Dalam banyak2 benda makan di dunia.
setakat ni ada 2jenis yang aku rasa takkan masuk dalam dapor rumah aku.
sebab aku malas dan jugak sebab takde sape yang nak tolong setelkan.
kalau En. Boo Boo setel, aku meragui kebersihannya pulak.
maknanya, kalau nak makan, balik kampong jela.
ikan keli memang tak pernah aku mintak En. Boo Boo beli.
bila mengenangkan lendir dan tahap licin dia tu, kirim salam jela.
kena tunggu makan dalam mimpi la jawabnya.
aku geli sungguh dengan ikan keli ni, time makan hilang pulak geli.
walaupon sedap, nama kata nak beli dan masak, memang tak la !
beli kat kedai pulak ada masalah lain. kat bahagian perut tu
masih lagi hitam sebab cuci tak bersih. Heh.
kadang2 tu insang pon ada lagi. tapi kalau dah teringin sangat,
beli jugak la yang dah siap tapi pilih yang kecik2. yang besar tak selera.
ketam ni pon masalah jugak pada aku. aku tak reti nak bersihkan
part yang mana satu. apa yang nak kena buang pon aku tak taw.
memang aku gagal bab ketam ni. tapi kalau dah dibersihkan,
memang aku boleh mereka masak yang best. !
setakat ni, ketam pon dikira tak mesra dapur dengan aku.
dan kalau keluar pon, ketam bukan jadi pilihan.
dah la susah nak makan, takde nikmat nak makan sebab isi sikit.
kulit je lebih. kat bahagian kaki tu lagi la leceh.
tapi kalau ada yang tolong kopek dan letak isi dalam pinggan,
memang laju lah nak makan nasik. Hehe.
6 luahan hati..:
Ok, aku boleh bereskan bab bersihkan ketam.. yang penting ko beli and masak.. Ha ha ha.. ^_^.v..
sama le kita.bab ikan keli n haruan mmg sy tak makan ..teringat plak kt uuuuuulllaaauuu..heheheh
aki :: boleh je.. maknanya..lepas masak kena tapau kasi kamu la eh..? bijak2..! :)
dua2 makanan yg sedap lg feveret!
tp susah kan nak kojer kan utk masak hahaha ;p
pen biru :: sy mkn je tp haruan xmkn la..cuma bab nak siang n bersihkan xmampu la.. geli banget..!! hehe
samelah kt pun adk beradik ikan keli, ikan sembilang, ikan haruan.. mmg x pernah msk sendiri kat dpaur rumah.. klu kat kg xpe.. sbb ade yg tolong bersihkan hihihihihi...;p
ketam dah ok sikit dah pandai siang hihihi..
Post a Comment