semenjak balik dari Pangkor ni. aku perasan, aku ada sikit hitam berkilat !
ada jugak kawan opis yang menegor. nampak gelap katanya.
kalau pergi ke pulau tak 'terbakau' bukan ke pulau namanya.
kalau ikotkan aku bukan mandi laut sangat. tak sampai 30minit pon pagi tu.
tapi sebab mandi time dah nak ke rembang, memang sesuai la untuk pembakaran.
2,3 hari jugak la aku rasa kulit muka aku tak selesa.
rasa gatal2 dan kering. ada part yang mengelupas. itu yang aku rasa rimas sangat.
dah seminggu lebih tapi sunburn tu masih ada.
so aku google cara nak hilangkan sunburn ni. rupanya mudah je caranya.
dan paling penting jimat dan guna bahan sekeliling kita je.
1. sapu minyak bio oil atau minyak zaitun.
kulit kering semasa sunburn ni. katanya lebih baik kita sapu bio oil.
kalau kulit dah berminyak, curah minyak lagi, mau becak. aish !
2. jangan lupa toner.
ini memang la aku tak tinggal. setiap hari lepas cuci muka aku letak toner.
selain menegangkan kulit, toner dapat buang sel kulit mati.
itu betol la, sebabnya ada kulit yang mengelupas tu kan.
seksa kot kalau nak tarik macam masker tu. Heh.
3. biar kulit tanpa mekap.
ini tak perlu khuatir sebab aku memang tak mekap.
tak pernah pon datang kerja, aku tepek bedak. cuma toner, krim dan lipstik.
tapi ada jugak yang aku tengok, lagi sunburn lagi letak bedak
sebab nak cover 'kehitaman' yang ketara tu. buat rosak kulit je kak oi.!
4. masker dengan putih telor.
ini aku tak cuba pon lagi. sebab aku ni jenis yang cepat berpeluh.
plus tak tahan bau putih telor tu. kalau aku titik esen vanila sikit
sebelom sapu kat muka, agak2nya menjadi tak.? hehe.
5. tepek bedak sejuk.
ada jugak buat. tapi yang malasnya. esok bangun tidor.
kat bantal dah memutih. kadang2 dengan baju orang sebelah pon 'pakai'
bedak sejuk. maklom la tidor melasak. orang lain pakai bedak sejuk, orang lain
yang dapat 'putih'.
ada lagi ke petua yang lain. ? kongsi kan lah bersama.
aku pon teringin jugak nak putih lawa sama macam korang semua.
5 luahan hati..:
Tips berguna buat ida ni.. hehehehhee
hahaha... cubalah dulu ltk asen vanilla yer kat putih telur tu.. mau semut yg dtg kerumun.. haru.. ;p
eida :: tips yg ada kita kongsi2... kan.?? kan.?
masya :: rasa tak gamak pon ada..hahaha..
Tq akk..
Post a Comment