Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 31, 2011

Anak M E R D E K A !





S E L A M A T   H A R I    R A Y A

+

S E L A M A T   H A R I   M E R D E K A

buat semua teman2 yang masih sibuk beraya sakan.
dan yang paling penting untuk si bam bam ni.
MUHAMMAD ADAM RAYYAN

harini genap umur Adam setahun. tapi setahun yang lalu.
Adam lahir masa bulan Ramadhan. iaitu 21 ramadhan. dah nak raya pon.
sebab tu la si bam bam ni dapat duit raya yang sangat banyak.

Adam. Selamat Hari Lahir Yang Pertama.
semoga Adam jadi anak yang baik budi pekerti seperti yang mama + papa doakan hari2.
dan yang penting Adam akan berjaya dan dimurahkan rezeki selalu.

Adam ni anak kepada Fazrul + Kak Fifa.
comel kan si bam bam ni. cepat2 jalan ye nak.. :)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
entri yang ditaip pada 21 Ramadhan sempena kelahiran mu dalam bulan Islam
dan di publish pada 31 Ogos.






Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 1432H





S E L A M A T   H A R I    R A Y A

 M O H O N   A M P U N   &   M A A F


Cerianya melihat senyuman di wajah sekalian adinda,
Baju baru bersulam manik bermacam warna,
Makan ketupat, lemang dan rendang biar berpada,
Ingatan tulus ikhlas untuk pembaca Qaseh Johanna.








 


Thursday, August 25, 2011

"Di sebalik nama"



Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
Kuih yang dicipta oleh Sam Polis Trafik= Sampreeeeettttt
kuih yg bangun sendiri= kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= kuih makmur
kuih paling lembap= kuih siput.....










 


Wednesday, August 24, 2011

balik kampung ooO balik kampung..




selamat pulang ke kampung halaman kawan2 semua. mesti semangat dah berkobar2 kan.?
masa entri ni dipublish. aku mungkin dalam perjalanan ke kampung halaman.
aku hantar En. Boo Boo ke klinik pagi tadi.

so terus balik kampong..
mmmm.. dah terhidu aroma seri muka dan popia goreng mak di kampong.
cucur badak dan mee kuah. yummmeh.!

doakan keselamatan kami berdua ya.
Berhati-hati di jalan raya. semoga kita selamat tiba ke pangkuan keluarga tercinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri  :)







Wordless Wednesday : Kurus!




berbuka puasa beberapa hari sebelom balik kampong..! ~2007~










Tuesday, August 23, 2011

Indahnya beraya di desa





 Salam 23 Ramadhan. Alhamdulillah pada mereka yang dah puasa penuh.
pada yang ada ponteng2 tu. sila la ganti balik ye. jangan segan2. hehe.
hari ni aku sangat hepi sebab nak dapat kuih raya.

tempahan yang aku buat sebelum puasa lagi.
sebab kang masa bulan masa kalau tempah. tak boleh nak rasa kan.
gembiranya dalam hati. balik umah nanti. terus isi kuih raya dalam bekas kuih.
sangat teruja okey.  :)

time2 ni dengar lagu raya terutama Dendang Perantau.
mula la terasa mencebik muka. sungguh menyayat hati taw. tapi apepon.
esok aku dah balik kampong.. yeaay.!








 


Monday, August 22, 2011

1...2...3...4...





1year, 2months, 3weeks and 4days.
sekejap je masa berlalu. masa susah dan senang.
masa jatuh dan bangun.

indahnya hidup bersama kamu wahai En. Boo Boo  :)











Presenting...Jalapeno Cheese


Jalapeno cheese ni aku beli hari Jumaat.
dengan harga yang berbaloi dengan rasa. aku puas hati.
2hari taw buka puasa dengan Jalapeno Cheese ni. memang sedap.!

sapa yang nak tambah berta badan. sila la beli.
En. Boo Boo la paling suka. nak plak cecah dengan wedges kan.
memang berbaloi la. rasa pon sama dengan cheezy wedges.

menu Sabtu  :)
itu hari Sabtu punya. hari Ahad aku buat roti poket.
En. Boo Boo nak gak makan dengan Jalapeno Cheese ni.
nak siram atas roti tu. wedges pon suh aku goreng gak. haih.

menu Ahad   :)
harini aku dah tak taw nak masak apa. mungkin buat sosej roll je kot.
pastu g bazar Ramadhan beli apa2 kueh yang manis.
sebab aku dah tak buat puding @ talam lagi dah.
maklom la dah nak balik kampong.!















Raya ooO Raya


Salam 22 Ramadhan.

wah cepatnya masa berlalu. dah nak raya la kita.
tak sabarnya nak balik kampong. aku balik kampong Rabu ni.
awal taw aku balik cuti maklom la belom sempat berbuka kat kampong lagi. mmm tak sabarnya..


ini bekas kueh raya yang baru. tahun lepas guna yang warna warni. tahun ni beli baru.
tapi beli lama dah. guna Tupperware senang.
kang kalau ada budak2 kecik yang datang. diorang nak kasi tunggang terbalik pon takde hal.
kalau pakai yang kaca tu. mau sentap weh kalau pecah. walaupon muka nampak cool. hehe

bila bekas kueh raya dah wak kuar. rumah dah ubahsuai kedudukan perabot.
makanya semangat raya tu memang dah tak leh elak lagi dah.
memang tak sabar2 dah ni nak balik kampong.!
cuma langsir ja tak berganti. guna langsir raya Haji tahun lepas ja.
 sebab orang pasang langsir tak boleh memanjat! hehe


dalam rumah sudah cantik. so kat luar pon mesti la cantik jugak kan.
rumput2 serta lalang2 yang separas betis bunting padi aku ni pon dah kena tarah.!
depan belakang aku upah orang bagi clear. sedap mata memandang.

nak balik kampong pon dah puas hati. dah rasa yakin nak tinggal umah.
harap2 semuanya berjalan dengan elok jela sepanjang 2minggu kami kat kampong.
aminn.










Friday, August 19, 2011

bahang Raya sudah terasa.!


Salam 19 Ramadhan..
alhamdulillah pada yang masih berpuasa. pada yang tak puasa tu.
nanti jangan lupa makan. hehe

okey. tahun ni orang lain semua shopping raya. aku ja slow.
takde shopping yang bes2 pon. semalam cuma beli baju En. Boo Boo.
aku pulak cuma beli skirt 2helai. jadi la.


nak meriah sangat pon tak guna. sebab tahun ni tak kemana.
tapi kasut baru tetap beli. setiap kali raya.
bagi aku, baju n kasut baru itu wajib.!

yang lain tak dapat pon takpe. tapi tahun lepas lagi bes.
dapat cincin + rantai baru. maklom la bonus En. Boo Boo kan lebat. hehe.
tahun ni ingat nak beli loket besar tapi kecik sikit dari masa nikah + nikah dulu.
dah tak jadi plak sebab masalah kewangan. **laki den xkojo..!


nilai kasut aku yang dua pasang tu tak sama harga dengan kasut En. Boo Boo yang sepasang ni.
aku beli 2, dia beli 1 tapi dia punya lagi mahal. aish.!
padahal nanti dia pakai sebelah je. sakit ati i taw..
tapi yang pasti kompom tak ilang ni kalau pakai p semayang raya sebab pakai sebelah je.
hehe  :)







Thursday, August 18, 2011

Cerianya Ramadhan


Sempena Ramadhan yang ke 18 ni.
lagi sekali aku nak letak keindahan warna dari dapur rumah aku.
pada aku. kalau kueh tu tak sedap pon jadi sedap kalau kita buat dia jadi menarik.


taaadaa.. cantik dan mantop tak kueh ketayap aku ni.?
spesel ni. takde kat tempat lain. hehe.
akibat bancuhan yang terlalu cair. makanya niat asal untuk wat polka dot tak menjadi.

kira ok la tu kan. walaupon nampak celoreng2 cam tentera darat je gamaknya!
ini aku buat semalam. simple je. semalam buat inti n semalam gak aku abeskan inti tu.
ala.. buat pon cuma 8 bijik.


ini pulak tepung talam simple. memang sedap n menyejukkan tekak.
senang je. takyah nak susah2 kukus. nak resepi. sila melawat ke rumah Kak Ita.
tangan Kak Ita ni superb power. dia punya talam lagi cantik.

siap boleh dimarblekan lagi. aku punya dah tak sempat. belasah jela ye.
tapi walaupon tak sehebat Kak Ita. rasanya kompom sama.
bahan pon sama. mesti la rasa sama kan.

semua ni senang2 ja. resepi kueh yang dulu kala.
time tok nenek kita lagi dah ada. tapi bila sampai kat insan2 kreatif cam aku.
semua tu boleh berubah bentuk dan warna. hehe  :)











AKU SUDAH.. KAU..?






 ALHAMDULILLAH.
dah selamat kami berdua menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.
aku sudah.. korang dah ke..?
 kalau yang belom tu.. cepat2 la ye..











 


Dugaan orang tidak berpuasa..


Selama beberapa hari aku tak masuk opis. dugaan banayk betol bulan posa ni.
aku dapat MC 2hari. sebab sakit telinga + telinga berdarah.
dan semalam aku tak masuk opis sebab aku ingat cuti umum.

padahal KL tak amek Nuzul Quran sebagai cuti umum.
so maknanya EL la semalam aku ni. sengal betol la. aish.
yakin sepenuh jiwa aku cakap semalam semua cuti. sampai la boss aku kol. hehe.

dan sempena 18 Ramadhan. aku masuk opis semula.
nak jadi cerita. dah tren pulak buat hal. tren 6.15am yang selalu aku naik tu ade masalah.
bukan dekat Rawang, bukan dekat Serendah tapi di Rasa. jauh sangat.!!

makanya dengan muka sememeh belom mandi. siap dengan makan ubat batuk lagi.
En. Boo Boo yang bawak aku datang opis dengan jayanya.
pagi tadi dia anta aku ke stesen Rawang. tapi tren takde so dia terus anta ke opis.

dan pagi ni aku sampai opis dengan awalnya.
6.58am aku dah terpacak kat depan pintu masuk. hehe.
tapi arini kerja sangat banyak. so kena rajin2 la kan. tak boleh dah pegang prinsip
"Jangan Kerja Rajin"



 dalam cerita kat atas. agak2 korang la kan. sapa yang tak posa..?? :)








 


Wednesday, August 17, 2011

Kisah Seram.. Lemah jantung jangan baca!!



Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah.
Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja...
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. 

Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya 
" Apahalnya cik adik malam-malam buta kat sini? 

"Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??" 

Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu... 
'' Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak." Terkeluar dari mulutnya.. 


Tapi hatinya masih lagi was-was... diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. 
Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. 
Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya...seolah-olah takde apa yang berlaku. 
Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni...seorang diri pulak tu...
Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu...
Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! 
Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... 

Tiba-tiba...dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi .
Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. 
Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk . 
Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. 
Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. 
Menampakkan giginya yang putih...ditambah lagi dengan baju yang dipakainya.... 

Dia pun beranikan diri dan bertanya.. 
''kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni?? 

''ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat...Saya ada kelas yasin...'' jawab perempuan tu 

''Tapi.. putihnya lain macam aje...tak pernah pulak saya tengoknya '' tanya lelaki tu lagi. 

''Apa yang lain nya... sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??'' 

'' Eyea...lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya...'' 

'' Alah apa yang seramnya...???'' 



.....




.....




.....




.....




.....




.....




.....




"Pakai aje le pencuci BOOM, kuasa yang mengeBOOMkan!!"













Friday, August 12, 2011

Jumaat yang Barakah





mudah-mudahan semuanya elok dan sihat2 saja di pagi Jumaat ni.
harini aku dengan hati yang gundah gulana, serabut perot.
nak bawak En. Boo Boo ke KK Rawang.
nak amek result hasil spesimen yang diorang amek 3hari berturut-turut.

semoga aku di khabarkan berita suka tanpa duka. aminn.







 


Thursday, August 11, 2011

Terima Kasih En. Boo Boo





sepanjang Ramadhan ni. ini le kerja En. Boo Boo kat rumah.
dia mengopek bawang besar n bawang putih banyak2.
sampai penuh bekas eskrem tu ha.

kalau penuh bekas eskrem ni, dekat 1/2 kilo gak la bawang besar.
bawang putih dalam 5-6 labu. jadi la kan.
memudahkan kerja aku tu.

maklom la sampai umah pon dah lewat kan.
mane ade mase nak kopek bawang, nak masak juadah berbuka lagi.
kalau dah siap2 kopek camni. kan senang kerja. amek je dengan senang hati :)













Kecur air lior teman..



dah lama tak pegi pasar malam. selalu aku pergi pasar tani je setiap Jumaat.
dah berkesempatan, aku pon beli la kerang ni dalam RM2.
untuk sekali makan. mula2 tengok pon aku dah tergoda sebab putih suci je kerang ni.

niat dihati nak rebus cecah dengan sambal kicap time saho. sedapnya.
tapi bila pikir2 balik. tak sesuai kot nak makan camtu time saho. hehe
dah le semalam sakit telinga, kang bertambah sakit perut plak.

lastly. malas pikir panjang. beli koew teow sebungkus.
kucai + tauge.. terus jadi koew teow goreng makan masa berbuka semalam.
lepas la satu menu untuk sehari berpuasa. alhamdulillah.


harini koew teow ada lagi 2/3 bungkus. nak buat sup plak la.
kerang dah abes. tinggal sotong n udang je. tapi kalau buat koew teow ladna pon mengancam ni.
sluuurrpppp.!










Tuesday, August 9, 2011

Rezeki pada 8 Ramadhan



Sempena 8 Ramadhan semalam. aku ajak En. Boo Boo
berbuka di luar. saja la. bagi dia kena angin luar sikit. walaupon cuma sekejap.
dan semalam jugak En. Boo Boo belajar berjalan dengan 1 tongkat je.
alhamdulillah. usaha tu penting ye.


nampak tu. dah bersedia nak berjalan keluar. sangat aku suka.
rupanya seminggu ni dia berusaha sungguh2 time aku keje.
bila dia dah boleh pakai tracksuit, aku lagi la suka sebab aku tak suka dia pakai short.
pantang aku kalau jenis suka tayang bulu kaki ni.!


dan ini le tempatnya kami berbuka semalam. kedai biasa ja tapi mahal jugak la pada aku.
mula2 ingat nak makan steamboat tapi tingkat atas ditutup sebab ada masalah ekon.
so makan biasa2 jela.


ini je pon yang kami makan semalam. tapi kenyang tak ingat sebab kami berbuka cuma makan kuih2.
tapi dah namanya nak kelainan. nak makan steamboat tak dapat.
makan le nasik. sekali senak daa.


semalam aku balik kerja, aku singgah kedai ni untuk order dulu.
masa pegi pon. meja dah banyak yang kena tempah.
suasana kedai takde la mabeles sangat tapi harga dia. mak aih. mantops..!

aku cuma order nasik goreng ape ntah sebab guna bahasa cina. aku tak ingat tapi macam nasik goreng kicap. ada udang + ayam. tom yam seafood.
sotong rangup n baby kailan ikan masin. air limau suam n jus epal.
semua dengan harga RM 45.50.

kalau kat kedai Melayu yang kami g tahun lepas kat Gombak.
siap ada ikan siakap 3 rasa n telor bungkus lagi.
harga lebih kurang je. still bawah RM 50. haih. baru nak berjimat.
















Genap 12jam





H A P P Y   B I R T H D A Y
H A P P Y    B I R T H D A Y

H A P P Y   B I R T H D A Y

H A P P Y   B I R T H D A Y

 YANG KE-26


semoga segala suka duka yang kamu harungi semalam dan hari ini
akan dibalas dengan kebahagiaan yang tiada lagi penghujungnya.

sesungguhnya apa yang terjadi pada diri kamu hanyalah ujian dari ALLAH.
Selamat Hari Lahir Yang
Ke-26 tahun dan 12 jam.!






 ikhlas dari : me + En. Boo Boo :)





 


Ubat pening di pagi hari





Sempena 9 Ramadhan ni. untuk pertama kalinya aku bangun lambat time saho!
5 AM ye..! selamat le aku jenis masak nasik n lauk siap2.
tapi pagi tadi sayur kailan yang aku dah cuci n potong siap2 pon tak sempat masuk kuali.

cuma sempat buat air teh. panaskan ikan cencaru sumbat.
pastu makan nasik dengan kicap. selamat le cencaru sumbat tu dah siap bersambal.
sedap gak la makan nasik. haih.

oleh sebab pagi tadi bangun lambat n mengejut.
makanya pagi ni aku rasa pening2. rasa macam nak landing je dalam surau saat ni.
tapi aku segan sebab pagi2 ni ade kakak2 yang bertadarus. yang aku plak membatak tido!

tapi bila ja aku baca BERITA TERKINI ni.
terus rasa berbunga hati aku. rasa cam ada orang hadiahkan BlackBerry Torch kat aku.
camtu la perasaan aku sekarang ni. :)

aku pecaya pada sumber tu sebab dia ni kira orang penting di bahagian Kewangan. hehe
walaupon cuma sedikit. tapi syukur sangat.
nak pulak untuk insan seperti aku di saat2 suami tidak berkerja dan bergaji.
alhamdulillah..







 


Monday, August 8, 2011

08.08.2011..kau sudah tiada

- sambungan dari kisah ini -
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kalau dulu.. semuanya menyakitkan hati aku.
Kalau dulu.. aku rasa tanpa kamu pon aku masih boleh bekerja.
Kalau dulu.. kamu la yang menjijit segala barang dapur yang aku shopping di C4.

Hari ini aku sunyi tanpa sahabat yang boleh menemaniku seperti kamu..
Hari ini baru aku sedar yang kamu adalah penting..
Hari ini baru aku kenal rindu pada setiap usikan dan ejekan kamu..

Jiran yang berbulu..!

Dan tanggal 08.08.2011. kamu kini telah berkhidmat di tempat lain.
jauh dan sangat jauh. yang membuatkan aku makin sukar untuk bertemu dengan kamu.
selamat berjuang di tempat orang.

bila kamu berada di atas. jangan lupa kami yang di bawah. 
sesungguhnya rezeki kamu sangat berlimpah ruah di sana. yang penting.
jaga diri. hiasi peribadi. tingkatkan keyakinan diri.

aku minta maaf sekiranya sepanjang kita berjiran aku ada terkasar bahasa.
membuli kamu sesuka hati. kamu adalah jiran aku yang terbaek.
halalkan segala limau ais dan teh tarik ye. =)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 Shahriza Hasan
Pembantu Jurutera (Awam)
Berkhidmat di Hospital Kota Belud, Sabah.














 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...