Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Reen's Diary Giveaway Lahh !..



dah kena tag. dengan PENJEJAK MIMPI.
layan kan jela.
skang ni mood nak join GA takde. sebab nak kene g induksi.

kang kalu nak dijadikan citer. aku menang GA. sape nak tlg jawab..??
sape yang nk bagi respon kat tuan empunya GA ..??
haha.. bajet boleh menang.tapi mane taw... rezeki manusia ni lain2..

anyway. aku rase aku orang yang last kot sebab GA ni due date esok.
minta maaf ye join last minit. baru je kena tag.




nak taW citer. klik je banner BZZZ tu.. hihi
nak tag 3orang je.





// 29th Birthday Giveaway by aNiM //




*klik banner*

di tag oleh suzie.
okey terus teruja nak join.
ade 2 sebab utama aku nak join kontes ni.
ade sentimental value pade nombor dalam GA ni.


1. aku jatuh chenta pada En. Boo Boo mase die berusia 29 tahun.

2. 1 APRIL adelah tarikh lahir bestie aku kat UTM, AZUWA AHMAD.



2 insan yang cukop memberi kesan dalam hidop aku.
yang tak kan aku lupa mereka berdua sampai bila2.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

 nak tag ShaZA, AYU, DILa



last but not least... 

HEPI BUFDAY PUAN ANIM





 


Sarapan yang hebat






NASI LEMAK


sarapan aku n En. Boo Boo pagi ni.
ini bukan aku yang punye gambo. hihi
aku punye gambo terlupe nak snap sbb malas. lagipon camera dah abeh bateri.

nasik lemak aku tak le sehebat ni. cume ade 
sambal ikan bilis, ikan bilis goreng, timun n telo rebus.
itu je yang ade kat umah. nak goreng ayam ready made pon malas.

kire ok la kan. mane ade orang anggup bangun awal pagi semata2 nak masak nasik lemak.
baik beli je. takde letih badan.
cume aku je yang nak wat camtu sebab En. Boo Boo.

maklum le. aku kan dah nak g induksi.
so biar le aku wat yang terbaik sikit untuk die.
dan yang penting. aku tak lupe bekalkan pada kawan opis.
suzy n saza. makan sampai muncet ye.







 


Wednesday, March 30, 2011

feberet En. Boo Boo :: Nasi Ayam :)






nasik ayam. sebelom ni aku wat dah. ni kire kali kedua. kat sini.
saje nak test market kat umah. lagipon aku tengok. kalu aku masak nasik ayam ni. 
kemain suke lagi En. Boo Boo. tambah sampai 3-4 kali.
siap ulang lagi time petang. hurm..


 dah lame kan aku tak post entri masak2 ni.
bukan aku tak masak. aku masak. skang ni aku makin rajin masak kat En. Boo Boo
tapi aku tak amek gambo. aku malas. takde mood je aku rase.

masak le apepon. aku takkan tertonggeng2 amek gambo pon.
En. Boo Boo tanye gak nape. aku jawab jela aku malas.

ntah le aku cian kat En. Boo Boo. ntah apela yang die akan makan nanti.
dah lame die tak makan nasik bungkus ni. cian je aku rase.

kalu sape yang penah masak kat umah. bagi makan suami ari2 dengan air tangan sendiri.
mesti akan rase sebak bile nak tinggalkan suami.
aku dapat rasa perasaan tu.
skang ni plak aku jadi penyedih je. sikit2 aku rase sebak. rase nak nanges.






kalu aku masak. camni le jadinye. licin pinggan.
tengok puyot muncet tu. suke kan kalu suami kite muncet sebab makan ape yang kite masak.
aku tak taw le ape jadi kat En. Boo Boo sepanjang aku takde.
sedey sungguh la. ni pon dok rase sebak tak abeh2 lagi.








 


aku akan pergi......




7-19 April 2011


blog aku akan senyap .. sepi ..
takde khabar berita. takde menu yang wat korang meleleh air lior.
takde kisah aku n En. Boo Boo.

aku akan pergi bertapa kat

SURIA CHERATING RESORT, KUANTAN.

tapi sayang... tanpa En. Boo Boo.

gundahnya hati aku. bile aku sendiri yang pegang surat induksi yang aku amek dari atas.
maknanya sudah ada itam putih yang mengesahkan pemergian aku..
sakitnya aku rasa. sayu hati aku mengenangkan En. Boo Boo.


rindukah En. Boo Boo pada aku ..??

laparkah die tanpa masakan dari air tangan aku ..??

sepikah die bile balik kerja tanpa dengar suara aku ..??

 sejukkah die tanpa aku disebelah sebagai bantal pelok ...??


sesungguhnya aku akan rindu En. Boo Boo.






**tetibe aku sedey...camne nanti kalu aku rindu die..lame sangat 13 hari tu...
 T_____T




 


Kita Di Penghujung Zaman











** bila aku baca ni.....aku plak yang jadi risau...cukop dah ke amalan aku selama ni...






 Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.'Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis. '  
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...  
 
     
2)  Zina bermaharajalela. 

'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang  seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka
inilah kiamat akan  datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg...  
 

3)  Bermaharajalela alat muzik. 

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan &
perubahan  muka'. Ada yang bertanya  kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia,
Anugerah  Muzik... 
     

   
4) Menghias masjid &  membanggakannya. 

'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat  ialah manusia
bermegahan dalam  mendirikan masjid'-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah... 



5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &  
 
hubungan  dengan tetangga tidak baik. 

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu...... 



    
6)  Ramai orang soleh meninggal dunia. 

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil
orang² yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya  kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama'yg tinggal...  
   

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan
dikuasai oleh  Luka'bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina).
Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel Sharon & kat  Malaysia pun ada....  
 


8)  Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya  sahaja. 

'Sesungguhnya di antara tanda² telah  dekatnya hari kiamat
ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang  dikenalnya saja.'- Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama Islam  pon tak bertegur sapa... 
     

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya  telanjang. 

Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. 'Di  antara tanda² telah
hampir hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila  mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)...  
 


10)  Bulan sabit kelihatan besar. 

'Di antara tanda² telah dekatnya hari  kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan  sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...  
 


11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.  
 
'Pada akhir zaman akan muncul pembohong²  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......  
 


12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.  
 
'Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes  peperangan Iraq ...  
   

13)  Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.  
 
'Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'-  Sahih Muslim

~ Dubai
 dah turun  salji... Mina dah kene banjir... 



TOLONG  INGATKAN PADA  SAHABAT² LAIN!

  

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
   'Sampaikanlah pesanku biarpun 1  ayat...'











 


New Yuna..






 minta maap cakap la kan. aku makin pelik tengok fesyen Yuna yang terbaru.
ni hasil aku jenjalan tadi. so aku copy gambo ni untuk tatapan bersama.
aku nak cakap ape ye ..??
makin jauh perjalanan..makin popular artis2 kiter.. makin terbukak le ape yang ade.

betol tak ...?? selalunya camtu la kan. adat dunia. tapi pikir2 kan la.
ni bukan tutup aurat. tapi tutup rambut. ade gak fesyen camni.




 gambo ni paling aku tak tahan. dah kalah miss negro kat sebelah tu ha..
kalu perati betol2.. fesyen baru Yuna ni same dengan cara pompuan kulit itam.
hihi. ape2 jela. aku jarang citer pasal artis ni. tapi aku tertarik dengan isu Yuna ni.
even aku tak bape minat die n cara dress up die..!!






 


aku geram sangat kat En. Boo Boo!




semalam aku tak datang. demam kura. bukan kura2.
terkejut kene g induksi. cit.

pagi ni aku gadoh dengan En. Boo Boo. 
sebab aku bangun lambat. aku cakap die yang salah.
padahal sesame salah. tapi aku nak salahkan die gak. bole camtu ..?
lagipon alarm aku tak bunyik.

die punye henpon dok wah bantal pon die leh tak dengar.
camne la aku nak tinggal die lelame ni.
nak bangun tido sendiri pon tak lepas.

aku bangun kol6..
gile ko...!! bayangkan camne kalutnye aku.
selalunya kol6 aku dah kuar umah pon.
ni baru nak bangun. ngelabah le aku.

pastu En. Boo Boo bile aku kejut g mandi kat bilik air atas taknak.
nak tunggu aku mandi gak. waste dah 15min sementara tunggu aku mandi.
bersilat aku nak bancuh air, nak tapau bekal En. Boo Boo.
selamat le semalam aku dah wat kek kukus. boleh gak jadi sarapan.
dah le jalan jammed. bese la B. Beruntung ke Rawang. time pagi2.
En. Boo Boo ni plak jns pemandu yang berhemah.
tak retinye die nak cilok2 bagai. yang die taw merungut sebab ade kete lain cilok masuk depan die.
aiishh.. aku la yang tadah telinga mendengar.

memang mood aku tak ok arini. rase cam nak marah pon ade.
pagi tadi sebelom naik tren. aku mintak 100 kat En. Boo Boo.
aku mintak sampai die bagi. aku geram dengan die sebab melambatkan aku.

arini aku nak shopping baju. haha. yess...!!!



"sape suh abang wak kete slow sangat... kan sayang dah mintak wit abang .."








 


Monday, March 28, 2011

sah...memang sah..!!





SAH ... LAGI SAHIH ..!!

AKU KENA G INDUKSI ..

SELAMA 13 HARI.

SUNGGUH BUAT AKU TAK KERUAN .. !!!




 MAKNANYA TIADA ::

1)  EN. BOO BOO

2) TIDO YANG LENA

3) KESELESAAN

4) BLOGGING




pssst ... jiwa parah la aku camni..

 


Padah koje dengan "gomen"...adehh



aisshh.. aku dah susah hati. senak perot. lemas dada dah ni.
aku tak kompom lagi benda ni. tapi aku cuak gak la.
sapa tak cuak nak tinggal laki oooii.. 2minggu plak tu. nak kena g..

"I.N.D.U.K.S.I"

berchenta beb. lame tu. aku cume dengar khabar angin je ni.
dari ari Jumaat lagi aku dengar dah. pening kpala dah aku ni.
nak tinggal umah. tinggal En. Boo Boo. huhu serabut2.
kalu ikot date. dari 7 April - 19 April.
minggu depan je pon tapi surat tak sampai lagi. ngong betol la.

pagi ni datang opis. dah tambah citer lain yang wat aku makin serabut.
nak kene sedia baju putih segala. aku ingat g BTN @ Biro Tata Negara 
je yang kene pakai baju + shirt putih.
induksi pon kene gak. kalu tak pakai. die potong markah. lol.

aku paling susah ati part baju ni la. nak kena g wat. saiz aku dah maha pelik.
nak cari kat mana la ni tshirt putih ni. adehh. satu keje plak dah nak merayau cari.
baju kurung putih pon nak gak.. nak kene tempah plak. tapi tu takpe.
sepupu aku tukang jahit. dekat je umah die.
baju T ni yang aku susah nak cari ni. warna putih plak tu.
paling aku tak gemar. wat le itam ke. merah ke. boleh thn le gak.
ni putih. cittt.. tak rock langsong..!!

alahaiii .. bile banyak pikir. mule la aku lapar. makan jap.









 


10 bulan kami bersama..!!







dah 10 bulan kami bersama. dah 10 bulan kami berpelok ciom. dah 10 bulan kami tido sebantal.

dah 10 bulan kami berguling atas katil yang sama. dah 10 bulan aku dengar dengkur En. Boo Boo.

dah 10 bulan kami bergadoh sape yang nak mandi dulu setiap pagi.

dah 10 bulan kami tampar menampar. dah 10 bulan kami makan sesame. 

dah 10 bulan En. Boo Boo lipat kain. dah 10 bulan aku iron baju kami.

dah 10 bulan kami bergadoh pasal channel bola. dah 10 bulan kami kongsi toilet, bilik air.

dah 10 bulan kami berkongsi sumenye. dan dah 10 bulan kami bersatu dalam satu umah.

dan aku nak teruskan chenta kami ni sampai syurga............




" selamat menyambut ulangtahun bulan yang ke10 "







 


Friday, March 25, 2011

M.E.N.G.I.D.A.M






 aku dah lame mengidam beg bunjut kepala atas cam ni.
memang dah lama sangat aku cari.
memang banyak pon aku tengok. dah belambak dah orang pakai.
aku pon nak pakai le gak tapi tak le nak pakai ke opis.

aku nak gune untuk g jalan2. balik kampong ke.
cam yang kat atas ni memang feberet aku la kan. nak plak kaler merah tu yang wat aku tak tido malam. memang aku tak keruan pas tengok bag ni.

aku taw angah sengaja beli bag ni untuk hantaran die.
die memang nak jeleskan aku. aissh.
die beli kat KLCC. tapi aku memang malas nak g KLCC. jauh sangat.
so aku memutuskan untuk cari je kat Mid Valley ni.
dah keje pon kat sini. beli kat sini dah le kan.
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*

*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




 CARLO RINO

same brand dengan angah. tapi cume kat kaler tu je yang lain sikit.
aku maroon. angah merah ang2. kat situ je aku terkilan sikit.
aku bukan taknak g cari kat tempat lain tapi bile ari2 aku ngadap shopping mall camni.
aku jadi bosan n malas nak g jalan kat shopping mall yang lain.
aku rase cam g keje je bile jalan2 kat mall camtu.

rase cam minda aku tak berkembang bile ari2 ngadap tempat2 shopping.
bagi aku bile cuti, aku nak dok umah. nak tenangkan ati. kalu nak jalan2 pon.
aku nak En. Boo Boo wak aku g tempat yang tenang n romantik.
haaa.. tu la die kisah henbeg ni. lain aku nak citer. lain yang aku karang.

okey. tu jela kot. jangan cakap henbeg aku tak cantik ye.
kene cakap cantik. lagipon penat taw aku jalan dengan SAZA pusing satu Mid Valley ni.
lenguh dah kaki kami. aku punye henbeg. die pon turut serta berkawad dengan aku. hehe
mekaseh ye SAZA. kan aku dah belanja pengat doroyan tu.
kire jadi la eh.. hihi nanti bile2 aku masak lain plak ye.

disebabkan aku tak le kurus sangat. 
makanya yang jadi model tak berkepala tu SAZA.
takyah bayor ye. free je perkhidmatan die.. hihi


" uiii..melampau2.. dah le kene pusing2 sampai tercabot kaki.
jadi model tak berbayor lagi. "
dialog SAZA. hihi







 


// asleenda 1st GiveAway //



Anak buaya belajor berenang,
Berenang sampai ke Pulau Pinang,
Bila aku tengok GA Asleenda yang senang,
Terus aku rasa cam boleh menang.


hihi. berlagak betol. ntah ye ntah idak le boleh menang kan.



sume syarat dah dipenuhi. sume ye. bukan suku @ separuh.
nak taw citer. sile klik banner chomel yang elok rupenye dikarang dan diedit oleh tuan tanah.

Kutip chempelak, doroyan dan kelapa,
Letak dalam bakul nak bagi kat mama,
Dah join ntah kali ke berapa,
Tapi kalau menang, ni yang kelima.



 .:: nak tag ::.







 


Pengat Doroyan, Roti Jale





 Assalamualaikum.


ni la rupe sarapan pagi aku dan En. Boo Boo. unik kan. 
pengat doroyan , roti jale biru. haha.
sape yang geli tu naseb la kan. selagi En. Boo Boo takde masalah dengan ape yang aku masak.
so takde sape leh komen taw. hihi.

sebenornye aku nak makan semalam menu ni. tapi dah pening plak tibe2 mase bukak kotak derian ni.
so ape lagi aku wrap le balik. terus simpan peti ais. lagsung kansel.
semalam aku makan benda lain. makan ketiau je.
dah taknak citer lagi dah pasal semalam.

arini aku bangun cam bese. semangat nak wat pengat ni.
sebab nak wak sikit kat kawan2 opis ni. sikit jela aku wak. sebab derian tu dah tinggal sikit.
kene hentam dengan En. Boo Boo mase aku tido. tu yang aku geram tu.
tapi takpe la kan. bukan orang lain pon kan.

okey. panjang mukadimah tu.
tadi aku tanye En. Boo Boo ape rasenye. die cakap cair sikit dan terlebih manis.
memang pon. aku tengok cair sikit. maklum le tak pandai agak.
ikot hati je wak masuk sume bahan. sebab aku ni bile masak tak suke sukat2.
memang tabiat yang tak bagus ni.
yang part manis tu plak sebab aku nak basuh bekas gula. sebab stok bulan depan punya nak masuk bekas dah so aku masuk jela bagi abes. senang citer. hihi.

 maaf ye kawan2 kalu ade salah silap. ni kire pestime aku masak pengat ni.
tak pandai pon masak pengat, bubur segala.
setakat bubur kacang tu aku pas le dah.
nak wat bubur kacang + derian kang tak pasal2 aku masuk dekat tengahari.
paham2 jela ye. umah aku bukan sekentot pon boleh dengar. huhu.







 


Thursday, March 24, 2011

kawan aku TOP..!!





 RAMIZAH NAZURAH

kawan aku masa poli Kulim dulu. aku tak rapat sangat dengan die. tapi aku kenal la.
penah bergelak dan makan sekali. cume tak penah le tido, mandi sekali.
aku citer pasal die. bukan sebab die dah femes baru aku nak ngaku die kawan aku.

aku cume nak kenang balik Mizah dulu dan sekarang.
memang superb la die skang. kalu aku tengok die dulu. 
aku tak sangka yang die boleh jadi camni skang. lain sangat.
mungkin perubahan arus kemodenan yang merubah kawan aku yang sorang ni.

Mizah ni peramah orangnye. seyes cakap die tak sombong. tapi kalu aku jumpa die skang.
aku rase aku mungkin lebih selesa dengan Mizah yang dulu kot.
apepon. tahniah ye Mizah.
tak sangka ada kawan aku yang top n hot cam hang ni. tahniah.
semoga terus berjaya ye.











 


"ULAT TERBANG"



assalamualaikum



pagi ni aku nak citer pasal semalam.
gambo lupe nak amek.
semalam dalam umah aku ade ujan. dalam umah okey.

ujan 'ulat terbang'..!!
eeee.. geli aku.. ntah nape tibe2 ade 'ulat terbang' tu.
semalam petang aku mase balik keje. ujan renyai2.
makin malam makin lebat.

dalam 9malam tu. jadi sesuatu yang gempaq dalam umah kami.
mule2 sekor. pastu jadi 3orang. makin banyak. makin banyak. lastly penuh umah aku.
abes lampu2 dalam umah die serbu.
dalam bilik. dapo, kat hall, toilet. banyak sungguh ni.
betol2 melampau la 'ulat terbang' ni.
bile tahap kesabaran dah takde.
En. Boo Boo amek langkah bijak dgn tutup sume lampu.. pasang lampu luar je.
padan muke ko 'ulat terbang'..!!haha

tapi tu la.. kami plak yang tak selesa.
tak penah kami dok bergelap camtu melainkan time tido.
bile dah tv je yang terpasang. 'ulat terbang' tu bleh plak serbu tv. ramai2 serbu.
naik tensen aku tengok. elok2 org dlm tv tu takde taik lalat. 
tibe2 ade plak taik lalat penangan 'ulat terbang'.

 lastly.. aku tutup je tv. sakit mata. sakit ati pon ilang.
masuk bilik sudah. layan ape yang patot ..!!
toing .. toing .. hihi







 


Wednesday, March 23, 2011

AKU di " REVIEW "




okey. baru nak citer sikit pasal ape yang tuan empunya blog dia atas dok gebang pasal blog aku.
ade gak insan yang sanggup citer pasal blog aku kat laman die.

blog aku ni bese2 je tapi die nak citer gak. takde spesel kat mane pon.
cume citer2 harian aku. ape yang aku alami, aku rasa, aku makan.

takde langsung entri yang nak wat orang lain berfikir. seyes takde.
tapi SALFIZA ade gak hati nak citer pasal blog aku ni.

time kaseh ye. lain kali citer lagi. =)
love u more le.
nak taw citer ape die tulis ...??






 

koew teow sup ala siam








MENU SEMALAM.
malas masak sebenarnye aka teringin tengok DILA makan time lunch semalam.
ni koew teow ye. bukan sup sayor. tapi tu le masalah aku.
tak pandai nak bajet.
perioh kecik tapi letak bahan2 dekat sebesen beso.


ni koew teow sup ala2 siam mari.
pedas dan ada rasa masam sikit.
mak mentua bagi limau banyak so itu la gunenye.
bagi muncet lagi anak die. okey. tu jela menu semalam. hurmmm..
minggu ni aku n En. Boo Boo dah deal. taknak makan nasik waktu malam.


malam ni nak wat cucur bilis cecah kuah kacang mak bagi. hehe.
dalam cucur tu aku letak mayonis sikit. meletop..!!



 


Bikin lambat la pulokk!!



assalamualaikum





pagi ni aku tak lambat. tapi touch n go kat stesen tu yang wat aku lambat.
apela. ari2 ade je masalah dengan komuter ni. apehal weh ..??
bikin panas je. elok2 aku lawa pkai lipstik merah ang2. langsung cair camtu je.

aku bayar la. aku bukan naik free pon. tak penah lagi taw aku naik tren tak bayar okey.
jangan le cari pasal dengan aku. kang aku drive sendiri baru ko taw.
kan tak pasal2 korang dah rugi RM 7.60 sehari.

cube bayangkan kalu korang darab dengan sebulan .. setahun ..
haaa padan muke korang.
aaaisshh. tak puas ati betol. kalu aku kene penalti siap la korang. aku wat repot kat Aduan Rakyat.
dah jadi satu keje plak nak g KL Sentral. nak setel masalah touch n go ..!!

pagi2 aku dah panas. cube bagi aku cool sikit. kan bes. kat opis ni pon panas gak. ekon blom pasang.
aku tak boleh marah2 ni. kang aku lapar. cam skang ni.
sebab tu aku takleh kurus. ish.. ish ..







 


Tuesday, March 22, 2011

puas aku pandang..belom dapat aku pegang






aku dah berasap tengok kawan2 opis pakai BB ni.
weh.. aku mampu beli ye. mampu. tapi takde mase beli je lagi.
kalu aku beli. alang2 aku pkai BB Torch je. yang kat atas ni BB Storm.

aku beli kang. aku beli. abes la korang. aku eksen sampai tingkat 27. huh.
takpe2. simpan dalam ati. dah tak keruan ati aku ni.
sebelom ni aku diamkan je. tapi bile makin ramai yang pakai. aku plak yang mau demam. uiishh!!

camne eh..?? nak beli ke tak..?? baru minggu lepas beli henpon kat En. Boo Boo.
takkan nak beli lagi kot. eeee.. tak suke sape yang berlagak dok BBM ni.
tak sukeee ... tak sukkeeee .. benciiii ... benciii....

 nanti la korang.. berlagak eh.. nanti.. tungguu.. geram aku dengan diorang ni..!!
sabor ye ati.. sabor.. huhu




 


Angah dah bertunang..



aku cuti lama. ari Jumaat dan Isnin. pagi ni aku datang. edit gambo sikit. nak wak masuk blog.
lame kan aku tak bukak blog ni. aku try gak nak bukak kat henpon.
tapi payah sangat. geram aku nak tunggu sampai berjam2. so baik tak yah.

ni pic yang ayang amek dari camera aku yang cenonet tu. yang dari DSLR tu. kene upload kat FB la kan. kang berchenta plak nak edit bg gambo kecik. tu yang malas tu.
ni pon aku banyak keje ni. tapi mengenangkan aku perlu citerkan kisah aku sepanjang cuti ni. so aku citer la lebih kurang.










warna oren tu dari kami pihak pompuan. sumenye 31 bekas. banyak kan.. ??
kami cume wat dalam 15 bekas je. yang lain sume orang bagi. hehe.
tu la semangat bile idop dalam suasana kampong ni.. sume nak sumbangkan buah tangan.
tapi dari belah tunang angah, cume 11 bekas je. siap wak bunge telor lagi. hehe
tak penah aku tengok orang wak  bunge telor time bertunang. korang ade ..??
tapi mase aku dulu pon takle banyak sangat. dalam 26 bekas je.
tapi berbaloi sebab belah En. Boo Boo pon bagi 26 bekas gak. kire adil la kan.
angah je yang tak adil. sikit je. apela.. hihi
sebenarnye diorang dari Ampang. so perjalanan yang jauh menyusahkan la nak wak bekas banyak2.
kami memahami.

dah tak nak cakap banyak. nak wat keje ni. ni gambo last aku nak tayang.




jap lagi. entri lain plak. 








 


Thursday, March 17, 2011

Bye ... Bye ...





mmm.. nak balik dah.. esok daN isnin aku takde.
balik kampong. jangan rindu aku sesangat ye kawan2. hehe.

aku balik kampong sebab angah nak bertunang.
nanti selasa aku masuk balik ye.

jangan nakal2. ingat aku selalu okey.
balik kampong ni nak naik Ferrari.
mau sakit mata, sakit jantung orang kampong camni.!!

 bye .. bye .. mmuah .. mmuah ..






 


Kek Kukus Simply Miemie


Assalamualaikum.


 haaa..tu dia.. tu dia.. mai dah.. ni la gambar nak menayang namanya.. Hehe.
semalam aku tengok periuk pengukus dok tertonggek je atas sinki. geram plak aku tengok.
nak masak apepon tak taw dah. idea abes dah.

so aku pon selak buku resepi aku sendiri. nak cari ilham konon2nya.
aku amek resepi ni mase aku kursus aritu. aku salin je resepi tapi tak amek nama tuan punya resepi.
sori ye.. so tak dapat la aku nak kredit kat tuan empunya.

resepi yang simple je. memang bes. aku malas nak amek mixer kat dalam stor. aku gune whisk je.
betol ke eja ni..?? ala..senang cakap pemukul telor jela..
orang tu wat 3lapis. dah aku tak pandai agak. jadi le 4lapis. tu pon ketebalan tak same. hihi.
 kismis pon ade aku letak setiap lapis.

rase ok. tak manis sangat. abes la kami berdua makan semalam.
boleh kami berdua abeskan 2/3loyang sekali hadap je. sedap. lembut je. nak plak makan panas2.
pasni leh wat lagi. sebab kek ni sedap n senang.





 buat kawan2 kat opis. aku minta maaf ye. bukan aku taknak eksen kat korang tapi tak cukop.
pagi ni aku wat sarapan En. Boo Boo lagi. tinggal yang ni je untuk sarapan die.
lain kali aku wat lagi ye. aku wak datang opis tunjuk kat korang eh..!! hihi  =)







 


Wednesday, March 16, 2011

Hadiah untukmu...ikut kemampuan...





 hooo.. hoooo... sangat penat la. terlalu penat.
okey. banyak cakap takmau la eh. dah nak balik. dan lagipon ade keje tak siap lagi ni.
ni adiah aku untuk En. Boo Boo.


"..ni je yang termampu sayang beli untuk abang.
sayang tak mampu bagi BlackBerry @ iPhone cam orang lain.
terima kaseh ye abang untuk segalanya.."


pssttt ... adiah ni tuan punye blom taw lagi. masuk blog dulu. hehe. 
baru je aku beli tadi. nak tengok ape
reaksi En. Boo Boo malam ni. Hehe. tak sabar nak bagi kat die..
 harap2 En. Boo Boo suke la eh.
adiah mengikut kemampuan.












 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...