Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 28, 2011

Mee Hailam Tanpa Minyak




..yang tak menjadi. pasrah wei.
sebab tak pedas dan tak hitam. itu komen En. Boo Boo.
dah nama masak gaya sihat. tentu la tak sedap kan. Hehe.

 aku tak guna cili blend pon. cuma potong capsicum merah + lada hitam kasi lebih.
cara masak pon senang. campak2 je.
asalkan kenyang. itu pada aku la. pada En. Boo Boo kompom rejek.

tapi aku masak ni, kongsi 2orang. bukan banyak pon.
aku yang nak lose weight, En. Boo Boo pon sama jadi mangsa.
tapi sekarang ni. En. Boo Boo asyik merungut aku masak tak sedap. Hehe.


 Bahan-bahan :
1/4 peket Mee
2ulas bawang putih - diketuk
1/2biji bawang besar - hiris nipis
 Dada ayam (fillet)
3 ketol bebola ketam
1keping fishcake
1batang sosej
1biji telor
1/2 kiub ayam
Ceri tomato, kobis, sawi, carrot, capsicum n kobis bunga

 Cara-cara :
Didihkan 2cawan air. masukkan bawang besar dan bawang putih.
masukkan ayam, bebola, fishcake. dan sos tiram n kicap.
kiub ayam, lada hitam  dan daun limau purut pon masuk sekali. biar mendidih.

pastu masuk kan sayuran kecuali sawi n tomato.biar mendidih
letak sawi n tomato n telor. biar 3-4minit. kacau.
masukkan mee yang dah direndam. hidang.


tapi minyak still ada jugak. aku rasa dari fishcake n bebola ketam.
mungkin juga dari mee. walaupon tak guna minyak tapi still berminyak kan.
bayangkan berapa banyak la minyak yang dah tepu dalam badan aku ni.
sungguh menakutkan.!





 


2 luahan hati..:

AIN NAZRI said... [Reply to comment]

meme jgn laaa seksa en boo boo kamu tuh.. sangat kejam ok.. meme leh je masak sedap2.. tumis guna minyak yang sgt minimum.. biarlah en boo boo makan sedap..
tapi meme jgn makan kuahnya.. meme makan isinya.. yang banyak minyak + garam + perasa + gula tu kuahnya..
dulu masa ain diet ain tetap masak yang sama tuk en somi.. cuma kalau bab2 kuah ain x amek.. kalau ain nak jugak makan kuah tu, ain akan asingkan sebelom masuk garam or perasa..
nak jaga suami kan ikat perot dia dulu..hehehe kang dia request nak makan kat luar kang.. lagi susah hati kita

ipa faiza~ said... [Reply to comment]

nampak sedaap.

oke dah lapar.

cit. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...