Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 16, 2012

Nilai sebuah lagu



Dalam hidup kita ni, rasanya tak pernah sehari pon kita tak hidup dalam lagu kan. ada ja dengar mana2. paling banyak sekali mesti waktu drive.
aku kalau masuk kereta, 2 benda aku buat dulu. ekon and radio.
kalau tak on radio, nanti ada orang lain yang cipta lagu sendiri.
 so, aku cuba elakkan.
aku bukan penghafal yang baik.
 kadang2 dengar je tapi taktaw sapa yang nyanyi.
ada masa kenal penyanyi tapi tajuk lagu memang out. !
cuma aku ada beberapa lagu yang melekat kat hati sampai harini. .
liriknya pon aku still boleh agak2 even tak 100%.

Rindu Serindu Rindunya (Spoon)
Jiwang beb ! tangkap leleh semua ada. aku ingat lagu ni 
sebab ni lagu paling hot masa aku baru masuk Ting.1, tahun 1998.
kalau ada lagu ni keluar radio, pasang kuat2.
dan jangan taktaw, siap tulis lirik lagu ni kat buku.
buku kulit tebal yang ada gambo artis2 tu. jaga sangat buku tu.
tapi sekarang ni buku tu dah takde. agaknya dah kena buang masa nak pindah rumah dulu.

Januari (Glen Fredly)
aku ingat bukan sebab bulan birthday aku. tapi ni kisah lama.
kisah mula nak belajar bercinta. Hehe. paling menyayat hati la time tu.
tahun 2003. cinta monyet yang ditatang selama 5tahun berkecai.
nak pulak time putus, lagi sehari birthday sendiri.  sakit jiwa jugak la time tu.
tapi tak jadi hal sangat sebab masa tu baru masuk poli kan so
 kejap je aku dah leh jumpa pakwe baru. Heh.

Bintang Kehidupan (Ronnie & Yantie)
lagu ni hot tahun 2003 jugak la. kenang sampai sekarang sebab
dah besar kan, dah masuk fasa baru dalam kehidupan. dah putus cinta.
nak cari cinta hati baru kena la ada semangat sikit kan. 
so ini la pembakar semangat.lagipon lagu mengenangkan aku pada kawan2.
 time makan kat kafe tu, asyik ulang dengar 
lagu ni je. stay kat asrama pon, pasang radio, lagu ni jugak.
kalau dengar lagu ni, aku lebih ingat pada kawan2 poli la. miss u all.

 Pencinta Wanita (Irwansyah)
ini paling tragis. aku tak suka lagu ni sebenarnya. tapi roomate aku masa
kat UTM dulu suka sangat lagu ni. hari2 dia pasang. siap buat ringtone lagi.
kalau dengar sendiri takpe tapi pasang ulang dengar hari2 setiap masa.
roomate aku tu cam psiko sikit kalau dia taksub dengan satu2 benda. sebab tu
bila aku hang out dengan geng aku, aku mesti kena perli punya pasal lagu ni.
konon2nya lagu ni pon jadi lagu feberet aku gak. aish. 
dan sampai sekarang kalau aku dengar lagu ni,
 aku mesti ter'psiko' muka roomate aku. ngeri kot !
 Hahaha




 


2 luahan hati..:

hotbabes said... [Reply to comment]

paling suka lagu bintang kehidupan.. time tu kita time SPM x silap.. best gler.. hehehe..

Masya said... [Reply to comment]

dulu masa sy belajar.. paling popular lagu ojie..

'dalam.. kehidupan ini.. yg terindah.. hanya diusia remaja'

mcm tulah lbh kurang liriknya.. lupe tajuk lagu tu.. ape.. tp.. mmg kwn² suke psg.. wlpun lagu lama.. x kirelah psg kat mp3 ker.. kat handphone huhuhuhu,.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...