Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 15, 2012

Roti Pratha jenama Kawan


Dah lama tak main masak2 kat blog aku ni. bukan tak masak tapi sebab asyik ulang tayang je. segan la nak tunjuk kat semua. lagipon masak simple2 je.
kat rumah tu, gamaknya semua orang dah jemu makan roti.
tapi aku tetap tebal muka, hidang roti siang malam. kalau rajin sikit baru masak best2. Haha Kejam kan aku .
ini antara resepi yang wajib ulang tayang setiap kali refill stok roti pratha.

cairkan sikit butter. pecah telor yang dikocok dengan garam. . tabur bawang.
 tabur sosej yang dah direbus atau salai.
jangan bagi telor tu terlampau masak. nanti keras. terus je tepek
dengan roti pratha yang dah di salai sebelah bahagian. dah agak2
telor tu masak. alih pulak ke bahagian lain. masak sampai garing.
kalau tak garing. tak sedap.
 dah siap. bukan susah pon. potong la ala2 gaya mamak kat kedai tu.
nak lagi sedap. cecah dengan kari. tapi kalau dah malas.
dengan sos pon jadi. asalkan ada pencicah. nak cicah dengan milo pon boleh.
kalau gamak le. tak tergamak takyah la. Heh.

dah siap hidang. bila suami nak mula suapan pertama. tanya la soalan cepumas.
" . . sedap bang. ? "
". sedaappp. pandai sayang buat. ! "
kembang hidung wa cakap lu. berani cakap tak sedap kan. Haha.





 


2 luahan hati..:

Noli@Ibu Wafa said... [Reply to comment]

sedap tuh..nk try la..tq ;)

Masya said... [Reply to comment]

tak pernah buat.. ok jugak ni.. idea brillion ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...