Hayat SINGGAHSANA Beta..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 29, 2012

my En. Boo Boo. .

Harini birthday En. Boo Boo. . Dah masuk 33yo teman sebantal aku ni. . Pagi ni takde yang spesial. . Tunggu la malam2 nanti. . :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 28, 2012

PUNCA UTAMA STRESS



1. Jarak tempat kerja yang jauh melampau dari rumah.
ini time sihat walafiat, Kalau kata time preggy, mau alah
dalam komuter je aku ni. Kalau ada anak pulak, entah camna la rasanya.
kalau boleh masak, kompom aku masak je dari buang masa dalam komuter tu!

2. Naik komuter.! kalau punctual, alhamdulillah.
Kalau datang time sengal, rasa nak muntah menunggu.
Percayalah, kalau jarak rumah dan opis dekat, aku sanggup lagi drive
even tempat parking mahal kat Mid ni.

3. Takde siapa2 nak tukar tempat kerja dengan aku.
Ke aku yang perlu pindah duduk kat Hotel Boulevard.?
Huwaaaa. .
T_T

*stress ni datang tak selalu tapi kalau datang, rasa nak pecah kepala*


Salam 1 Malaysia :)


sekarang ni takde idea la nak menulis sangat.
dengan suasana tempat kerja yang tak happening lagi.
so sebagai cara nak merawat hati yang rawan ni,
aku berpuasa.!
insyaALLAH. . harini adalah hari ketiga. .
aku tak update blog tapi kawan2 aku ni update.
pergi la berkenalan-bersua muka-berlaga pipi dengan diorang.
superb best okey.
tapiiiii. . . . kalau dah kenal diorang yang best tu,
jangan la sampai tak datang langsung kat blog aku ni. Hee
tanpa kamu semua, siapa la aku. .

merah itu jambu

pokcik jonni

Tuesday, June 26, 2012

Santan Sawit Sedap!


“Cara memasaknya juga mudah namun berbeza sedikit. Jika masak lemak dan kari, semua ramuan perlu dimasak dengan air terlebih dahulu dan kemudian dimasukkan santan hingga mendidih. Tidak perlu mengacau dan tunggu kerana ia tidak akan pecah minyak seperti masak menggunakan santan kelapa,”
Ramai yang dah tahu bahawa buah kelapa sawit yang diperah dapat menghasilkan minyak masak, namun Ketua Penyelidik Bahagian Pemakanan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Zaida Zainal berjaya tampil dengan formula yang membolehkan santan dihasilkan melalui bahan mentah yang sama.

Inovasi itu bermula apabila Zaida dan pasukannya berjaya menghasilkan santan sawit serbuk dengan teknik penyemburan kering pada tahun 1998. Kemudian kajian yang sama diteruskan sehingga terhasillah santan sawit dalam bentuk cecair.

Santan sawit itu kemudian dikomersialkan oleh Premium Food Corporation Sdn. Bhd. (PFC) pada bulan September 2010 bermula di Lembah Klang kemudian menyebarluas pasarannya ke selatan, utara dan timur Semenanjung,

Kebaikan menggunakan Santan Sawit

1. Bukan sahaja menyihatkan malah sangat menjimatkan kos berbanding santan kelapa kerana penggunaannya adalah separuh daripada biasa.

2. Makanan yang dimasak menggunakan santan sawit juga tidak mudah rosak atau basi jika ia tidak dimasukkan ke dalam peti sejuk atau dipanaskan pada keesokan harinya.

3. Peniaga pula tidak perlu membeli santan setiap hari bagi mengurangkan kos kerana jangka hayat santan sawit ini boleh tahan sehingga tiga bulan tanpa pengawet apabila disimpan pada suhu di bawah 5 darjah Celsius.
 4. Santan ini bukan sahaja rendah lemak malah, tiada kolesterol dan masakan juga enak.

5. Mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, kaya dengan vitamin A dan E semula jadi baik untuk penglihatan, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko sakit jantung serta baik untuk kulit.

6. Biasanya ada sesetengah orang sejurus lepas makan cendol akan rasa mual atau mengantuk selepas menikmati nasi lemak tetapi apabila santan sawit digunakan dalam kedua-dua hidangan ini, rasa mual dan mengantuk itu tiada.

7. Malah ujian rasa yang dilakukan kepada orang ramai mendapati mereka tidak dapat mengesan perbezaan rasa antara santan sawit dan santan kelapa

8. Buat masa ini produk jenama Khalis ini boleh didapati di Pasar raya Besar Giant dan Mydin. Ia dijual pada harga RM7.50 bagi pek 1 liter dan RM4.50 untuk pek 400 mililiter.

Berdasarkan pengalaman aku merasa bubur pulut hitam santan sawit,
memang takde beza dengan santan biasa. memang sedap la. 
pekat pon lain macam walaupon cuma guna separuh dari penggunaanya.



Monday, June 25, 2012

DRAMA KING !!



Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Kau bertakhta
Bagai maharaja di angkat sumpah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat

Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat

Sampai bila raja drama...

hanya untuk kamu. . . yang setia baca blog ni dan jadi batu api. :))


 

asam garam dunia blogger..


Aku letih nak dengar cerita manusia tu.
Setiap hari kerja dia nak jatuhkan orang lain.
Setiap hari kerja dia, nak tengok orang bergaduh.
Setiap hari kerja dia, nak canang cerita orang.
Apalah niat dia datang ke tempat kerja?
Bahagia ke dengan hidup camtu?
Dalam blog aku ni, aku tak pernah nak cerita pasal dia. .
. .tapi harini dia dah berjaya buat aku cerita tentang dia. . Syabas!
Mesti dia tengah bangga masa baca blog aku ni.
Mesti dia tengah rangka cerita lagi untuk mangsa seterusnya.
Mesti dia puas hati dengan senyum simpul bahagia.
Ya Allah, tak pernah aku menghadap manusia yang buruk perangai seperti dia.
Depan aku, manis bicara susun kata.
Belakang aku. .? Semoga dia dapat 'pahala'..
Kalau ada yang kenal dia, memang akan anggap dia manusia sempurna tapi pada aku yang dah terkena ni. . .
Ooh, dia memang 'baiiikkk' sangat. . .!!  o_O

Published with Blogger-droid v2.0.6

dilimpahi bubur pulut hitam..




Pagi ni datang opis,belom duduk pon. Dah akak tingkat 27 panggil suruh amek bubur pulut hitam kat tempat dia. Terima kasih kak Ana. . Bau sedap. .mmm maklum la guna santan sawit. Pernah dengar tak pasal santan sawit ni.? Okey. Nanti ada masa aku cerita ye. Jom nikmati bubur pulut hitam yang semerbak ni. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

air kelapa setimba..


Pengaruh rakan blog, si EIDA gedik! Dia kan eksited minum air kelapa fresh lepas miss P kan so aku pon taknak kalah la. Harus dengki dan cuba. . Hahaha
Beli kat gerai buah tepi jalan depan Shell atas bukit Rawang. *panjangnya nama kedai*. Hentam saja la. . Sebiji kelapa muda harga Rm2. Aku mintak sebiji bungkus untuk minum dan 2bijik rembat bawak balik. Puas hati aku rasa. .
Tapi dalam kereta, En. Boo Boo bagitaw kalau kat kampong ni tak payah wak kuar duit. Pergi tepi tingkap, tengok luar, dongak kepala, capai buah! Haha bukan bermaksud pokok kelapa tu bonsai dan dekat dengan tepi tingkap umah. . Tapi bertapa mudahnya nak minum air kelapa ni. Bersepah2 kelapa bergolek kat belakang umah sampai tahap pengeluaran melebihi permintaan. . Untungnya duduk kampong kan? ?
Semuanya depan mata tapi kat kampong En. Boo Boo la. . Kampung aku lain sikit, nak kelapa still kena beli cuma murah la, 80sen sebiji. Kelapa muda boleh amek free je sebab abah tanam kelapa pandan. Sedapnya. .

Published with Blogger-droid v2.0.6

pulut kuning tanda kesyukuran



Alhamdulillah. . Pagi ni makan free, bukan nasi lemak macam selalu tu tapi pulut kuning. Tahniah pada Kak Nam untuk kelahiran cucu kedua. . Semoga keluarga Kak Nam dimurahkan rezeki dan kami yang makan ni, diberikan rezeki. .
Harap2 dengan pulut kuning rendang daging ni tak buatkan aku mengantuk. . Maklum la semalam dah tido lambat, pagi ni pon masuk lambat jugak. . Jangan karang tiba2 je ada orang terlentok depan pc. . Hehehe
Eh kawan2 sarapan apa.? Ke arini ramai yang menggantikan puasa maklum la dah masuk 2 Syaaban. . Kalau lambat2 nanti tak abes qada' pulak kan. . Mmmm sedapnya pulut kuning ni. . . :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 21, 2012

Perhimpunan Pagi CKASJ


Bertarikh 21 Jun 2012. Pagi ni ada perhimpunan bersama Pengarah Kanan. Majlis bermula 9.30am di Menara PJD area Jalan Tun Razak. . Dan pagi ni jugak perhimpunan diadakan di dalam dewan yang panas sebab kurang aircond.!
Ke aku yang terlebih berpeluh sebab berjalan dari stesen komuter Putra ke stesen LRT Titiwangsa.. ?? Dengan berbaju batik. . Rasa bangga sekejap. . Walau berpeluh tak ingat. . ! Tapi minyak wangi aku sembur okey. . . :)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, June 20, 2012

angel hair meleleh leleh



 menu dinner semalam dan sarapan pagi ni. saja masak lebih supaya 
dapat pagi ni bawak bekal ke opis.
menu yang sama dok ulang tayang kat blog aku memang mudah !
sapa yang tak suka kerja mudah kan. mudah dan kenyang.
itu prinsip asas untuk wanita bekerjaya cam aku ni bila nak kena
masak time hari bekerja. eceh. .
untuk En. Boo Boo ni mudah kerja, campak la apa saja tapi
pastikan kena gaya la dan kuah biar meleleh2, 
sure akan dapat pujian.
-OO-
*mak ai lobang idong, gagah perkasa!*
angel hair ni yang ada sebagai stok bulan ni, redah jela.
setiap bulan bertukar pasta kat rumah aku ni. kalau yang sama
bentuk ja, jemu pulak! dah tua2 pon memilih taw. . 
yela, kena la berubah gaya, kalau gaya asyik sama, kompom muka tak berseri 
Haha

untuk menu semalam, aku gantikan daging kisar Ramly tu
dengan ayam hiris nipis2.
segala capcicum hijau merah, cendawan butang aku
tukar dengan mix vege.
itu jela, yang lain masih sama. tomato puree aku letak setin.
tak masam tak sedap. dan add on jugak fresh tomatoes,
nak bagi feel crunchy lebih.
dah pernah buat pon sebelum ni, tapi masa tu on diet, buat sepinggan jela.
sekarang. . ? ? uhukk. uhuk. . :))


 

Wordless Wednesday : Cinta Siber !





Tuesday, June 19, 2012

Kismis RM19.50/kg :)



saja nak letak harga kismis tu sebagai tajuk.
tengahari ni makan kismis ja. puas hati beli sekilo terus kat Carefour.!
nak makan buah pelam muda yang dah siap potong2 pastu letak asam boi,
tak dapat sebab dah takde pulak lepas Carefour Midvalley ni di renovate.
terus beli kismis. tekak nak makan buah masam2. kesan minum white coffe pagi tadi kot.
ekoran faktor keturunan maka, kalau dengan aku, tak layak beli sikit2.
Angkat paket besar, puas hati. orang lain makan kismis sehari 7 biji.
aku hentam 2,3 genggam. Haa Haa
aku bagitaw En. Boo Boo aku makan kismis ja tengahari ni.
boleh dia balas, hari2 camtu pon takpe yang. . Hihi
eee. . takde kesan simpati langsung taw. ! suka nak sakitkan hati aku.
tengok la, balik ni tak jadi buat spageti, makan la roti yang dah 3,4 hari tu. huh.



 

Binjai.? Apa tu.?



semalam ada kes kat whatsApp. Berentap dengan geng UTM dedulu.
semua alkisah binjai ni la. yes pasal ini buah.!
pernah ke makan.? kawan2 blogger yang lain mungkin la ada yang kenal.
mungkin juga ada yang tanam pon pokok binjai ni.
Aku. . .??
semalam kali pertama aku dengar pasal buah binjai ni.
macam2 la kawan2 lama ni ngata aku. anak orang senang la,
orang kaya la, anak orang bandar la.
HelloOO. . kat kampung aku takde buah binjai okey.
Kami semua tanam anggur, buah naga la tepi rumah. Hahaha.
okey tanam anggur tu tipu tapi buah naga betul la. .
tak percaya, pergi tengok sini.
 berbalik pada si binjai ni, aku memang tak puas hati.
kenapa aku tak pernah makan. ??
katanya buah ni sesuai untuk buat sambal belacan.
setahu aku, buah kuini ke buah bachang ke, ada la dalam ingatan.
buah binjai memang tak pernah terekod langsung.!


Hasil pencarian di google tadi, aku dapat tahu bahawa buah ni 
ada dua versi. masam dan manis.
dan buah ni jugak spesis buah mangga cuma warna isinya berlainan.
yang menariknya pasal buah ni, bau dia sangat wangi.
ooh pasal itu aku tak pasti sebab aku tak pernah jumpa. .
aku panjangkan kisah buah binjai ni pada En. Boo Boo,
dia kata dia pernah dengar tapi tak pernah makan.
see. . my 33yo soulmate pon tak pernah makan, apatah aku yang
baru 18 ni..! :p


 ini pokok binjai. besar jugak rimbunan pokok ni.
tapi mungkin tak sebesar pokok durian kot. so untuk pagi ni,
aku dah kenal apa itu binjai. dari buah sampai pokok.
dan satu lagi yang aku musykil, binjai ni boleh buat kerepek ke.?
aku search kat google tadi dan aku jumpa kerepek binjai. pelik la.



sumber : semua aku google :)

 

Monday, June 18, 2012

Bangunan KKR2 - bangganya aku! :p



ini la sebab namanya diamond in the sky.
pandangan pada tingkat 32.! semua benda nampak kecik. aku ni bukan la
seorang yang penakut pada ketinggian.eaa. ??
tapi kalau dah kena paksa naik lif tergantung kat luar dengan 
nampak segala2nya kat kiri kanan atas bawah. .
Hoo Hooo!! macam serah diri pada katil operation pulak aku rasa.!!
lepas ni kalau ada yang bagi duit suruh aku pergi site KKR2, maaf. .
aku tak makan rasuah okey. :) sila bagi pada orang lain.
serius aku rasa masa lif tu makin naik tinggi melangit, makin aku rasa
tak berdarah dah badan aku ni. tiba2 jadi putih melepak.!
gambar aku cuma amek 4 shoot je. eeh tak kuasa nak bergerak.
aku rasa kalau aku bergerak, bangunan tu goyang. . pffttt.


lihat jarak amek gambo dengan tingkap yang ternganga tu.
kaki statik, tangan je terjulur ke depan sikit. jadi la dari takde.
*sedapkan hati sendiri ianya*
sampai rumah tunjuk kat En. Boo Boo kena bantai gelak.
" eh, lu kata lu terar.! "
banyak la terar. ! setakat nak stonecold abang kat rumah boleh la.
naik tinggi2 camni, KL Tower pon dah nampak besar batang mancis,
hilang terus terar ai ni abang ooi.!


Haa. . . berani naik lif tu.? tinggi melangit, lagi sikit nak cecah awan taw.
Hahaha. aku tipu.! masa naik lif tu aku cuma pandang depan.
dok kira dah sampai level berapa. ini la padahnya kalau orang teknikal
dok asyik memerap kat opis wat kerja admin.! naik lif camtu gayat,
berdiri atas bangunan tinggi rasa goyang. eh apada. . .
 


 

my diamond in the sky to-be. . .

Yeah. . ! InsyaALLAH hujung tahun depan dapat pindah opis baru. Bangunan KKR2 yang megah berdiri kat tengah2 KL ni. Dah sama taraf dengan KLCC dah ketinggian nya. .
Hahaha. . Okey aku bohong.! Cuma 32 tingkat tapi dah cukop buat aku gayat. . Nanti aku cerita pasal gayat2 ni. .
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 14, 2012

Set Hamil Ambar Kenanga



SET HAMIL SUAMI ISTERI membantu pasangan suami isteri yang berkahwin untuk memiliki cahayamata atau zuriat termasuk pasangan yang telah mempunyai anak namun sukar untuk menambah cahaya mata seterusnya dan atau pasangan yang mengalami keguguran lebih setahun.
Ramai pasangan suami isteri yang gagal untuk mendapat zuriat sering menyalahkan pasangan masing-masing. Jangan mudah putus asa  kemungkinan yang dicuba tidak sesuai untuk anda dan pasangan. JADI APAKAH PENYELESAIANNYA? Cuba SET HAMIL SUAMI ISTERI AK kerana ia sesungguhnya lain daripada produk-produk yang berada dipasaran SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berasaskan rempah ratus Arab atau Timur Tengah. Amalkan SET HAMIL SUAMI ISTERI AK berterusan dan sentiasa  berdoa serta bermohon kepada Tuhan agar dikurniakan cahayamata. Setiap doa hendaklah disusuli dengan USAHA dan KESABARAN. Ikuti penjelasannya :-

SET HAMIL SUAMI ISTERI?
SET HAMIL SUAMI ISTERI AK adalah pemakanan lengkap selama 2 bulan atau 60 hari untuk pasangan suami dan isteri yang ingin hamil atau menambah anak termasuk pasangan yang isteri keguguran lebih setahun dan ingin hamil. Terdapat produk untuk isteri dan juga untuk suami dan penyapuan luaran. SET HAMIL SUAMI ISTERI AK hendaklah diambil oleh isteri dan juga suami untuk kesan optima memudahkan mendapatkan zuriat walaupun salah seorang pasangan tiada sebarang masalah tanpa mengira saiz badan.

APAKAH PANTANG-LARANG SEMASA MENGAMALKAN SHSI?
1. Hendaklah minum Air Masak Kosong 2 – 3 liter sehari. Hindari minuman yang berkafein seperti teh dan kopi serta minuman bergas atau
berkarbonat. Elakkan minum minuman masam dan berasid seperti jus mangga, jus oren, jus asam jawa dan sebarang minuman yang tajam.
2. Elak makan buah-buahan yang berasid seperti Mangga, Limau, Nenas dan Oren dll.
3. Elakkan makan makanan bercuka, berjeruk dan tapai.

BOLEH CAMPURADUK DENGAN PRODUK LAIN?
Pracampuran produk hanya dibenarkan untuk ubatan hospital atau vitamin sahaja. Tidak dibenarkan campuran produk-produk berasaskan herba kerana lebihan pengambilan produk berasaskan herba akan menyebabkan keracunan. Untuk ubatan hospital atau vitamin jarakkan masa pemakanan selama Tiga (3) jam sebelum atau selepas makan ubatan

BOLEHKAH MAKAN SEMASA ISTERI KEDATANGAN HAID?
Isteri hendaklah terus mengambil AK WANITA dan AK TIMOYAN walaupun kedatangan haid. Ini adalah bertujuan untuk mengeluarkan darah-darah kotor dari rahim. Semasa kedatangan haid rahim atau urat saraf sedang kembang dengan mengambil produk tersebut membantu membersihkan kotoran didalam rahim. Memandangkan produk kami berasaskan rempah ratus bukan herba jadi tiada masalah mengambilnya semasa haid.

APAKAH TINDAKBALAS DARIPADA PENGAMBILAN SHSI?
1.         PENING – Pasangan kurang minum air masak dan hendaklah minum air 2-3 liter sehari sebab proses pembersihan dan pembaikan
memerlukan air putih yang lebih. Sapu MINYAK AMBAR KENANGA pada bahagian yang sakit.
2.         PERJALANAN DARAH HAID TIDAK MENENTU – Teruskan pemakanan SHSI kerana proses pembersihan dan pembaikkan sedang dijalankan.

MASALAH FIBROID DAN CYST?
Sekiranya isteri ada masalah fibroid atau cyst, selain mengikuti pantang larang semasa mengamalkan SHSI hendaklah :
1.         Isteri hendaklah hentikan pemakanan daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan juga bahagian dalaman daging tersebut. Tapi boleh
makan Ayam, Ikan dan Makanan Laut.
2.         Hentikan pemakanan sebarang bentuk kekacang dan produk berasaskan kacang seperti kacang soya, kacang tanah, tempe, tauhu dan
sebagainya. Insyaallah mampu membantu masalah fibroid dan cyrst. Apa-apapun dapatkan nasihat Doktor Pakar.

.BERAPA LAMA HARUS AMBIL SHSI & NAMPAK HASILNYA?
Setiap individu adalah berbeza bergantung kepada masalah dalaman. Ada yang mengambil Satu (1) Set sudah berjaya hamil dan ada juga yang mengambil Empat (4) set baru berjaya. Yang penting jangan stress, ini akan menyukarkan kehamilan. Jadi perlu ada kesabaran dan keyakinan semasa mengamalkan SHSI. Insyaallah sekiranya serasi dengan anda dan doa diperkenankan oleh Tuhan ANDA PASTI HAMIL!!
***(masukkan doa suami atau isteri yang ingin menimang cahaya mata)

APAKAH HARUS DILAKUKAN APABILA DISAHKAN HAMIL?
1. Bila isteri disahkan hamil selain daripada pemakaian MINYAK AMBAR KENANGA dan suami AK LASAK berterusan. Pasangan suami isteri dinasihati berjumpa dengan Doktor Pakar Bidan untuk membuat pemeriksaan keatas kesihatan Ibu, rahim dan janin.
2. Hendaklah mengambil dan memakan sebarang vitamin seperti asid folic, obumin atau sebagainya yang diberi oleh Doktor Pakar untuk
kebaikan isteri dan janin berterusan. Jangan mengelakkan pemakanan vitamin tersebut untuk kebaikan bersama.
3. Dalam tempoh 5 bulan atau sehingga janin dan rahim sudah stabil dinasihati, jangan mengangkat benda-benda berat, buat kerja keras atau
banyak berjalan atau berjalan jauh. Nasihat kami elakkan atau tangguh dahulu sehingga kandungan anda sudah besar. Ini adalah untuk
mengelakkan keguguran sebab rahim masih belum kuat lagi.

BILAKAH PERLU BERHENTI AMALKAN SHSI?
ISTERI  -  Apabila tidak datang haid atau lewat daripada masa yang ditentukan. Hentikan makan AK WANITA & TIMOYAN serta merta. Tapi teruskan penyapuan MINYAK AMBAR KENANGA pada perut, pinggang, kaki dan bahagian yang sakit untuk mengeluarkan angin badan dan menguatkan rahim.
SUAMI  - Walaupun isteri telah hamil suami hendaklah meneruskan pemakanan AK LASAK berterusan agar apabila mengadakan hubungan kelamin maka sperma suami masih sihat dan aktif.

** saja copy and paste dari laman web Ambar Kenanga. nak lebih detail, boleh la ke sana. . AMBAR KENANGAN

terbawa sampai mimpi. . .

Semalam gatai sangat luah perasaan dalam blog. Ramai yang bagi respon positif. Terima kasih semua. Aku taw, geng TTC adalah tempat terbaek untuk aku bersandar saat aku lemah. . Thanks again. . . Sayang semua. .

Dan kesan malam tadi. . Aku termimpi pergi buat ovarian drilling (OD) kat hospital. Yang kelakar tu, lepas je OD terus gomoi En. Boo Boo. . Eh boleh pulak mimpi camtu. . :) siap kunci pintu lagi ye. . Hihi

Tersedar dari tidur pagi tadi aku rasa perut sakit. Eh aku ni buat OD betul2 ke?  siap raba2 kat pusat tapi takde sakit. Rupa- rupanya sakit perut nak b*r*k la .  ! ! Ciss. .

* semalam banyak sangat search pasal OD dan tengok gambo orang buat OD *

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, June 13, 2012

KEMBALI BERUSAHA ! !



Harini ada semangat baru bila aku dok blogwalking.
aku terbaca pasal rawatan untuk PCOS tadi.
dah lama aku biarkan diri aku terabai. . PCOS aku pon entah apa cerita.
aku bukan apa, frust dengan rawatan di hospital.
setiap kali 'dating' dengan gynea, aku cuma dapat pil perancang.
masa mula2 tu ok la jugak tapi bila dah lama2 aku rasa muak!
geng TTC yang ada PCOS takde pulak kena makan pil macam aku.
ye aku tahu, setiap individu lain kekdah rawatannya.
Arrggh. . memang tension kalau fikirkan rawatan kat hospital.

sekarang ni aku nak cuba kaedah baru. masih dalam perancangan
sebenarnya, tapi dari tak bertindak, aku kena jugak cuba.
1. aku nak pergi berurut.
2. nak cuba makan habbatussauda.
insyaALLAH semua dalam perancangan. harap dipermudahkan.

dan yang paling penting aku nak kembali buang2 habuk pada Pekasam.!
serius. malu nak cerita tapi aku kena cuba jadi kuat balik.
aku tengok Chinta pon dah bersemangat balik. Hanny Bunny dah 
berjaya dengan Ovarian Drilling dia.  Eida pon dalam usaha dengan Sang Kelapa.
dan ramai lagi la seperti Nia dan Pearl dan lain2. .
bila geng TTC dah bersemangat kembali, tiba2 aura tu 
sampai je pada aku. rasa menyerap pelan2 dalam badan ni. !

semenjak aku stop latihan dengan treadmill, berat aku naik balik.
En. Boo Boo dah berbuih mulut nasihat. tapi aku masih lagi 'keras kepala'.
aku takde sesiapa nak bercerita. kalau pada En. Boo Boo,
kadang2 ada juga terima sindiran bagai tapi ada masa dia pon tak taw
nak pujuk aku camne. nak cerita pada family terutama mak, tak mungkin
sebab aku taknak family susah hati dengan masalah aku. 
Biar aku nak orang lain tengok aku senyum, happy tapi dalam hati aku,
aku dan ALLAH saja mengetahui. . sebab tu aku jarang
share kisah TTC aku pada blog. aku nak semua orang anggap
aku takde masalah. . hakikatnya. .??

Bila ALLAH cepat makbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu...
Bila DIA lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu...
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu 
yang lebih baik untukmu...
Oleh itu,
Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun..
Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului
kemurkaanNYA..


Wordless Wednesday : Sanggup ke Makan?





Tuesday, June 12, 2012

Biji asam tapi tak masam. .

Pernah makan tak biskut yang cantik tu? Masa kecik2 dulu memang abah selalu beli untuk kami adik beradik. Mak bagi nama biskut Biji Asam. . Sebab dia bujur dan kecik macam biji asam kot.

Dulu kalau makan mesti kami semua akan lebih makan pada gula icing yang cantik tu. . Biskut yang kat bawah tu tak makan pon. . Bila semua icing dah habis, baru nak makan biskut. Yang selalu last jadi pilihan adalah icing warna putih. . Sebab tak cantik kan. .

Kalau tengok biskut ni memang akan teringat zaman kecik2 dulu.. Memori sangat cerita zaman kanak2. Dulu gaji abah tak besar mana, anak2 ramai. Nak makan mewah sangat pon tak boleh, so setiap bulan abah beli biskut macam2 jenis kat kedai. Jenis timbang2 tu. . Kami semua pon suka. . Kira penghibur kami la ni. . Kalau ada biji asam ni mesti biskut lain tak laku. .

Tapi habis jugak sebab dah ramai kan. . Makan berebut2 ni syok. ! Nak pulak aku Kak Long kan, kompom aku la yang lebih serba serbi. . Memang dasar anak sulong. Suka kejam dengan adik2. . Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

Baby Auni :)

Inilah baby Auni. . Hari Ahad aku jumpa dia. . baru 22 hari. Kening dia, subhanallah. . Memang lebat sangat.! Dengan mata kecik. . Sebijik macam ibu dia. Eh muka babah pon ada jugak. . Hihi marah babah dia nanti. .

Tapi memang rasa terkilan sangat sebab baju yang aku beli untuk baby Auni ni, boleh pulak aku tertinggal kat opis. . Itu la padahnya kalau beria plus menunjuk2. . Huuu. .

Aku bukan apa. . Cuma excited gila nak jumpa baby plus tak sabar nak balik kampung. Itu yang sampai tertinggal tu. Selamat la En. Boo Boo sanggup belikan lain. . So merasa la jugak bawak baju pada baby. Maaf ye baby Auni. .

So sekarang ni pada aku ada baju baby gurl yang masih baru. Nak simpan kang aku sawan pulak tengok baju baby kat umah. Nak bagi pada Angah tak sure pulak jantina baby. Nak bagi kat adik ipar, dia scan baru ni nampak boboy. .

Huuu. . Camno ni.? Kena let go gak ni. . Kalau tak, mau hari2 aku dok tengok baju baby tu sambil dok meratap dan meratib. . :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

for my sweety Auni.. :)


Hadiah yg tak seberapa untuk baby auni. . Malam ni aku balik kampong..insyaAllah takde aral, esok dapat jumpa baby auni. . Will update later.. Ibu auni mesti tak layan blog buat masa ni, itu sebab aku berani tayang present for her baby.!

Esok macam2 agenda ada. . Tapi salah satunya nak jumpa permata hati baru. Jumpa baby sambil amek aura ea.. Hihi insyaAllah dipermudahkan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Nasi Lemak Berlemak


Pagi ni ada jamuan sikit kat opis. Macam biasa, menu wajib adalah nasi lemak sambal bilis. Arini spesial sikit so ada ayam goreng. Di opis ni meriah kalau time jamuan.. Kuih muih, puding, buah buahan. . Dalam sebulan mesti ada jamuan 2-3 kali.. So selamat menternak lemak ea kawan2 opis sekalian, maklum la nasi lemak pagi ni berlemak lebih sikit.. Kawan2 kat luar sana sarapan ape pulak? :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sekadar renungan. .



HADIAH TERBAIK : 

kepada kawan... ... ... ..kesetiaan,

kepada musuh... ... ... ..kemaafan,

kepada ketua... ... ... ... khidmat,

kepada yang muda... ... contoh terbaik,

kepada yang tua... ... .hargai budi mereka dan kesetiaan

kepada pasangan... ... cinta dan ketaatan

kepada manusia... ... kebebasan



Thursday, June 7, 2012

Makin hisap, makin panas.!!



. . asam halia. asam yang aku suka dari dulu sampai sekarang.
tajuk je propa lebih tapi sebenarnya cerita pasal asam halia.
Hahaha. padan muka. .
orang lain tak minat tapi aku minat sangat.
jenis asam halia ada dua, ada yang basah dan kering.
aku suka yang kering tu. sedap. . makin di hisap makin hangat!
hangat satu badan even dia cuma asam, bukan yang fresh.
kalau makan asam ni, aku makan sikit2.. isap dan kunyah lelama.
baru ada rasa feel halia tu. baru menyengat. .
kalau pergi kedai aku jumpa asam ni, memang aku 
tak pandang asam lain dah.
aku cerita lebih2 ni, korang pernah rasa tak.?
ke aku je yang lebih gebang.?

psstt. . kat opis ni, aku sorang je makan asam halia,
yang lain semua dah kerut muka bila taw aku makan asam ni.
legaaaaa aku rasa. . tak payah kongsi2. Hihi



 

Color man @ Genting



 Kalau pergi genting mesti nak amek gambo dengan orang kaler2 ni.
aku suka tengok tapi tak tergamak la pulak nak pergi menepek 
sebelah orang kaler2 ni. bagi adik2 jela.
aku tak sure ada berapa orang tapi yang aku perasan,
ada hijau, biru, merah, silver. yang lain aku tak nampak.
mungkin orang ramai sangat kot. !


ini dengan blue man. dia ni poyo sikit. sampai adik2 aku pon takut
nak amek gambo dengan dia. dia suka buat aksi pelik2.
ni antara gambar yang tak terlampau la ea.
gambar yang lain tu aku nak tengok pon tak lalu. huh.
sebenarnya aku rasa frust pon ada time pergi genting ni.
orang ramai sangat, adik2 nak main pon susah. sebab setiap game,
nak kena beratur dari 15minit sampai 30 minit. penat beratur je,
bukan penat main. . jalan2 dalam ni pon dah penat.
outdoor tak masuk sebab masa dah terhad. itu yang terjah indoor aje.
indoor pon lebih kurang je. lastly amek gambar jela banyak2.


mmm. . pagi ni takde idea la nak celoteh banyak2.
stop dulu la. blur sangat ni. pagi tadi bangun lambat.



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...