Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 30, 2011

Salam Ramadhan 1432H





 semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati.
amalan mulia yang di amalkan di bulan Ramadhan, harap diteruskan di bulan2 yang lain.
Salam Ramadhan untuk semua pembaca 
"qaseh johanna"










 


Friday, July 29, 2011

Teknologi makanan singgah didapur rumah




baru-baru ni aku shopping barang dapor kan.
so aku ada la terbeli, terbeli okey. bukan saja2 beli.
aku beli 2 perencah Maggi ni RM5. kat Tesco Bukit Beruntung la.

aku belom pernah guna mana2 teknologi makanan seperti ini.
sebab pada aku. kalau bahan2 tu wat sendiri mesti lagi sedap.
memandangkan bulan puasa ni aku je nak kena bertungkus lumus buat semua.
aku pon nak try la perencah macam ni.

nampak cam senang je tapi bahan2 die tetap perlukan kerisik, santan, daun kunyit untuk rendang ni.
takde la mudah sangat pon. tapi takpe. kita try dulu ye.
tengok sedap ke tak sedap. hihi.












Thursday, July 28, 2011

Belum berkemampuan lagi..




alhamdulillah. durian dari kampong. ada jugak la. tapi ni kawan En. Boo Boo yang bagi.
terima kasih ye.
disebabkan jiran tetangga dapat bau durian yang semerbak ni disertakan usulan dari mak.
aku buat la seperiuk besar untuk sedekah pada jiran2.

tahun ni pon mak tak buat kenduri sempena menyambut Ramadhan.
rumah masih lintang pukang lepas renovate. nanti la aku citer ye.
mak tak buat kenduri, so biar aku yang buat.

pas balik kerja. aku rebus la kacang hijau. dalam dok tengah feel merebus.
gas pulak habes. aish. nak buat baik ni banyak pulak dugaan ye.
akhirnya tepat 8.30pm aku dapat agihkan bubur kacang + durian pada jiran tetangga.


ini habuan untuk En. Boo Boo. untuk jiran2 aku letak dalam bekas eskrem yang bulat tu.
dapat la 3bekas. bagi pada jiran. alhamdulillah.
terlaksana sudah hasrat aku nak buat kenduri sempena Ramadhan.
even takde sape pon datang rumah. :))












diam-diam berisi..





betol la aku cakap. ini kawan aku masa poli kulim dulu.
kurus sangat. sangat. kalau ikot berat anak dia skang ni. sama je kot aku rasa dengan dia.
aku cakap diam-diam berisi sebab dia preggy lagi.

Syakila ni aku jumpa masa balik kampong aritu.
aku jumpa kat pasar Sungai Gedong. naik motor lagi tu even dah sarat.
aku jumpa dia sefamily. suami dia kawan poli jugak.

aku memang dah susah nak jumpa kawan2 ni. sekali jumpa. dah wak perot lagi.
macam Syakila ni. bulan 9 ni due. haih.
rezeki hangpa la kan. aku pon ada jugak. dok preggy anak kembar tiga tak sudah2.

soalan cepu mas dari mulut puaka Noh Zaid.
".mie..hang bila lagi..aku ni nak masuk 3 dah..rugi oo kalau lambat2..!"
seperti biasa akan dibalas dengan tamparan pedih dari Syakila. =)













Hari Ini Dalam Sejarah





semoga pagi yang indah ini akan melimpahkan rezeki yang tidak terhingga kepada aku. aminn.

harini aku lambat bangun. sedar2 je dah 5.40am. wooeh..!
lintang pukang aku bangun ye. terkejut sangat. sebab tak penah bangun lambat camtu.
selalu time camtu aku dah keluar umah ye.

sekarang ni makin kerap aku bangun lambat. makin nak posa ni. makin lambat.
kang ade jugak yang tak bersahor nampak gayanya ni.
alarm yang tak berdering ke @ aku yang tak dengar. haih.

oleh kerana aku lambat ini hari. aku pon drive la dari rumah.
keluar umah 6.30am. lebih kurang la. sampai opis dalam 7.29am.
amek masa sejam tu. highway pon banyak kereta ye. ingat lengang! hehe

tapi aku tak keseorangan. En. Boo Boo aku angkut sekali. ada dia dalam kereta.
kat tempat parking Midvalley level 2a. haha.
aku bukan dera dia la. dia yang nak ikot. safety katanya. sebab takut aku drive sorang2.

korang agak la kan. dari 7.30am sampai 4.30pm.
panas + bosan tak stay dalam kereta tu.?? hurmm..













Wednesday, July 27, 2011

persiapan menyambut puasa..





sempena Ramadhan yang makin menjelma ni.
aku pon mula la bersusah payah nak penuhkan segala keperluan dapor.
bukan nak masak sangat pon. tapi mana la taw. pintu hati terbukak kan.

beli serba sikit. barang basah takde sangat. ala kadar je.
sebab takut tak masak. kang tak sedap plak jadinya.
setakat ni yang ada dalam esbok hanya daging cincang, burger ayam, naget, sosej.

daging cincang tu pon beli sebab nak wat karipap frozen hujung minggu ni.
insyaALLAH. kalau rajin la kan. hehe
itu jela yang ada kat umah. idea nak berblog pon tak berapa nak menyerlah semenjak 2 menjak ni. haih.











Wordless Wednesday : Si Kacak Manis!












 


Friday, July 22, 2011

duhai bonda..duhai ayahanda






dalam kepala ni ingat nak balik kampong ja.
sangat2 nak balik kampong..!
semua kerja rumah aku taknak wat dah. sebab badan dah lemau.
dah lama tak kena angin kampong.!
 aduhai...












 


mak mentua + abah mentua




sekarang ni idea takdak. camera pon dah malas nak charge.
dok bertapok dalam beg. penat usung ke sana ke mari. haih.
sejak akhir2 ni asyik malas ja. takde idea pon nak tulis blog.
idea nak masak kat umah pon takdak.!

lastly. goreng ikan, sambal belacan, sayor lemak @ sayor air.
itu jela. yang kat atas tu. ikan haruan n ikan puyu dari mak mentua.
dah siap cuci, tinggal masuk kuali je. minggu lepas mak aku datang, mak mentua kirim jela untuk anak menantu. bachang ada, cabai burung ada, limau n asam keping pon bagi jugak.


 semua yang mak mentua kirim adalah dari keliling umah jugak.
ikan haruan n ikan puyu tu abah tangkap kat bendang depan umah.
asam keping mak buat sendiri. sebab abah ade tanam pokok asam kat kebun.

besnya dok kampong kan. semua ada. cuma rajin dengan malas ja.
kalau macam aku ni. jap rajin jap malas. alamatnya tak berasap le dapor.
pakat2 laki bini gigit jari jela.. hihi
















 


Thursday, July 21, 2011

orang punya jugak sedap..



belom disimbah kuah..baru buka bungkusan!


baru2 ni aku buat nasi kukus ayam berempah. tapi tak jadi nasik kukus.
nasik tu jadi agak lembik benyek.! geram sungguh aku.
aku buat untuk bukak posa. selamat la masak tak banyak.

kelmarin. susah2 sangat. p beli kat kedai.
sedap pon sedap mek kelate tu wat. penat tak. peluh pon tak keluar.
beli 2bungkus. dapat sup n kuah kari.
sambal belacan + timun tu wajib la kan.

aku cakap kat En. Boo Boo. kalau hari2 beli pon takpa.
2orang makan baru RM12.50.
sebab hati n pedal ayam, 3ketol 50sen je.








 


menu berbuka...posa ganti 6



 dah banyak hari aku posa. tapi tak update pon pasal menu2 nya kan.
takpala. aku malas nak tangkap gambo sebenarnya.
ini semua gara2 sebab masalah yang melanda rumah.

diam tak diam sebenarnya ada lagi 2hari ja lagi.
ni menu isnin kalau tak salah.
bukak posa makan cekodok je. n ade nugget + crab ball goreng.
jadi la. dah malas kan.

speselnya taw tak kat mana.?
En. Boo Boo yang goreng. tengok la rupa cekodok yang besar gedabak tu. hihi.
aku tak le plak snap gambo die menggoreng.
pakai boxer saja. kang ada plak yang tobat tak lalu tengok cekodok pasni. hehe









 


bertukar setelah tidak lagi rasa sedap.!




 setelah hampir 5tahun aku guna maxis.
aku skang ni berubah balik ke celcom. sebelom guna maxis aku telah memilih TM Touch sebagai no permulaan aku.

aku berubah ni ada sebab.
paling nyata adalah kerana malas ke kedai untuk cari topap.
maxis selalu kasi burn duit aku tanpa sebab. baru je topap, taw2 dah kena potong rm2-3.
lagi banyak aku topap, lagi cepat kredit aku abes.!

sekarang ni angin nak berubah no datang balik. 
cuma aku nak bagitaw pada kawan2 lama yang ada no aku tu.
jangan risau sebab no maxis tu masih wujud.

harini dan ntah sampai bila. aku isytiharkan diri aku adalah pengguna calcom postpaid.
berbaloi-baloi. :))









 


Wednesday, July 20, 2011

masalah rumahBERtangga




bila air takde kat umah. memang jadi masalah rumahtangga.
time tu la bakul baju kotor penuh. time tu la ade nampak cawan di merata2.
kiranya time tu semua nampak nak kena basuh la!

aku perasan air dah mula slow petang isnin. tapi aku takde plak pikir yang tak elok.
masak, makan dengan senang hati jela.
bila malam, air makin slow. kalau guna penapis air memang air tu kecik je. lurus halus cam lidi.

semalam, seharian takde air. selamat le umah aku ade tangki besar. guna jela air tangki.
tapi nak buat minum n masak. memang aku tak guna air tangki.
sebab geli. boleh guna alasan camtu.?

budak bujang sebelah umah aku lagi bes. g mandi kat sungai. sungai mana ntah la.
takde aku tanya lebih2 sebab orang myanmar kan.
kawan En. Boo Boo plak siap balik kampong kat Besaut. amek air sebab anak ramai.

 dan pagi ni. air dah ade tapi tak sehebat sebelom ni.
okey la. kira tahap laju jugak la. lebih laju dari air kencim. hehe
cuma kaler je nak dekat2 same. haih.
 itu le akibatnya kalau guna air free dari kerajaan negeri. :))















 


Wordless Wednesday 3






















 


Tuesday, July 19, 2011

KL Gangstar..ketinggalan zaman





ketinggalan zaman. ye betoi. memang ketinggalan. sebab aku baru tengok sabtu + ahad aritu.
tengok di rumah je. sebab tu lebih baik.
takde pikir jam, takde pikir takde parking, takde pikir tiket abes!
memang seronok la tengok kat Astro First ni. hehe

bak kata pepatah, tengok tv sambil pakai spende pon buleh. hihi.
semua orang mesti dah tengok citer ni kan.? aku je yang lambat.
baru ade kesempatan. tu yang layan tu.

tapi cam besa la kan. pada aku. ape yang diharapkan pada filem Melayu.
sekali @ dua kali tengok. dah taw jalan citer die. dah boleh hafal pon.
moga2 lepas ni ada la citer aksi yang lagi bes hasil nukilan anak tempatan.














Monday, July 18, 2011

ini tetap jadi idaman kalbu...



ini memang aku suka dari dulu2. memang minat sangat.
tak kira la saiz die besa @ kecik. tapi kalau buat kueh raya. ini yang aku paling suka.
kalau pegi jalan beraya pon. ini yang aku suka cari dulu.

sekarang ni aku susah dah nak wat kueh raya. dah masuk tahun kedua aku tak pegang bahan2 buat kueh raya.
sejak kerja dan jauh dari mak. aku dah jadi malas.
lastly2 aku tempah je.. senang dan tak penat.

itu la alkisahnya kalau dah mula ada gaji sendiri. malas mula menyelubungi diri.
seperti arini. aku dah start order kueh raya untuk umah sendiri, mak dan mak mentua.
sooo heaven.. :))










menu berbuka...posa ganti 5



aku posa ganti aritu. tapi tak berkesempatan nak inteprem.
takpela. tapi memang aku aku saje nak letak sini. nak kasi motivate pada diri sendiri.
n nak ingatkan bape banyak hari lagi yang belom aku ganti.


saja aku buat kailan ikan masin ni sebab En. Boo Boo yang suka makan.
aku memang tak bape nak berkenan sebab die masin. haha ayat ntah ape2.
takde masak apa sangat pon.


 kalau ada kailan ikan masin. opkos kena ada tomyam kan. tapi ini tomyam lain ckit.
sebab aku malas. aku cuma rebus2 je. letak kiub tomyam.
n campak segala bebola, crabstick, fishcake. jadi la.
at least ada gak masak. hihi


lastly jangan lupa telor dadar ye. tu sebagai pelengkap menu kalau masak kailan ikan masin n tomyam. hurrmm. arini posa lagi.









 


Kesan Garnier



indah sungguh ciptaan Tuhan yang satu ni. :)

sebelom ni. aku dah cakap kan pasal produk muka yang baru aku cuba.
alaa. baru je aku cakap.baru sebulan. dah lupe eh.!

skang ni. dah memang kompom. 
kulit aku ni dah jadi sehalus Heliza Helmi. hahaha.
aku tipu ja.


tapi setakat ni. memang takdak masalah langsung.
bau pon sedap. ala2 epal ijau + grape fruit gitu. mmmm.
rasa nyaman je n kulit pon tak jadi tegang lepas cuci.


aku suka la sebab produk ni tak berminyak.
semua berasaskan ekstrak buah2 + air.
dah nama pon Aqua Defense kan. :))














Saturday, July 16, 2011

tak sabarnya....






ye...tak sabar nak tunggu Ramadhan dan Syawal.
nak merasa semayang teraweh lagi. tapi entah En. Boo Boo 'mampu' berdiri ke tak.
tahun lepas memang tak sempat buat. sebab ter'deliver' awal baby kami.

mudah-mudahan tahun ni ada rezeki lagi sekali la ye. aminn.
hurmmm.. besnya dapat berbukak posa bersama suami.
aku rasa tahun ni lebih syok kot. sebab En. Boo Boo tak keje.

dapat la bukak posa dengan tenang. insyaALLAH.
yang pasti. aku memang tak masak untuk berbuka. tak sempat weh.
sampai umah lbh kurang 6.30pm kalau bulan posa!

beli kat pasar Ramadhan senang. tapi yang pasti. tahun ni pasti semua mahal2 belaka.
sebab barang semua dah naik kan. so paham2 jela ye.
makanya. kena la pandai2 berjimat. beli secukop rasa sudah.

masa sahur sudah semestinya la kena masak.
sebab time sahur aku memang kena makan nasik. bukak posa takpe lagi kalau setakat makan kueh2 je.
tapi time sahur takleh tak makan nasik.


 lauk time sahur yang paling aku suka adalah sambal tumis kering2 ikan bilis + tempe,
 telor masin @ telor mata. simple je kan.


kalau yang berkuah macam kari ke, masak lemak @ asam pedas memang i cannot go..!
dari kecik2 lagi camni.. sampai la dah kawen ni. 
dan sekarang aku perturunkan citarasa tu kat En. Boo Boo plak.
senang keje aku kan.. hihi











Friday, July 15, 2011

beranak..alah..baby..dah lekat ke..?



malam semalam aku kol mak.
sembang2 anak beranak. mula2 topik umum. cita pasal adik2.
cita pasal anje yang malas nak p sekolah.
pastu mula berginjak ke topik yang makin berat dan berat..

mula2 mak tanya pasal kerja. pastu masuk bab sambung study.
dan lastly..yang buat aku nak letak tipon cepat2.
BERANAK..!!

aku dengar abah cakap kat mak.
"..sambung belajo la senang kalau dah taknak beranak lagi.."
wah..menyayat hati aku weh. sapa yang taknak anak kan.?

bila abah cakap camtu. aku dah mula feeling2. mata pon dah berair.
mula cari alasan nak letak tipon je.
mak dengan abah bukan taktaw. kami mana penah merancang.
*
*
*
*
*
pagi tadi kakak ipar aku plak kol.
tanya khabar kami berdua. sebab nak tanya. jadi balik kampong ke tak.
aku cakap la aku tak sihat. dok batuk2. selsema tak baik2.

terus kuar soalan yang buat hati aku berdarah balik.
"..napa tak sihat..? miemie ALAH ka.? awat.? lekat dah?.."
jawapan spontan aku..
"...erkk..belom lagi..faktor cuaca.....!"

lepas letak tipon. teros aku kol En. Boo Boo.
seperti biasa. dia diam je.. lepas tu baru bercakap.
dan tak komen apa2 pasal soalan kakak dia tu.
*
*
*
*
*
aku taw. kalau dia layan. kompom aku akan meleleh air mata.
so..baik takyah layan. balik keja ni, dia la tempat aku meluah rasa.
apa lagi yang kami nak bagitaw dunia..?

sebab aku bukan jenis nak 'main' sehari 5-6kali.
bukan taksub sangat sampai nak tertonggek2 makan jamu hari2.
tak meroyan sampai gigih nak cek UPT sebulan sekali.
setakat ni aku enjoy sangat dengan life camni.

aku tumpang seronok bila kawan2 positif UPT.
bila kawan2 excited dengan baby diorang.
aku pon tumpang baca pasal BF. semua aku taw.
tapi belom sampai rezeki kami. kami takde nak planning.

nak plak dengan faktor usia En. Boo Boo. memang tak kasi can la!
adik ipar aku pon dah nak masuk anak 2.
kompom la En. Boo Boo terasa kalau sembang pasal anak kan.

aku pon ada masalah period sejak gugur aritu.
dan sekarang ni keadaan En. Boo Boo yang bersimen.
camne gaya nak buat 'ektibiti lasak2' kan..?
kena la paham. yang pasti.. kami memang nak anak.!

Ya ALLAH....Engkau kuatkanlah semangat aku untuk hadapi semua ini...



















Puding Balqis..setelah 2bulan!





dah penah buat sebelom ni. tapi jelas aku punya kesabaran yang tidak kental.
abes jadi sikit senget sebab tak sabar nak tuang lapisan kedua.
kali ni. nampak cun kan.?
angguk jela. bukan kena bayo pon.

nak bagi kelainan. aku tabor je cincau pada lapisan 1st.
nampak sweet je.
ni buat semalam. makanya balik ni dah sejuk n boleh makan. hehe.

raya ni kalau takde aral nak buat open house lagi la.
sape nak datang..?
aku nak buat puding balqis ni jadi dessert. ngam lah..











Suka + Duka..mommy to be





Alhamdulillah. akhirnya penantian selama hampir 7bulan berbaloi.
teman aku di blog ni. c Tinie dah berbadan dua. mudah-mudahan dilimpahkan kekuatan untuk mengharungi tempoh hamil ni ye.


Tinie. percayalah. itu adalah hadiah yang tidak ternilai dari awak untuk suami.
semoga baby besar n sihat dengan sempurna. jagalah nyawa itu sebaiknya.
pada Tini pulak. jaga diri elok2 ye. pasni rajin2 update pasal baby okey.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

pada kenalan di opis ni. aku nak ucapkan takziah.
even die takde blog. dan tak baca pon blog aku ni. :))
baby yang dikandung selama 7bulan (mati dalam perot).
dah kembali ke Rahmatullah.

semoga engkau tabah.
pasti dia akan menunggu mu di pintu Syurga.
hikmah yang tersirat kita takkan nampak kan..?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
missing my baby too..














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...