Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 6, 2011

ikan stim..??



pinjam gambo ikan makcik depan umah mak mentua.

sila abaikan tajuk yang bangang tu. ade maksud lain tu. 
tapi aku tak bermaksud camtu. menu malam ni tapi resepi kuar awal plak.
bukan sebab nak wat auto publish ye.

sebenarnye aku nak buat hidangan malam ni. dah kak Linda ni nak tiru menu aku.
takpe kak. umah lain2 ye tak..?? hehe
malam ni umah kite berasap dengan menu yang same la ye.

akak makan untuk berlima pandai ejas la ye.
ni resepi untuk yang duduk berdua2an je ni. kang kalu salah rasa. jangan salahkan saye.
dah cakap awal2 ni. hehe jom kite renungkan bersama.




  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)

  • 1 batang serai hiris nipis2

  • 5 ulas bawang putih (dihiris)

  • 2 inci halia (dihiris)

  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)

  • 3-4 biji cili padi (diketuk) – optional

  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak pon

  • 2 biji tomato (dihiris dadu)

  • sedikit garam dan gula

  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram

  • sedikit air

  • sedikit daun sup (dihiris)




  • Cara-cara
    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.




     


    1 luahan hati..:

    juelee said... [Reply to comment]

    sedappp nye....

    eh nak jumpe akak ke???

    lollll meh msg kat FB bila free leh jumpe opis akak dekat je ngan midvalley tu

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...