Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 13, 2011

Bubur Chaca Ubi





Aku buat bubur chaca ni masa mak datang Jumaat malam aritu.
sebenarnya aku pon tak taw nama bubur ni bubur chaca.
setahu aku bubur chaca yang buat dari tepung warna warni tu.

rupanya orang dulu panggil bubur ni bubur chaca.
sebabnya dia berwarna warni jugak. gabungan segala jenis ubi.
macam aku, aku letak keledek kuning. keledek oren, keledek ungu.
lepastu letak pisang dan sikit sagu.

tapi kalau orang dulu2. mereka akan masukkan jugak ubi keladi dan ubi kayu.
semua ubi2 ni dipotong dadu. besar sikit dari saiz ubi yang didadu untuk buat karipap.
aku teringin makan bubur ni sebab masa kenduri angah aritu aku tak sempat tengok pon.

 biasa la kalau kat kampong. guna bahan2 keliling kampong jela kalau nak kenduri.
meriah taw time gotong royong tu. :)







 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...