tubuh badan kita.
biarkan selama 15 minit dan bilas.
Amalkan sebulan sekali dan pasti kulit kita akan menjadi cerah.

Secara jujurnya, aku pernah buat 2 kali.
tapi dengan bau kunyit yang menusuk hidung plus ada kesan kuning diRaja
pada ketiak aku. terus aku tak buat.
sebab susah kot nak cari kunyit hidup yang fresh time tu.
maklum la masa tu stay kat Sri Gombak dengan geng bujang.
semua la sibuk nak bagi cerah itu ini. Hihi
konon2 nanti kawen, suami tengok segalanya cerah.
padahal, @#*&%$*. . Lakonan semata mata! Hehe
Ye aku cuma cuba amalkan pada ketiak saja ketika itu.
sebab tempat lain dah memang cerah. Hahaha
perasan.!
eh, kalau kawan2 perhatikan, petua ni banyak diamalkan
oleh kaum India. Terutama semasa datang bulan.
Bertujuan untuk menghilangkan bau kurang enak badan
disamping mencerahkan kulit wajah.




Saturday, August 4, 2012

satu hari, satu jengkal..

Pernah dengar mak @ opah kita cakap macam tu..?
Selalunya ditujukan pada baby la kan..
Arwah tok aku pernah cakap camni..
"budak kecik ni, satu hari satu jengkal akal dia bertambah".
No wonder la kan si budak kecik Jasmin tu dah
pandai menangis dan menyebek mintak angkat!
Sebelum ni, nak dengar suara dia pon susah okey..
Kalau berjaga tengah malam tu, diam je main sorang2.. Kita pulak yang geram..
Nak bagi menyusu pon jenuh kena kejut!
Bagi mandi pon boleh tido dalam besen mandi.
Time poo pon boleh tido lagi sampai tak sedar diri.
Kalau pee sampai basah barut pon still nyenyak.
Sekarang..?????
Sebelom tido kena tepuk bontot dulu, dah lena
betul2 baru boleh letak. Tu pon still kena tepuk lagi.
Buka je mata, dah pandai buka mulut sekali nak minta dukung.
Setakat nak sembang2 sambil baring, sorry to say. Kena berkawad pusing2 dalam rumah sambil sembang2.
Pantang sangat kalo dah nak tido tu, ada orang sebut nama dia.
Kompom celik mata pastu terkebil2..
Bab mandi masih okey lagi cuma dah pandai
membuas dalam besen dia.. Kaki dah tak diam..
Aku tulis catatan ni sebab aku kena mengasuh
Jasmin dari malam tadi dan sepanjang harini..
Datang teman Angah sebab suami dia ada hal.
Sangat mengantuk. . . Jasmin baru lena lepas poo dengan banyak..!
Huwaaaa.. Aunty long rasa terdera taw!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 2, 2012

Bahaya Makanan Dipanaskan Semula



Memang dah jadi tabiat kita sepanjang bulan Ramadhan ni.
segala lauk pauk atau juadah berbuka yang tak habis dimakan semasa
berbuka akan disimpan dalam peti sejuk.
Sebenarnya perbuatan kita yang sedemikian rupa boleh mendatangkan kesan
pada diri sendiri secara tak langsung.
ini kerana makanan tersebut telah menjadi seperti sarang bakteria.!
bakteria dan kulat suka membiak pada hidangan yang berbaki dan disimpan
di dalam peti sejuk.

Sebagai langkah keselamatan disamping mengelakkan pembaziran,
dan supaya tak makan makanan yang disimpan terlalu lama,
jangan masak terlalu banyak. Masak untuk sekali waktu makan je.
macam aku, memang masak untuk sahur aje.
sebab masa berbuka lebih kepada makan kuih muih atau roti. simple kan.
jadi memang sahur tu adalah dengan lauk yang fresh di masak.
Oleh itu, sila buang makanan yang sudah disimpan 
dalam peti sejuk yang melebihi seminggu.
Jadi kawan kawan tolong ubah cara dan kaedah ye.
Jangan jadikan amalan yang tak bagus ni sebagai tabiat yang berkekalan.
macam cari penyakit pula kalau kita dah tahu tapi buat buat tak tahu.
tapi kalau nak masak time sahur, memang bersengkang mata la.
4pagi dah masuk dapur. Hehe



Wednesday, August 1, 2012

novel baru di bulan Ramadhan



"Panggil Aku Kiah"
"Miss Pisau Cukur"
Main sambar je kat MPH tadi..
Mana ada kat rak 'highlight' je aku tengok!
Yang novel "Panggil Aku Kiah" tu aku baru jumpa..
Dah 2 3 kali cari kat kedai buku tapi selalu sold out..
Dah jumpa.. Rasa syok sangat..
Orang mesti cakap, orang lain bulan puasa,
mengaji atau bertadarus segala..
Aku p baca novel..
Takpela.. Bukan semua benda kita nak cerita
kat orang lain ye dak..??
Selamat berpuasa dan beribadat kawan kawan..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...