Sebelom ada yang salah sangka. baik aku cakap awal-awal.
Oreo cheese cake ni aku buat hari Sabtu malam. 2hari sebelom jumpa doctor.
sekarang ni pon still berbaki lagi kat umah. tapi aku hanya mampu melihat.
aku tak boleh makan dah benda2 macam ni. so tengok jela.
tengok sambil telan air lior bila nampak En. Boo Boo makan
sia-sia la kan jumpa doctor pastu telan segala. baik tak payah control makan.
aku sempat rasa hari Ahad tu jela. eh sedap jugak ye.
tapi berapa banyak kolestrol + lemak tepu yang aku terpaksa hadap.
so aku lebih rela amek bau dia je sekarang ni. sedih sungguh.ni nak bagitaw.
walaupon rupa tak semegah mana. tapi rasa sama je dengan hasil tangan Mat Gebu.
walaupon rupa tak semegah mana. tapi rasa sama je dengan hasil tangan Mat Gebu.
BAHAN-BAHAN :
250 grm cream cheese
200 grm cream/whipping cream- 1 kotak kecil
100 grm gula castor - boleh tambah jika suka lebih manis
1 1/2 sudu besar gelatin halal brand Nona
120 ml air suam
8 keping biskut oreo dihancur-masuk dalam adunan cheese
BASE :
200 grm biskut oreo-dihancurkan
100 grm butter dicairkan
Biskut oreo dihancur halus kemudian digaulkan dengan butter yang dicair sehingga cukup sebati dan boleh dipadat atau dikepal-kepal . Kemudian semua adunan biskut ni tekankan sampai padat dalam bekas yang sesuai . Sejukkan selama 30 minit - 1 jam.
FILLING :
Putar 250gm cream cheese bersama gula castor hingga kembang.Setelah kembang, masukkan semua cream/whipping cream dan pukul hingga lembut & sebati. Ketepikan.
Bancuh gelatin + 120ml air suam . Masukkan gelatin ini ke dalam adunan chream cheese tadi dan gaul semua bahan sehingga cukup mesra . Kemudian masukkan semua biskut oreo yang dihancur dan digaul rata
Tuang adunan cream cheese tadi ke atas base. Sejukkan didalam peti sejuk dan bila dah keras, keluarkan & hias dgn blueberry filling kalau nak.
sumber :: KAK NANIE
7 luahan hati..:
boleh try ne..genk mmg sdg cari resepi oreo ne..hehehe..cuma gelatin tu je blm ada..
sis, genk nak tanya ne,,genk kurang faham part bancuh gelatin tu.. boleh ajar caranya tak..ernm..akak balas kat shoutbox atau akt ruanag komen ya.. ^^ makasi sis
ko masak,lepas tu ko bawa la datang opis,bagi si Aki makan.. lagi bagus.. :-p
sedapnyeeeeeeeeeeeee ciskek ratu pn tak pnh cuba buat lg.em nape takble makan ye?
CGBN :: EH, bukan susah pon nak buat campuran gelatin tu..
gelatin + air suam,then kacau saja gelatin tu sampai betol2 smooth n terus masukkan dlm cream yg dah diputar..
senangkan..??
aki :: bukan tidak mahu bawa ke opis..tapi sudah beberapa hari...so tak elok nak bawa pada kawan2..
lain la kalau baru buat semalam..
ratu :: sekarang ni saya kena diet la ratu..sebab sy disahkan ada PCOS..
so xleh dah nak mkn bnd yg lemak2 n kolestrol tinggi...sekarang ni tengah belajar amek bau je...cian kat sy..
sodap nieh!
Post a Comment