Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 31, 2011

Ya ALLAH..!




Tadi En. Boo Boo kol aku dalam 1130am. alhamdulillah. dah kenyang pon die.
ade lagi sikit untuk petang ni. sementara tunggu aku balik n masak untuk dinner.
" abang..sayang rindu abang.. "

disebabkan semalam aku tak masak ape2 yang berat. so pagi tadi aku bangun awal.
nak siapkan sup telor! bubur tu aku dah masak dari semalam. guna slow cooker adiah kawen.
so lepas ni senang le keje ye dak..?? hehe
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
hurmm..tadi aku blogwalking kat sini.

http://kernakasihkita.blogspot.com

bila aku baca kisah iron lady ni. aku pulak terharu. tabahnya dia.
sedangkan aku..?? kalu aku kat tempat dia, kuat kah aku..??
aku harap aku setabah dia.

bila aku baca kisah2 mengenai permata hatinya. aku sedih.
walaupon amanah dari Allah itu kurang sempurna. tapi amanah itu cukup indah.
kisah suaminya yang perlu jalani pembedahan kaki. redhanya dia.

bila aku baca apa yang dia rasa. aku kenang nasib diri. dugaan aku tak sehebat dia.
En. Boo Boo tak perlu nak stay di hospital berminggu2.
tak perlu di operate kaki tu. **tapi ni pon hampir nyaris!!
Ya Allah.. tabahkan lah aku..




 kalu penghujung bulan6 ni g check up tapi still takde joint antara tulang tu.
maybe En. Boo Boo aku kena operation. untuk masukkan besi untuk support tulang tu!
sebab tulang yang patah tu adalah tulang besar n peranan die pon banyak untuk support the whole body. so tak leh main2.. takut nanti akan tempang..!!


Ya Allah.. lapangkan lah dada hamba-Mu ini untuk tempuhi semuanya..






 


Salsilah..Sosej Roll






Pagi ni mendung. hujan pon turun awal pagi. tapi kejap jela. setitik dua je pon.
tapi kat luar still mendung lagi.
petang semalam aku ade wat hal kat stesen komuter.
nanti aku citer ye.. jap je lg..hehe

hurm..semalam kawan En. Boo Boo datang. datang ziarah. 
koew teow ade. kucai, udang sume ade.
dah taugeh plak takde. kang tak sedap pulak kan.
so buat jela sosej roll ni.

banyak jugak la aku buat. dekat habis sebungkus roti.
lastly. tinggal le beberapa ketol untuk tuan umah. alhamdulillah.
rezeki tetamu. tak bes jugak kalu jamu air bujang je kan.!

tapi semalam memang superb tak larat. aku sampai kat stesen Rawang.
boleh aku muntah selambak depan pintu komuter. malu wei..!
tapi aku jalan je pastu. selamber wat muka tak bersalah. kira okey la tu depan pintu.
kalu kat dalam. mau pingsan sume orang.

yang boleh jadi camtu tu sebab takde ekon dalam tren.
orang pulak punya la ramai. maklom la cuti sekolah. opkos ramai budak sekolah..!
dari dalam tren lagi dah aku loya2. tapi aku tahan.

 haa... bile sampai umah tu apa lagi. memang aku dah kelepet la kat En. Boo Boo.
takmau datang keje konon arini. tapi masih kuat. hehe
gara2 muntah kat komuter tu la. teros En. Boo Boo cakap takyah masak.
makan roti je. =)

kalu tak disebabkan ade tetamu. kompom semalam aku dah tak masok dapo taw..!!














 


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !



klik me.. me..!!



 bukan kontes ke hape. tapi cuma info.

 rupanya setiap 31 Mei adalah 

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA.


 



 


Monday, May 30, 2011

darah tinggi aku camni..!



entri terbaru aku adalah ini.

tapi ape punya masalah la blogspot ni. boleh pulak kuar entri berzaman ni.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ape hal la ni. makin menjadi2 masalah blogspot ni. geram aku aih..!!
elok2 la sikit. aku ni dah le buta IT. kalu suh aku godeh balik.
mau pingsan 3jam.








menu berbuka...posa ganti 2






 haa.. ari selasa aritu aku posa jugak. tapi semalam aku tak keje. aku tak posa la eh.
semalam aku anta En. Boo Boo ke klinik. tangan die tibe2 tak leh gerak.
sume gara2 cbok nak menolong aku basuh periok belanga sume pas aku masak selasa aritu.

aku masak nasik goreng je pon. pastu wat ayam goreng berempah.
dah terlebey garing plak. mungkin sebab ayam aku kecik2 kot. lagipon aku tutup
 kuali time menggoreng. mungkin sebab tu la jadi itam camtu.

part garing tu okey la. tapi part rasa rempah ratus yang agak itam tu tak bape sedap.
tu yang takde rempah ratus melepak atas ayam tu.
lepas ni wat lagi la ye. beli ayam sekor belah 4. haa kompom sedap!

pastu aku cuma masak sup cendawan + tauhu telor.
cendawan En. Boo Boo takleh makan kan. so aku bagi die makan tauhu telor jela.
semangkok sup cendawan tu aku abeskan sorang.  :)

arini aku posa lagi. tapi nak masak ape ye..?
aku rasa tak larat le bile posa pastu nak balik masak. tapi kalu nak beli. nak beli ape.?
sebab bile aku beli, aku rasa tak sedap. tak puas makan.. so keputusannye ape..?
nak masak ke nak beli je..?? hurm..?



















Chicken Chop..versi org sakit!




Dah lama tak letak entri pasal makan kan.. hehe. maklom le asyik lupe wak camera.
ni menu malam kami. simple je pon. sebab tu dapat kutukan membina.
memang tak patot taw. padahal punya la berkhasiat menu ni.

sebelom ni ada dah aku wat Chicken Chop. tapi tu versi sihat..!!
sekarang ni kan aku tengah bela orang sakit so versi sakit kuar le. lagi mau tanya ka..??
kalu nak taw. yang kutuk aku. sah2 la En. Boo Boo.

yela cik abang ooiii..!!
sebelom ni ayam tu perap semalaman. ni cuma sejam. pastu terus masuk pan.
first time wat dulu kuahnye siap ade cendawan bagai. lain la manisnya.
lepas tu kena la dengan koslow tu plak. lemak berkrim kompom le enak terasa.
susun atur sebelom ni siap ada timun + tomato. menarik berwarna.

alahai abang. mana abang boleh makan cendawan cam dulu. nanti sakit. sayang merana.
timun dan kobis pon sejuk. nanti bertambah le perit. makan abang tu dah kena catu.
tak boleh sedap2 sangat. makanan yang berkhasiat memang le tak sedap.. lumrah alam kan!

 tapi sejak kami asyik makan sayor sawi dan salad. makan pon dah tak semengah dulu.
bosan la. aku pon tak taw nak masak camana dah. pening dok pusing menu yang sama.
En. Boo Boo pon makan dah tak banyak. ade yang perasan die dah susut sikit.
aku ja yang tak pernah surut.

camana nak susut. En. Boo Boo tak abes makan. aku la kena sesah bagi licin pinggan.
kalu aku buang, memang boleh. tapi tu kan amalan setan.
tak elok kan wat camtu..! buat apa nak beranak pinak kan lagi setan2 tu..?
so kesimpulannya lebih baik kita bunuh setan.. 
ada gak la pekdahnya.. ye dak..?? hehe










 


P.Ramlee..baru aku tahu!


ihsan google


 29 Mei. merupakan tarikh perginya bintang besar ni.
rupanya dalam aku bersuka ria. ada yang menangis hiba mengenangkan pemergiannya.
al-fatihah. semoga roh arwah dicucuri rahmat.

dah 26tahun aku hidup. baru semalam aku tahu kisah hidup arwah.
rupanya di akhir hayat arwah. memang hidop die benar2 susah. mesti orang lain tak sangka benda ni.
sehingga kan semasa nak kebumikan pon. keluarga arwah takde duit.

semuanya hasil dari sumbangan kawan2 yang sentiasa setia ketika susah dan senang.
itulah lumrah dunia. bila kita di atas semua mengaku kawan.
tapi bila dah jatuh. semua lari dan jadi lawan. masyaALLAH.

apepon. ape yang aku tahu mengenai kisah P. Ramlee ni.
adalah hasil History Channel (555) semalam.
ade tribute pasal arwah. sedih jugak la aku. patot la anak2 arwah hidop merempat lepas arwah meninggal. rupenye ade kisah di sebaliknya.

Al. Fatihah...








 


Malam kami...





 alhamdulillah. selamat dah ulangtahun pertama kami. semuanya selamat.
malam tu nothing special. cuma sambutan di rumah. hanya kami berdua je.
tema tahun ni HIJAU. kebetulan kami same2 pakai baju hijau.
kalu dah nama kebetulan pertama yang melibatkan hijau memang tak bes..!!
sebab hijau ni bukan pujaan hati. huh.




 Kek yang besar gedabak tu. bukan kami abeskan 2 orang ye. ade yang bertandang ke umah.
so kek tu la yang aku jamu. maknanya untuk ulangtahun yang pertama ni.
ramai la yang tahu. kawan2 tempat keje En. Boo Boo yang datang umah. tahu la.
family aku kompom2 la tahu kan. awal2 lagi aku dah bagitaw mak.
kalu takde aral. Rabu ni mak sampai. nak wat Nasik Minyak katenye.
ala2 kenduri balik le katakan. hehe.




 amacam..?? kan aku dah cakap sebelom ni. aku nak wat kelainan sikit even kami cuma sambut dalam umah. okey tak..??
berpeloh jugak la kami berdua tahan panas. semata2 nak amek mood 
" Candle Light Anniversary "
betol ke bahasa tu.? hentam saja la laboo..!!
oleh sebab En. Boo Boo ni tak daya nak stay lame2 kat meja makan. kat sofa pon jadi la.
at least ade gak kenangan kami berdua. seronok jugak la.
even tak dapat nak g hanimun cam yang dirancang. kami redha. lepas sembuh ni. insyaALLAH ade.
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
last but not least. mesti la gambo
HERO & HEROIN
kate ko..!! mane boleh hero je nak inteprem kan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
YANG
PERTAMA






 


megi goreng kicap!

Assalamualaikum.

Pagi ni datang dengan malas. tapi bila kenangkan kerja yang tak abis minggu lepas.
aku gagahkan diri. pheww..!!

so  pagi ni aku nak g sarapan jap. ingat nak makan megi goreng kicap yang hitam tu..!!
minum air kosong. jaga kesihatan beb..!! hehe

okey. semenjak En Boo Boo tak keje ni. aku dah tak wat sarapan.
apa yang aku masak semalam. aku lebihkan untuk die makan pagi2.

senang keje kan... motip..??
boleh bangun lambat sikit.. hehe.





 


Sunday, May 29, 2011

kisah setahun yang lalu..




cepat ja masa berlalu. tapi mood pengantin baru masih kami terasa.terutama aku la kan. hehe.

 
pejam celik. pejam celik dah setahun. memang aku tak terasa langsung.


banyak dah yang berlaku sepanjang tempoh tu. suka duka itu pasti. tapi itu yang menguatkan cinta kami.


masih jauh lagi pelayaran kami. aku pon tak pasti sampai mana. insyaALLAH sampai syurga.


kalu ikotkan hati. aku rasa cam nak kawen lagi sekali. tap dah tentu la dengan orang yang sama.


En. Boo Boo aku la. boleh ke nak naik pelamin lagi sekali..?? agak2 la kan.. mak aku bagi tak..??


hehehe.. kalu naik pelamin lagi sekali. kompom la orang tak pandang dah kami ni. maklom la.


seri pon takdak dah. boleh nama orang datang makan kenduri jela. pastu balik. 


sebab meluat tengok pengantin basi. hehe. aku letak satu je gambo. kang aku letak banyak2.


ade yang muntah pulak. kalu nak tengok gambo yang banyak2 tu. klik SINI.


apepon memang indah kisah setahun yang lalu.....  =)













 


Saturday, May 28, 2011

28 MEI 2010..the DAY when they pronounced us as hubby wifey!




sekarang

28 MEI 2011

maknanya sudah genap 

SETAHUN

kami bersama. Kami masih lagi berdua.

insyaALLAH.. tak lama lagi kami akan bertiga. doa2kan lah.

ABANG..

SAYANG bahagia menjadi milik abang. 

sayang selesa dan selamat di samping abang.

sayang rasa sempurna bila dicintai abang.

sayang harap.. Kita akan terus bersama sampai syurga.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

abang ingat lagi tak..?? petang tu abang demam..!
abah cakap tangan abang sejuk. gemuruh sangat abang ni.
kita dinikahkan dengan sekali lafaz je lepas asar hari Jumaat.

walaupon sayu2 je suara abang melafazkan akad di masjid nan indah tu.
sayang masih dengar. sayang masih ingat air mata di kelopak mata abah.
sayang bahagia tapi dalam masa yang sama sayang sebak.

abang..sayang kini milik abang.
selamanya.. aminn..





 


Friday, May 27, 2011

SUNSHINE SMILE CONTEST

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah.
Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall

MUDAH KAN? HARAP TEPATI SYARAT DAN NANTIKAN PELUANG UNTUK MENANG =)

Dibawah ini adalah gambar yang dipertaruhkan saya (contoh sahaja):

 
"Senyuman saya paling ceria sebab saya tengah hepi dan kenyang..*post optional. "Senyuman saya paling ceria sebab _______"
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Senyuman saya paling ceria sebab..
saya suka ade orang ambil gambar saya.. nak pulak 
dengan DSLR baru beli. koyak plastik tu..yippie..!

kredit pic to ReX.
n kredit DSLR to JoE.



dan berikut adalah rakan2 yang saya tag: 



*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
tenkiu FaraH.. die yang tag n inform pasal kontes ni..

Pelik yang ajaib..??



Pagi ni aku bukak blog cam bese..
tapi aku pelik. cam ade benda yang lain.
aku punya status Follower kat "Rakyat Jelata" tak muncul..

hai pelik aku.. follower aku dah hilang ke..??
tak kan sampai sume lari.
tadi aku wat keje..belom sempat update blog tapi sempat jugak le bertukang..!! hehe

sooo.. camne..??
mane pegi followers aku..?? 
konpius dah aku ni..





 


Thursday, May 26, 2011

dugaan pada ulangtahun PERTAMA..


RINDU nak tengok abang berjalan cam dulu..tanpa wheelchair.



Lagi 2hari je lagi abang. sayang taw perasaan abang camne semalam... sabar dan redha je ye.

kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang putuskan setiap perancangan kita.

kita cuma hambaNYA yang lemah abang. sayang tabah.

walaupon hati sayang terkilan. hati abang terguris. tapi kita kena terima.

ya.. terima.. terima qada dan qadar ALLAH. mungkin pada ulangtahun kita yang PERTAMA.

kita diuji. uji sejauh mana ketaqwaan kita padaNYA. mungkin dengan cara ini. kita sedar.

sedar yang kita ini cuma hambaNYA yang lemah. yang sentiasa perlu mengingatiNYA.

mungkin selama ini kita ada lalai. kita ada kesilapan yang tidak nampak dari mata kasar.

kita ada tersalah langkah dalam menjalani singgahsana kita. kita lupa DIA. mungkin.

dengan ujian ini. mungkin kita dapat kembali NUR yang selama ini dah malap. insyaALLAH.

kita berdoa ye abang. mungkin dugaan ni akan jadikan kita makin kuat dan tabah.

makin utuh ikatan CINTA kita. makin berseri mahligai kita. makin suci hubungan abadi ini.

kita mungkin belom di utuskan zuriat secantik Yusuf. seulung manusia bernama Adam.

dan seindah budi Muhammad. tapi dengan hamparan dugaan dan pancaroba hidup.

itu yang akan menguatkan kita. kita sabar ye. walaupon kita tak dapat nak bercuti disana.

tapi ulangtahun yang pertama ini. kita akan sambut dengan cara kita. biar pon cuma di rumah.

tapi akan kita ingati. akan kita kenangi selamanya. sesungguhnya yang PERTAMA hanya permulaan.

masih jauh lagi perjalanan mahligai kita. masih banyak lagi rencana yang kita akan aturkan bersama.

tapi mungkin lepas ini tidak hanya kita berdua. tapi bertiga mungkin. dan seterusnya berempat.

siapa tahu.?? mudah-mudahan begitu le hendaknya .. amin Ya Rabbal Alaminn..















- TIDAK BERTAJUK -

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
aku tertinggal camera atas meja makan. huwaa..!!
sedeynya. camne nak update blog ni.? banyak gambo nak diciterkan.
seyes sedey.

semalam kan g spital anta En. Boo Boo. ade berita sedey.
takmau le citer sebab gambo takde.
memang mood ke laut dah ni.

tunggu ade camera baru boleh citer.
wat sementara waktu tu. dok diam2 jela dulu ye.
Ya ALLAH.. tabahkan lah HATI hambu-MU ini.
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 


Tuesday, May 24, 2011

Hospital Sungai Buloh



25  MEI  2011


aku kena anta En. Boo Boo ke Hospital.
nak check up die punya kaki.
harap takde masalah ape.

aku nak die cepat semboh. nak die boleh jalan dengan cepat.
taknak dok umah je. nak g hanimun.
banyak dah yang tertangguh ni.







 


menu berbuka...posa ganti 4


dah tak sempat nak berhias dalam pinggan. cedok terus dari kuali.



 haaa...tu dia.. ni bukan tahap malas tak bertempat ye. tapi penangan tren delay..!!
tak kose aku nak mendivakan diri ye. orang lain mungkin boleh.
tapi aku. sampai umah. terus sarong apron.

tak sempat nak tengok tibi ke, layan En. Boo Boo ke. memang tak sempat.
semalam tren stop lama sangat. dalam 20min ade. lame die stop kat KL Sentral.
aku tengok jam dah 5lbh pon blom gerak lagi dari KL Sentral.
sepatotnye dah lepas Segambut.

sampai Rawang dah kol6. nak drift pon dah tak sempat. jalan jam..!
selamat pakai kete auto. sedap jugak la nak tekan minyak. mana part boleh cilok. aku cilok je.
last2 sampai umah dah 6.45. cuak dah aku.

tapi baru semalam la kan. En. Boo Boo ni masak nasik kat umah.
siap ade telor dadar. uishh. sedey2. die paham aku lambat. at least ade gak nasik dgn telor.
tapi itu je. mane sedap cik abang oii. 

aku  masak sambal sardin dengan tumis sayo sawi. baru ngam nak makan nasik.
tapi yang aku terharu tu. En. Boo Boo masak nasik.
walaupon telor tu tak bape cantek rupenye. tapi masih sedap bile cukop bahan dalamnye.!

tenkiu abang. pasni boleh masak lagi ye. 
sayang tak lambat pon abang still boleh tolong masak kan..??  :))










 


Tinggal lagi 4 hari je..






 28 MEI 2011



GENAP SINGGAHSANA KAMI SETAHUN..!



LAGI 4 HARI JE.





 


"cerita kreatif aku bersama ben"...in memory...







 semalam BEN buat satu segmen kreaTIF. aku tak sempat join. idea ade. tapi dah last minit sangat.
aku cuma sempat karang jalan citer je. watak seramai 8 orang dah dapat dikesan.
memang hampa giler. sampai malam aku termimpi2 sebab tak dapat siapkan citer tu. aish.

pasni kalu ade lagi. insyaALLAH. kalu ade kelapangan di lain waktu.
aku akan join. hehe. 
pagi ni aku datang opis. aku tengok je skrip tu dengan hati yang luluh.
aku renyuk.... aku buang dalam tong sampah.. pilu..

ramai yang join. boleh cari SINI.. dan SANA.







 


Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI






Haaa.. tu dia. datang lagi segmen dari BEN.
banyak dah segmen die yang aku terlepas. baru kali ni aku berkesempatan kembali.

 tak susah. tak pening kepala. hanya entri khas ni diperlukan.
 nak taw alkisah. klik banner..!!







 


Emak ooO Emak






 amboi...... rindunye la kat mak ni. rasanya baru sebulan aku tak jumpa mak.
mak cakap nak datang time cuti sekolah ni sebab abah ade seminar ape ntah tentang insuran die.
soo.. kalu mak datang. makna kata mesti ada adik2.

tapi ntah le. tak pasti lagi. sebab mak cakap time cuti sekolah ni.
ramai sangat yang nak kenduri. maklom la. time cuti sekolah ni la time mengawan. hehe.
harap2 mak jadi datang la ye.

kalu takde aral. minggu ni mungkin aku balik kampong.
apepon. sume bergantung pada progress En. Boo Boo. kalu Rabu ni kaki palsu tu
dah boleh dibukak. bes cikit nak balik kampong. even bertongkat.

apepon. Rabu ni aku kena wak En. Boo Boo g check up. insyaALLAH sume berjalan lancar.
Kalu ari Rabu ni de berita baik. aku nak balik kampong. rase dah lama tak jumpa mak.
kalu minggu ni tak balik. nampak gayanye lambat le plak baru bole jumpa mak.

 arghh..!! rindu sangat. even selang 2@3 ari sekali aku kol mak. tapi tak sama dengan dok depan mak.
makan masakan mak. tu yang penting. sebab air tangan ibu ni lain macam sedapnye.
masak simple2 pon sedap. masak tak sedap pon jadi sedap.






 


Alahan ooO Alahan



Assalamualaikum.



Monday Blues. pada aku setiap pagi, setiap hari aku dok berBlues.. hehe.
arini bukan nak citer pasal Blues sana sini. aku nak citer ape yang jadi kat aku sepanjang cuti 2ari.

aku kena ALAHAN. pada leher. mula2 kecik je. besar wit 50sen.
pastu makin merebak. makin merebak. kat sekeliling leher ni.
bukan kayap. tapi cuma alahan yang cukup merimaskan.

g clinic. doctor cakap takde ape. alahan. mungkin binatang. @ salah makan.
masalahnye kat tempat lain takde. kat leher je. merah je..!
harap2 takde ape la eh. sebab rase merenyam je bile panas ckit.

gambo takde la eh. aurat tu. takkan aku nak amek gambo leher En. Boo Boo plak kot.
harap cepat2 semboh ye. tak tahan nak menanggung azab gatal2 ni.  :)













 


Saturday, May 21, 2011

Jenaka 18SX..!!



jom ushar perenang yang terhebat.















plawok.. plawok.. plawok..




psstt.. ade ke orang yang cuba 'stail' ni..??  :)






 


Friday, May 20, 2011

Puding Balqis + Mee Jawa





wah. entri menunjuk kuar dah ni. hehe. okey. ni adalah ektibiti aku minggu lepas.
aku wat ari Sabtu puding ni. sebab aku ingat angah nak datang. tapi die tak datang.
so kami berdua jela makan. sebenarnye nak tunjuk acuan tupperware baru.
selamat patsegi je puding @ agar2 aku. skang dah terbentuk elok ckit.

balik kampong aritu. aku amek kat umah mak. mak ni pengedar tupperware tak berlesen.
boleh hutang kalu nak. pelanggan tetap adalah aku. walaupon kadang2 ade ter'miss' bayor!
tapi dengan anak2 nak berkire ape la sangat. kan mak kan.





 
 ni plak menu ari Ahad. jemu la asyik makan nasik. tu yang tukar menu.
aku wat 2kilo. alhamdulillah. ada tetamu yang bertandang ke umah nak melawat En. Boo Boo.
kakak kat opis ni datang n jugak ucu sekeluarga.

ni kire pertama kali wat. tak penah wat pon sebelom ni.
maklom ke. resepi baru. memang gigih la nak berusaha buat kan.
En. Boo Boo cakap sedap. die la orang last yang bagi abes mee ni.

nak buat pon tak susah. cuma leceh kat part nak kne rebus dulu daging tu.
kentang pon nak kne rebus dulu pastu blend. tapi mee ni takde taugeh.
En. Boo Boo takleh makan taugeh. so takde la jawabnye.

minggu ni tak taw menu ape lagi. tunggu minggu depan ye aku publish. hehe.


 






 


menu berbuka...posa ganti 3






ni dah lame dah ni. minggu lepas punya. tapi dah takleh nak update.
baru skang boleh nak publish. layan kan jela tuan umah yang dah semakin malas ni.
bukan ape. sejak En. Boo Boo tak berdaya. aku pon makin bertambah keje.

penat sangat nak memaksa badan wat keje umah.
kalu tak kena gaya. 9malam aku dah sampai Marikh sana. hebat kan.
so pada ari aku berposa yang ketiga. ini aje yang mampo dek badan.

tapi sambal belacan wajib bile ade masak lemak ni. kalu tak. takde umph..!! hehe
itu jela. menu pon dah tak semegah mana. tapi nak publish jugak.
bukan apa. saja nak bagitaw. kadang2 blog aku ni ada pasang surut.
tak semestinya yang sedap belaka.

lagipon. dah setahun p keje orang amek. orang beranta.
bila kena belasah ckit. mula la aku kelepet kalah lepat liat.
bila suma keje umah. nak kena setel sorang. mula la aku terpisat2.
letih jangan cakap. kalah orang beranak empat..!!














 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...