Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

9 Rahsia Kenali Teruna Idaman



Kalau sebelom ini, aku ada ungkap rahsia anak dara.
tapi ramai yang bertanya, macam mana pulak dengan kisah anak teruna.
okey. ini semua aku google je. tapi aku olah berdasarkan pengalaman aku bercinta. Hehe
kira En. Boo Boo aku tu masih teruna la ye sebelom kawen.
merepek. . merepek. balik kang mau kena libass. !
jom la kita korek rahsia teruna idaman Malaya kamu semua.
ini adalah melalui pembacaan je. kalau ada salah silap, aku mohon maaf.
malam pertama adalah kunci rahsia utama. ssyyyyhh.
siapa yang dah kawen, tahu la. .

1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita. Ada ke lelaki yang kalau nampak perempuan, curi2 pandang. ? melainkan la perempuan tu mak cik kantin ke, cleaner opis ke. tapi kalau penuh dengan keterampilan, cleaner pon jadi cun. ! Jaga2.

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan. Setiap kali kita pandang, dia akn pandang tempat lain. tapi bila kita pandang tempat lain, dia akan pandang kita.. i likee. . tapi susahnya nak jumpa lelaki camni kan, lagi perempuan tenung, lagi dia melawan adalah. Lelaki oh lelaki. .

3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja. Aku rasa ada kot yang masih macam ni. . cuma nak jumpa je susah.! apepon, tetap ada.. gali dan gali okey. .

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Cakap pon slow je, antara dengar dan tidak. . gerak badan dia memang terkawal. Hihi

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya. kalau tak cantik, terus dia sakit jantung. ! Hehe

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. Gemar berlagak untuk menarik perhatian pasangannya. Maklom la pertama kali bercinta. semuanya tak kena. Asyik nak kena bagitahu itu ini baru nak boleh buat. !

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati. Ini memang betol. . tapi selepas disuruh itu ini baru ada rasa hati dia nak berubah dan beli apa yang perlu. tapi kalau kita mintak apapon, dia akan belikan. cubalah. .

8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan. dan kalau keadaan lebih terdesak, mereka sanggup datang ke rumah kita. tiba2 je dah ada depan rumah.! itu yang makin sayang tu. .

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan. Walaupon awek dia tu gebu dan lebih kilo dari awek orang lain. tapi, still di hati.. auumm. .  :)





Wordless Wednesday : Sebelum dan Selepas !





 


Friday, February 24, 2012

5 Rahsia Kenal Anak Dara



Ini semua melalui pembacaan aku dari AAP. aku nak berkongsi
dengan lelaki teruna yang kat luar sana. Teruna saja okey. yang tak teruna, 
sama2 la cari yang bukan lagi dara. Haha. baru la adil namanya. .
diri sendiri busuk, ada hati nak cari yang wangi. tak malu. wekk :p
apapon. ini cuma sebagai panduan, kebenarannya masih lagi
tertakluk pada malam pertama masing2. :)

1. Dahi
Bagi wanita yang masih dara akan mempunyai dahi yang halus dan licin. Dan jika tidak suci lagi, maka akan muncul kedutan yang tidak begitu terlihat dan samar-samar. Ciri ini tolong bezakan dengan kedutan kerana usia. Kedutan kerana sudah tidak perawan, terlihat samar-samar dan akan terlihat jelas semasa tertawa atau bercakap.

2. Mata
Ciri pertama boleh kita lihat pada matanya. Jika wanita yang sudah tidak perawan bahagian bawah kelopak mata terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam (hitam) kemerahan. Atau ada tambahan garis keriput. Sedangkan jika masih suci maka matanya cerah berseri.

3. Hidung
Seorang gadis yang masih suci dari jamahan lelaki hidung belang, mempunyai ciri fizikal pada hidungnya. Apa itu? iaitu pada hujung hidung terlihat ciri kemerah-merahan. Sedangkan untuk gadis yang sudah tidak perawan akan mempunyai warna merah tapi lebih pucat.

4. Pipi
Jika gadis masih perawan maka pipinya akan menggairahkan dan merah segar. Kalau seorang wanita sering dicium kesannya adalah pipinya menjadi tidak merah lagi. Ciri lain boleh dilihat jika seorang pipi dari wanita tidak perawan terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas.

5. Telinga
Seorang wanita yang sama sekali belum tersentuh oleh lelaki boleh juga dilihat cirinya pada telinga. Bagi wanita perawan maka telinganya akan akan nampak halus dan bersih. Sedangkan telinga pada wanita yang sudah tidak perawan akan menjadi sedikit leper. Kerana waktu malam sering digigit :)

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri perawan tapi kerana ia melibatkan organ-organ sensitif lebih baik  tidak diceritakan :) . Ciri-ciri diatas sudah cukup untuk membezakan mana wanita yang masih dara atau tidak. Nanti cerita lebih2, langsung kena banned pulak blog aku. .  Hehe





Melayu dan Bisnes



 pagi nak update jugak. secara marathon. sibuk sangat. semalam pageview
tak semegah mana. so pagi ni kena usaha.
semalam aku penat main bowling. nanti aku story secara bergambar. sekarang ni ada 
kerja nak urgent. ! Heh.
balik kerja semalam, jari dah sakit2, sakan main bowling
punya pasal. request pada En. Boo Boo nak makan karipap.
so pergi beli yang frozen punya. tapi bukan cap Tesco atau Kawan.
ada kakak kat kawasan rumah aku tu buat.
pergi beli, balik dan goreng dengan senang hati.
time makan, rasa pelik. karipap tu tak sedap macam dulu.
ada kekurangan pada rasa. aisey. . ni yang spoil ni.
Kenapa la orang Melayu ni kalau meniaga tak pernah nak bagi elok.?
pantang apa yang dia jual tu menjadi dan laku, mesti nak selit taktik kotor. !
kalau dah sebelom ni sedap, terus la dengan rasa sedap tu.
perlu ke nak kurangkan kesedapan bila dah popular.?
kalau macam tu, sampai bila2 pon melayu tak maju kak ooi. .


 


Tuesday, February 21, 2012

12 Cara Buat Suami Terkulai



Berani Berinisiatif
Kalau selalunya suami yang mulakan dulu. tapi sekarang, kita ubah gaya. isteri yang mulakan dulu.
kebanyakan isteri malu tapi mahu itu lah punca kenapa dan mengapa suami cepat bosan dengan isteri. Bermula dari malam ni, biar isteri pulak yang cuba tarik minat suami. Nak malu buat apa, benda halal kan. .

Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala  kadar   jer.  penampilan yang cantik dan wangi akan lebih menarik minat suami. ini tidak, setiap kali nak bercinta, asyik tengok muka isteri bertepek bedak sejuk je. aish. mau gayat suami. ! kali ni ubah sikit penampilan. Mandi dulu, pakai baju yang seksi dan wangi2 kan diri. Baru mengancam. !

Rapikan Kamar Tidur
Sebelum  bercinta,  rapikan tempat tidur.  Bersihkan tempat tidur dari  kain  dan  pakaian yang tidak  berguna. Jika cadar dan sarung  bantal  kotor, gantikan  dengan yang  baru dan  bersih. Tak perlu yang baru2 saja, asalkan bersih. Nak lagi best, semburkan minyak wangi pada katil, secara psikologi suami lebih terdorong nak bercinta kalau hidu benda wangi yang lembut baunya. Cubalah.

Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya  sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri,  kedua-duanya  dituntut  untuk  aktif..  Sayangnya,  dalam  perkara  ini  yang  aktif  selalunya  suami.  Isteri  sering  bersifat  pasif  dan  menyerah. Agar  suami  cukup  berghairah,  isteri  perlu  bersikap  aktif  melakukan  ransangan  di tempat-tempat sensitif. Tapi jangan sampai melampau sangat aktifnya, kang ada pulak yang patah riuk. Hehe.

Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan  rasa   jengkel   dan  marah  si  suami.  Sebenarnya   tiada   alasan  mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin melakukan  diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami  itu dipenuhi  isteri,  maka suami  akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini  boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami,  layanilah suami dengan berbagai gaya. cuma pastikan gaya tu tak menyakitkan isteri dan tak bercanggah dengan cara Islam.

Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan  sikap yang sopan.  Sikap sedemikian secara  psikologi  mempengaruhi semangat  suami untuk bercinta. Ini aku pon tak pasti gayanya macam mana. Kadang2 tu kalau dah masyuk sangat, hilang pulak sifat sopan tu. Hahaha.

Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam   bercinta   jangan   sesekali   mengungkit   kelemahan   suami,   misalnya  mengungkit  tentang  ukuran  'pedang'nya  yang  agak  kecil atau pendek.  Ungkitan  seperti ini boleh menurunkan ghairah suami. Jadi jangan la sesekali nak mengungkit ya. !

Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat  suami untuk bercinta menurun.

Jangan Banyak Berbual
Kita mungkin seorang yang suka  berbual. tetapi  perkara ini jangan diamalkan  ketika kita sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan  tumpuan suami dalam menikmati percintaan terganggu.
Nak pulak bersembang hal opis time bercinta. Silap2 orang tu merajuk seminggu.

Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu  kemestian dalam  bercinta,  katalah  isteri  tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja.  Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta. Mintak apa yang patut, jangan segan2.

Beri Pujian
Setelah selesai  bercinta, jangan  lupa  untuk  memberikan  pujian atas  kehebatan  suami.  dengan  pujian  suami  akan  berasa  bangga. Tetapi  kalau  suami  kurang  hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan  kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang. Cuma jangan pulak mintak suami telan viagra ke, sapu minyak lintah ke. Biar seadanya, baru la syok. !




 


Binatang tak mesra dapur !


Dalam banyak2 benda makan di dunia.
setakat ni ada 2jenis yang aku rasa takkan masuk dalam dapor rumah aku.
sebab aku malas dan jugak sebab takde sape yang nak tolong setelkan.
kalau En. Boo Boo setel, aku meragui kebersihannya pulak.
maknanya, kalau nak makan, balik kampong jela.
ikan keli memang tak pernah aku mintak En. Boo Boo beli.
bila mengenangkan lendir dan tahap licin dia tu, kirim salam jela.
kena tunggu makan dalam mimpi la jawabnya.
aku geli sungguh dengan ikan keli ni, time makan hilang pulak geli.
walaupon sedap, nama kata nak beli dan masak, memang tak la !
beli kat kedai pulak ada masalah lain. kat bahagian perut tu
masih lagi hitam sebab cuci tak bersih. Heh.
kadang2 tu insang pon ada lagi. tapi kalau dah teringin sangat,
beli jugak la yang dah siap tapi pilih yang kecik2. yang besar tak selera.
 ketam ni pon masalah jugak pada aku. aku tak reti nak bersihkan
part yang mana satu. apa yang nak kena buang pon aku tak taw.
memang aku gagal bab ketam ni. tapi kalau dah dibersihkan,
memang aku boleh mereka masak yang best. !
setakat ni, ketam pon dikira tak mesra dapur dengan aku.
dan kalau keluar pon, ketam bukan jadi pilihan.
dah la susah nak makan, takde nikmat nak makan sebab isi sikit.
kulit je lebih. kat bahagian kaki tu lagi la leceh.
tapi kalau ada yang tolong kopek dan letak isi dalam pinggan,
memang laju lah nak makan nasik. Hehe.



 


Monday, February 20, 2012

Rotiboy yang enak, Rotiboy yang gebu!



haruman kopi dia memang memikat hati. pada aku,
 tak cukop satu kalau dapat makan.
dah pernah try yang paparich punya tapi still aku suka yang ni jugak.
sebenarnya hari2 aku amek bau rotiboy ni. setiap hari nak balik kerja,
aku mesti lalu depan kedai ni. yela kerja kat Midvalley kan.
jalan nak ke komuter tu mesti lalu depan kedai tapi tak beli pon.
sebabnya nak kejar tren. kalau singgah beli, mau kena tinggal. !
okey. ni ada resepi nak tunjuk kat semua. nak buat entah bila.
nampak gayanya beli jela kalau nak makan. Heh.

Bahan-bahan ( 17 biji )

* Bahan untuk Inti *
100 gram mentega bergaram, dilembutkan
1/4 sudu teh esen vanilla
35 gram gula perang

* Bahan untuk Topping *
100 gram mentega, dilembutkan
80 gram gula aising, diayak
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air
secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi
100 gram tepung serbaguna, diayak

* Bahan untuk Doh Manis *
500 gram tepung roti, diayak
20 gram tepung susu, diayak
75 gram gula kaster
1 sudu teh) garam
1 1/2 sudu teh yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 gram (270 ml) air atau susu segar
(kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu tapi gunakan air)
60 gram mentega, dilembutkan

1. Cara untuk Intinya Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. Tuangkan adunan kedalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

2. Cara untuk Topping Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Masukkan esen kopi. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

3. Cara untuk Doh Manis Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

4. Cara untuk membuat Roti Boy Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. Letakkan inti ditangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.

 sumber :: my. Resepi + Google

 


Lelaki dan skirt pendek



Kenapa lelaki lebih prefer tengok perempuan dengan skirt pendek.?
kalau dapat pandang, sampai tak berkelip jadinya.
kadang2 aku pelik. memang fitrah lelaki perlu camtu ke.?
kalau sekali pandang tak dikira berdosa tapi
kalau sampai tengok dah tak berkedip tu, memang melampau.!
yang bujang katalah bujang, belom mendapat.
yang dah kawen ni. lagi terjojol bijik mata, macam isteri kat rumah tak berfungsi.
aish. insaf la Adam yang bergelar suami sekalian.
apa perasaan Adam ni kalau Hawa mereka bersifat camtu jugak.?
tengok lelaki yang lagi handsome and lebih metroseksual.?
 mata sikit pon tak berkelip, mau cemburu kan.?
sebenarnya, yang berskirt pendek tu belom tentu cantik
dan gebu di bahagian lain. mesti ada ber'kerak' jugak.!
so tak perlu la nak terlalu bernafsu dengan kecantikan duniawi tu.
yang penting, ingat isteri kat rumah.
dan kita sebagai isteri pon kena la beringat, cantik dan bersiap hanya untuk 
suami. tak perlu nak daring sangat bila keluar atau ke tempat kerja.
tapi jangan la sampai tahap selekeh . !


 


Friday, February 17, 2012

CD55 : Pati Delima (Gulsan)



alhamdulillah. di pagi Jumaat yang mulia ni. aku dapat rezeki.
ada kawan opis yang TTC sama dengan aku, sedekahkan pati delima ni.
beberapa hari lepas aku ada ceritakan pada dia tentang pati delima
dan amalkan minum susu kambing yang dikisar bersama 2bijik kurma.
dia takde blog so aku kongsi dengan dia seadanya.
maklom la dia dah TTC selama hampir 4tahun.
 family mertua dah mula bertanya.
tapi aku ada pesan, jangan stress sangat.
sebab dia takde masalah apa cuma ovum dia kurang matang.
gynea pon ada nasihatkan dia jangan terlalu stress kan diri.
sentiasa cool je. aku harap dia kuat dan tabah.
bercakap memang pandai tapi hati sendiri pon rawan jugak.
cuma aku still boleh sabar. dan aku nak dia pon sabar. .
rezeki tetap ada cuma bila, itu bukan kerja kita !
 semalam dia beli pati delima ni. dia beli 2 botol dan bagi pada aku satu.
aku terkejut jugak la sebab tiba2 ada orang yang sanggup berkongsi camni.
mula2 aku menolak jugak sebab aku rasa dia lebih memerlukan.
tapi bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak. so aku terima la. :)
apepon, terima kasih ye. kita usaha sama2.
sharing is caring la dear. apa yang aku lebih,
aku akan cuba kongsi dan sampaikan.
orang yang tak alami masalah cam kita tak akan faham apa yang kita rasa.
betol tak geng TTC. ?



 


Cara Hamil Dalam Masa 3 BULAN


Tadi check emel. ada kawan hantar pasal cara penyelesaian untuk preggy.
tapi aku tak pasti penggunaannya. 
lagipon emel yang dah beratus kali di'forward' kan tu,
 menggugat kepercayaan aku.
apepon terima kasih ye. cuma aku tak berani nak mencuba. aku takut !
aku belom la terdesak lagi walaupon dah nak masuk tahun kedua berkahwin.
bukan tak mengharap tapi aku faham apa masalah aku.
pelan2 aku usaha k. setakat ni aku takde extreme nak mencari ubat lagipon.
antara kandungan emel yang menarik perhatian aku adalah berkaitan PCOS.
marilah aku kongsi dengan semua terutama geng TTC.

Kami Telah Pecahkan Peratusan Mengikut Masalah Yang 
Kerap Melanda Wanita Mahupun Lelaki. 
Data Di Bawah Ialah Peratusan Yang Berjaya 
Hamil Mengikut Masalah Hanya Dalam Masa 3 Bulan.
  • PCOS - 28%
  • Gangguan Hormon - 9%
  • Fibroid - 12%
  • Cyst - 2%
  • Gangguan Period - 10%
  • Azoospermia - 8%
  • Rahim Terbalik - 1%
  • Tiub Sebelah Sumbat - 1%
  • Rahim Tak Kuat - 23%
  • Sperma Tak Cukup Kuantiti - 6%
Siapa Yang Sesuai Pakai Lumiglow ?
  • Yang kitar haid tidak tetap
  • Yang rahim tidak kuat (menyebabkan keguguran)
  • Yang ada cyst atau fibroid di dalam rahim
  • Pcos (Polycystic ovary syndrome)



 


Thursday, February 16, 2012

Cantikkan Kulit dengan Lendir Siput Babi ?!



pernah dengar petua ni.? tak pernah kan. aku kan tadi post pasal mask.
terus ada yang spam aku tentang mask spesel ni.
aku rasa aku tak gamak pon nak guna. sebab aku geli sangat dengan
binatang ni. aku boleh sepak dia jauh2 kalau dia ada depan aku.
memang la kejam, sebab aku benci binatang lembik yang berlendir. !
aku search kat google pasal produk ni. memang ada pon dipasaran.


di Malaysia aku tak pasti ada jual ke tidak.
tapi kalau ada yang terdesak sangat nak cantik tu, silakan la.
cuma pada aku, banyak lagi benda lain yang boleh buat kita
cantik dan kulit licin.
bukan terdesak sangat pon kan. asalkan hati mau baik.
muka koyak pon orang tetap suka dan kenang sampai mati. .
ye tak . ?



 


Mask Bioglo dari Cosway



tidak la mampu seperti orang lain yang pakai mask sekeping je 
dah harga RM50-60. nak buat camtu memang layak tapi 
lepas tu 2minggu tak pergi kerja sebab minyak kereta takde orang isi.
bab makan kena gak makan, tak boleh elak dan tak boleh buat lebih kurang. Heh.
mask ni aku guna sejak dari sebelom kahwin lagi.
harga berpatutan. takde la sampai meruntun jiwa. ala kadar maksudnya.
sejak aku sunburn ni, ada jugak la aku tepek mask ni.
dah abes stok pon. nak beli sendiri, kena guna duit sendiri.
kalau pergi dengan En. Boo Boo kompom la free kan. Hehe :)

 sejuk dan bau buah-buahan. lebih kepada bau orange sebenarnya. sweet je.
pada aku, mask ni lepas kita tanggalkan pon, takde rasa kulit berminyak.
kulit still lembut dan licin tanpa minyak. dan lebih segar.
mask ni pada aku lebih mudah la sebab lepas pakai terus je buang.
kalau jenis yang bancuh sendiri tu, alamatnya boleh pakai sekali jela.
lepastu simpan berkurun2. sebab malas.
aku sebenarnya lebih selesa guna mask sebelom tidor. kalau masa tidor
aku rasa mask tu boleh berjalan sendiri. esok pagi bangun,
tengok2 dah sampai hujung kaki.
so tak berapa mujarab la kan. pada aku la.
apepon, yang penting mask ni tak perlu guna hari2.
cukup la seminggu 2 kali atau sekali. kalau nak lagi jimat, guna 
la yang ada kat dapur tu macam asam jawa, timun atau telor. 
cari la resepi yang sesuai dengan korang ye.
selamat mencuba :)



 


Nilai sebuah lagu



Dalam hidup kita ni, rasanya tak pernah sehari pon kita tak hidup dalam lagu kan. ada ja dengar mana2. paling banyak sekali mesti waktu drive.
aku kalau masuk kereta, 2 benda aku buat dulu. ekon and radio.
kalau tak on radio, nanti ada orang lain yang cipta lagu sendiri.
 so, aku cuba elakkan.
aku bukan penghafal yang baik.
 kadang2 dengar je tapi taktaw sapa yang nyanyi.
ada masa kenal penyanyi tapi tajuk lagu memang out. !
cuma aku ada beberapa lagu yang melekat kat hati sampai harini. .
liriknya pon aku still boleh agak2 even tak 100%.

Rindu Serindu Rindunya (Spoon)
Jiwang beb ! tangkap leleh semua ada. aku ingat lagu ni 
sebab ni lagu paling hot masa aku baru masuk Ting.1, tahun 1998.
kalau ada lagu ni keluar radio, pasang kuat2.
dan jangan taktaw, siap tulis lirik lagu ni kat buku.
buku kulit tebal yang ada gambo artis2 tu. jaga sangat buku tu.
tapi sekarang ni buku tu dah takde. agaknya dah kena buang masa nak pindah rumah dulu.

Januari (Glen Fredly)
aku ingat bukan sebab bulan birthday aku. tapi ni kisah lama.
kisah mula nak belajar bercinta. Hehe. paling menyayat hati la time tu.
tahun 2003. cinta monyet yang ditatang selama 5tahun berkecai.
nak pulak time putus, lagi sehari birthday sendiri.  sakit jiwa jugak la time tu.
tapi tak jadi hal sangat sebab masa tu baru masuk poli kan so
 kejap je aku dah leh jumpa pakwe baru. Heh.

Bintang Kehidupan (Ronnie & Yantie)
lagu ni hot tahun 2003 jugak la. kenang sampai sekarang sebab
dah besar kan, dah masuk fasa baru dalam kehidupan. dah putus cinta.
nak cari cinta hati baru kena la ada semangat sikit kan. 
so ini la pembakar semangat.lagipon lagu mengenangkan aku pada kawan2.
 time makan kat kafe tu, asyik ulang dengar 
lagu ni je. stay kat asrama pon, pasang radio, lagu ni jugak.
kalau dengar lagu ni, aku lebih ingat pada kawan2 poli la. miss u all.

 Pencinta Wanita (Irwansyah)
ini paling tragis. aku tak suka lagu ni sebenarnya. tapi roomate aku masa
kat UTM dulu suka sangat lagu ni. hari2 dia pasang. siap buat ringtone lagi.
kalau dengar sendiri takpe tapi pasang ulang dengar hari2 setiap masa.
roomate aku tu cam psiko sikit kalau dia taksub dengan satu2 benda. sebab tu
bila aku hang out dengan geng aku, aku mesti kena perli punya pasal lagu ni.
konon2nya lagu ni pon jadi lagu feberet aku gak. aish. 
dan sampai sekarang kalau aku dengar lagu ni,
 aku mesti ter'psiko' muka roomate aku. ngeri kot !
 Hahaha




 


Wednesday, February 15, 2012

Roti Pratha jenama Kawan


Dah lama tak main masak2 kat blog aku ni. bukan tak masak tapi sebab asyik ulang tayang je. segan la nak tunjuk kat semua. lagipon masak simple2 je.
kat rumah tu, gamaknya semua orang dah jemu makan roti.
tapi aku tetap tebal muka, hidang roti siang malam. kalau rajin sikit baru masak best2. Haha Kejam kan aku .
ini antara resepi yang wajib ulang tayang setiap kali refill stok roti pratha.

cairkan sikit butter. pecah telor yang dikocok dengan garam. . tabur bawang.
 tabur sosej yang dah direbus atau salai.
jangan bagi telor tu terlampau masak. nanti keras. terus je tepek
dengan roti pratha yang dah di salai sebelah bahagian. dah agak2
telor tu masak. alih pulak ke bahagian lain. masak sampai garing.
kalau tak garing. tak sedap.
 dah siap. bukan susah pon. potong la ala2 gaya mamak kat kedai tu.
nak lagi sedap. cecah dengan kari. tapi kalau dah malas.
dengan sos pon jadi. asalkan ada pencicah. nak cicah dengan milo pon boleh.
kalau gamak le. tak tergamak takyah la. Heh.

dah siap hidang. bila suami nak mula suapan pertama. tanya la soalan cepumas.
" . . sedap bang. ? "
". sedaappp. pandai sayang buat. ! "
kembang hidung wa cakap lu. berani cakap tak sedap kan. Haha.





 


Lovebite tanda belom kahwin ?!


Semalam balik rumah, aku kena naik bas. sebab nak belajar hidup berdikari kan.
nak drive sendiri, malas pulak. kang berlubang lagi bumper Mr. Silver.
kalau dah asal mulut tu suka menyembang, campak la kat mana pon.
mesti 'rajin' nak buka mulut and menegur orang.
kisah ni agak sengal and lucah la. . pandai2 la fikir ye.

bas mini kompom la cepat penuh plus orang bersesak2 nak naik kan.
dalam ramai2 aku perasan sorang budak perempuan ni. muda lagi.
yang buat aku tertarik dengan dia, dia ada lovebite.! Hehe.
bila orang makin kurang, budak perempuan ni dapat duduk.
nak jadi cerita duduk sebelah aku.
aku pon tanpa segan silu buka la mulut.
tanya macam2. keje mana. nak balik mana. umur berapa.
stay dengan family ke. taknak sambung belajar ke. ish. kepochi.
sambil2 tu dia pon dok tanya aku jugak la. tapi yang buat aku makin tertarik dengan dia, masih disebabkan lovebite tu. sebab ada banyak sangat. malu ai time tu bila ada bangla and myanmar dok tengok dia sambil jeling2 kat lovebite tu. . tapi dia tak perasan pon.


makin lama makin menjurus ke arah peribadi.
". adik dah kawen ke .? "
" belom. muda lagi la kak.. tapi dah bertunang. ! "
sambil senyum2.
uish. abes lovebite tu apa kekdahnya. ? aku terus telan air lior.
rasa seram pulak duduk sebelah budak ni. selamba je dia jawab soalan aku tu.
macam mana dia balik ke rumah dengan lovebite penuh leher.?
macam2 aku fikir. sampai ke rumah aku cerita kat En. Boo Boo.
". tanda lahir kot yang. !"
yela abang. tanda lahir la sangat. macam le kita ni tak pernah merasa lovebite.
tapi memang aku jadi terkedu sangat time tu. dah tak boleh nak cakap apa.
semoga budak perempuan tu terhindar dari dosa2 besar. aminn.




 


Wordless Wednesday : Sesat !






 


Tuesday, February 14, 2012

Demi kamu wahai anak . .



Semalam jumpa gynea. dan semalam jugak ada yang promote 
pati delima kat aku.
mungkin sebab aku takde anak kot. itu yang asyik dihujani pelbagai 
jenis ubatan untuk kesihatan luaran dan dalaman.
demi kamu wahai anak . . semua sindiran, tohmahan dan simpati,
kami dah telan. belom terbentuk pon lagi lahiriah kamu.
 entah di mana kamu berada. tapi macam2 ubat terpaksa 
melepasi kerongkong ini.
sikit pon tak mengungkit tapi kenapa orang sekeliling 
tak boleh biarkan diri kami diberi
kesempatan untuk hidup berdua dengan aman, tanpa kamu. ?
 lahir kamu umpama rezeki. tapi kalau belom diberi peluang untuk
terima rezeki itu. perlu ke kami meraung, meratap hari2. ?

rasanya untuk tahun ni, belom nampak peluang
untuk bersama kamu . .
stok untuk pil perancang dah tersadai kat rumah. 
tunggu masa je nak ditelan hari2.
kena makan sehingga 3bulan tanpa henti. dan 2bulan diberi rehat tanpa stok.
bulan 7 sebelom puasa, lagi sekali jumpa gynea.
amek darah untuk tengok tahap hormon.
dan mungkin lagi sekali buat vaginal scan. perit jugak la.
selamat la ovari dan rahim takde masalah. kalau tidak, macam2 lagi yang
gynea tu akan buat. susahkan nak ketemu sama kamu .?

 temujanji dengan dietitian pon dah ditetapkan. berat perlu turun.
sekurang2nya 1-2kg sebulan. tapi mesti tak lebih dari 5kg.
harapan masih ada walaupon usaha dah sikit malap.
sekarang ni kesihatan makin tak menentu. mudah sangat sakit ulu hati.
takut jugak kalau dapat sakit jantung. tapi dah check, semuanya normal.
alhamdulillah. pergi klinik kesihatan. 
tak pasal2 diberitahu sakit tu berpunca dari masalah psikologi.
dah tak siuman ke diri ni sebab memikirkan kamu. ?

kalau rezeki belom ada, buat la macam mana pon. tetap takda.
jaga kesihatan diri yang penting. cuma manusia di luar sana tu jangan la mengganggu.
sampai masa nanti, blog ni akan dipenuhi dengan cerita2 kamu.
time tu jangan pula ada yang mencebik, menjuih. balik2 cerita pasal kamu.
ingat, rezeki manusia di muka bumi ni tak sama. ada kaya, ada miskin.
 mungkin kami akan kaya, dengan adanya kamu. . tapi bila saatnya belom pasti.
hanya Dia yang Maha Mengetahui.  :)



 


Petua Hilangkan Sunburn



semenjak balik dari Pangkor ni. aku perasan, aku ada sikit hitam berkilat !
ada jugak kawan opis yang menegor. nampak gelap katanya.
kalau pergi ke pulau tak 'terbakau' bukan ke pulau namanya.
kalau ikotkan aku bukan mandi laut sangat. tak sampai 30minit pon pagi tu.
tapi sebab mandi time dah nak ke rembang, memang sesuai la untuk pembakaran.

2,3 hari jugak la aku rasa kulit muka aku tak selesa.
rasa gatal2 dan kering. ada part yang mengelupas. itu yang aku rasa rimas sangat.
dah seminggu lebih tapi sunburn tu masih ada.
so aku google cara nak hilangkan sunburn ni. rupanya mudah je caranya.
dan paling penting jimat dan guna bahan sekeliling kita je.

1. sapu minyak bio oil atau minyak zaitun.
kulit kering semasa sunburn ni. katanya lebih baik kita sapu bio oil.
kalau kulit dah berminyak, curah minyak lagi, mau becak. aish !

2. jangan lupa toner.
ini memang la aku tak tinggal. setiap hari lepas cuci muka aku letak toner.
selain menegangkan kulit, toner dapat buang sel kulit mati.
itu betol la, sebabnya ada kulit yang mengelupas tu kan.
seksa kot kalau nak tarik macam masker tu. Heh.

3. biar kulit tanpa mekap.
ini tak perlu khuatir sebab aku memang tak mekap.
tak pernah pon datang kerja, aku tepek bedak. cuma toner, krim dan lipstik.
tapi ada jugak yang aku tengok, lagi sunburn lagi letak bedak
sebab nak cover 'kehitaman' yang ketara tu. buat rosak kulit je kak oi.!

4. masker dengan putih telor.
ini aku tak cuba pon lagi. sebab aku ni jenis yang cepat berpeluh.
plus tak tahan bau putih telor tu. kalau aku titik esen vanila sikit
sebelom sapu kat muka, agak2nya menjadi tak.? hehe.

5. tepek bedak sejuk.
ada jugak buat. tapi yang malasnya. esok bangun tidor.
kat bantal dah memutih. kadang2 dengan baju orang sebelah pon 'pakai'
bedak sejuk. maklom la tidor melasak. orang lain pakai bedak sejuk, orang lain
yang dapat 'putih'.

 ada lagi ke petua yang lain. ? kongsi kan lah bersama.
aku pon teringin jugak nak putih lawa sama macam korang semua.


 


Cuba elak berdiri dalam komuter !


Kalau boleh cuba elak. kalau rasa ada masa lagi, tunggu la tren lain . .
tak payah la nak bersesak jugak, buat sakit hati, sakit badan je.
oleh sebab dah 3hari ponteng kerja plus cuti 2hari. makanya pagi tadi aku bangun lambat.
bukan sikit punya lambat. 6.30am baru sedar !
mau tak kelam jadinya. sesak napas punya bersiap.
bila lambat, naik tren 7.15am. penuh orang even dari Rawang.
masuk je, aku dah kena berdiri. 
bontot bertemu bontot. orang ramai pulak harini. selamat ada koc wanita.
kalau bertemu bontot dengan bangla..? Heh. sendiri pikir la.
sampai ke Putra. amek masa 40minit gak. baru dapat duduk.
di Bank Negara, berdiri balik sebab ada ibu mengandung.
nak buat tak nampak tak gamak. kalau dia dah bagi hint perut sampai tujah batang hidung.
takkan nak buat tidor lagi kan. ingat la, budi bahasa budaya kita.

kesudahannya, sampai ke Midvalley dengan berdiri la jawabnya.
makan masa dekat sejam. tapi salah sendiri kan. sapa suruh bangun lambat.
terima la akibat. kalau aku nak buat lagi lambat pon boleh tadi. tunggu je next tren.
tapi jangan pelik la, kalau masuk opis ada orang cakap.
" Good morning Boss ! "
 maklum la masuk opis lambat dari WP yang dibenarkan. Heh.



 


Wednesday, February 8, 2012

Peragut mengganas di Segamat !



 Harini ada cerita hot. ! budak opis aku, Suzie namanya. kena ragut.
selamat la dia tak bawak baby dia masa kejadian. kalau tak, memang nanges tak berlagu la.
tapi kalau aku jadi Suzie, aku let go je henbeg murah tu. Heh.
selamat kan diri, itu penting. 
disebabkan keberanian dia plus nak tunjuk otai kat kampong sebelah iaitu Segamat,
dia dapat 'hadiah' ! kena pelempang bertalu2 dengan peragut tu.
sampai lebam bijik mata. langsung datang kerja dengan mata berbirat lebam .

syukur pada Tuhan, nyawa dia masih panjang. alhamdulillah.
cuma pesan aku, lain kali, kalau kita diragut, biarlah. pasrah je.
duit RM70, henpon galaxy, ic boleh cari ganti. nyawa cuma ada satu je.
so pandai2 la pilih. tapi pada aku peragut tu masih okey lagi la.
buatnya dia bawa pisau atau mesin potong rumput, mau hilang nyawa.
nauzubillah . .



 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...