- Ciuman ‘goodbye’ atau ‘kiss goodbye’ pada setiap pagi adalah perkara yang sangat romantik. Supaya kita lebih semangat masa menjalani kerja harian di tempat kerja.
- Sentiasa mengucapkan perkataaan 'I Love U' setiap kali terasa ingin ucapkannya. Pasangan anda pasti akan rasa sangat di sayangi apabila anda selalu mengucapkan perkataan tersebut. Selain itu, anda juga akan rasa sangat lega kerana dapat melepaskan perasaan sayang di hati menerusi ucapan 'I Love U' tersebut. Ucapan ini juga pelru dilakukan ketika berada dalam suasana tenang dan nyaman.
- Duduk berdua – duaan dengan pasangan . Anda boleh memeluk pasangan anda dari belakang dan ucapkan kata – kata cinta pada dia selama lima minit. Sebenarnya inilah waktu yang sesuai untuk bermadu kasih, dan sebab itu ia juga ditegah untuk dilakukan pada masa sebelum perkahwinan. Anda dan pasangan anda telah sah ikatan, jadi kenapa siakan peluang untuk anda berdua-duan bermadu kasih? Adakah anda berdua mempunyai tarikh luput dalam berasa cinta romantik?
- Lakukan perkara bersama – sama seperti memasak, mengemas rumah dan bercuti. Aktiviti riadah memberikan peluang yang sangat sesuai untuk anda berasa mesra. Hal ini kerana fikiran anda berdua dalam keadaan yang ‘Relaks’ tanpa dibebani masalah seperti ditempat kerja.
- Bergurau senda antara satu sama lain. Ketawa yang terhasil dari lawak anda berdua pasti akan merapatkan hubungan dan membuka hati untuk lebih menyayangi pasangan masing – masing.
- Raba pasangan anda ketika dia tidak sedar anda akan lakukannya pasti menerbitkan rasa sayang yang amat antara anda berdua dan sekali lagi inilah masa sesuai untuk dilakukan dan bukan pada masa sebelum perkahwinan seperti yang sering berlaku kini dalam kalangan anak muda yang bercinta.
- Sentiasa menyentuh pasangan anda seperti berpegangan tangan, memeluk pasangan anda dan menari bersama.
- Makan bersama – sama dengan pasangan anda. Suap makanan ke mulut pasangan anda. Berusahalah untuk kreatif dalam cinta romantik anda berdua.
- Urut pasangan anda jika anda lihat dia berada dalam keadaan letih. Urutan mewujudkan suasana yang nyaman dan relaks.
- Kongsi setiap perkara bersama – sama pasangan anda termasuklah hal –hal rahsia peribadi. Tiada tempat terbaik untuk meluahkan apa yang anda simpan selain pasangan anda itu sendiri.
sumber :: kuatbatin.com
2 luahan hati..:
setuju sangat² tau... gambar tu kemain lagi.. ghairahnya.. ;p
hehe... nk tarik minat.. sbb tu letak gambo bg daring2 ckit..hihi
Post a Comment