Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 14, 2012

Demi kamu wahai anak . .



Semalam jumpa gynea. dan semalam jugak ada yang promote 
pati delima kat aku.
mungkin sebab aku takde anak kot. itu yang asyik dihujani pelbagai 
jenis ubatan untuk kesihatan luaran dan dalaman.
demi kamu wahai anak . . semua sindiran, tohmahan dan simpati,
kami dah telan. belom terbentuk pon lagi lahiriah kamu.
 entah di mana kamu berada. tapi macam2 ubat terpaksa 
melepasi kerongkong ini.
sikit pon tak mengungkit tapi kenapa orang sekeliling 
tak boleh biarkan diri kami diberi
kesempatan untuk hidup berdua dengan aman, tanpa kamu. ?
 lahir kamu umpama rezeki. tapi kalau belom diberi peluang untuk
terima rezeki itu. perlu ke kami meraung, meratap hari2. ?

rasanya untuk tahun ni, belom nampak peluang
untuk bersama kamu . .
stok untuk pil perancang dah tersadai kat rumah. 
tunggu masa je nak ditelan hari2.
kena makan sehingga 3bulan tanpa henti. dan 2bulan diberi rehat tanpa stok.
bulan 7 sebelom puasa, lagi sekali jumpa gynea.
amek darah untuk tengok tahap hormon.
dan mungkin lagi sekali buat vaginal scan. perit jugak la.
selamat la ovari dan rahim takde masalah. kalau tidak, macam2 lagi yang
gynea tu akan buat. susahkan nak ketemu sama kamu .?

 temujanji dengan dietitian pon dah ditetapkan. berat perlu turun.
sekurang2nya 1-2kg sebulan. tapi mesti tak lebih dari 5kg.
harapan masih ada walaupon usaha dah sikit malap.
sekarang ni kesihatan makin tak menentu. mudah sangat sakit ulu hati.
takut jugak kalau dapat sakit jantung. tapi dah check, semuanya normal.
alhamdulillah. pergi klinik kesihatan. 
tak pasal2 diberitahu sakit tu berpunca dari masalah psikologi.
dah tak siuman ke diri ni sebab memikirkan kamu. ?

kalau rezeki belom ada, buat la macam mana pon. tetap takda.
jaga kesihatan diri yang penting. cuma manusia di luar sana tu jangan la mengganggu.
sampai masa nanti, blog ni akan dipenuhi dengan cerita2 kamu.
time tu jangan pula ada yang mencebik, menjuih. balik2 cerita pasal kamu.
ingat, rezeki manusia di muka bumi ni tak sama. ada kaya, ada miskin.
 mungkin kami akan kaya, dengan adanya kamu. . tapi bila saatnya belom pasti.
hanya Dia yang Maha Mengetahui.  :)



 


9 luahan hati..:

::EIDA:: said... [Reply to comment]

Sedihnya.. sabar ye.. sama sama kita berusaha.. Orang luar yg suka menyibuk tu dugaan mereka lain.. Tunggu je masa... =)

cheqna said... [Reply to comment]

aturan Allah untuk kita memang yang terbaik..insyaallah pasti doa akan dimakbulkan Allah jua satu hari nanti
yang penting jangan putus harapan ye =)

yannie bunny said... [Reply to comment]

Insyallah qaseh. satu hari tu akan tiba nanti ;)

fida farida said... [Reply to comment]

jgn sedih, kakak ipar 9 thn x dpt anak.. alhamdulilh,taun nie dia bru je timang cahaya mata pertama.. dengan pertolongan allah, buah zuriat dibeli oleh makcik di mekah membuahkan hasil.. mengandung lepas memakan buah tersebut..

fifa said... [Reply to comment]

Enjoy dulu..nnt da ada baby xleh tido awal heeee..

Eyzamiel said... [Reply to comment]

Sabar ye.. takpe.. selagi kita yg TTC ni ada, kita sama2 la bg semangat utk satu sama lain... eyza pun gynea suh turunkan berat badan dulu.. pastu, baru dr kata senang nak conceive...

Noli said... [Reply to comment]

insyallah..ade rezeki nnt..aminn..Allah dah aturkan hidup kita nih sebaiknya..bersyukur sentiasa..

m@m@yAyA said... [Reply to comment]

sedih bc luahan nie..~
bersabar yer dear,sesungguhnya awk antra insan yg ingin diuji..
Insyallah pasti akn ada sinar cm lmbt or cpt jer..
yg penting jgn cpt beralah yer,sy jgk pna alami rs down,sakt,mcm2 ag slma 3taon 6bln..
yg penting terskan usaha dn jangan stress..*__*

anim said... [Reply to comment]

sama lah dgn sy.. dah 5 thn kahwin.. masih menanti. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...